niat dihati bukan untuk menolak takdir atau ujian buatku, ini hanya luahan rasaku sahaja.
dah beberapa hari aku rasakan diriku ini tidak sihat tapi pada pandangan luarnya aku sihat, ceria selalu katakan. dah memang cara aku kot. tak tahu kalau aku ni perasan sendiri.
aku tak tahu nak mulakan dari mana, aku tak tahu nak luahkan rasa itu macam mana,namun aku mahu meluahkan apa yang aku rasa itu, harapnya boleh la menjadi salah satu terapi dalaman aku.
bila senja berlabuh aku rasa panasnya tubuh ni, kakinya sejuk dah macam ais, macam nak demam pun ada, suhu tak ada la tinggi sangat pun . kalau masa makan pula pelbagai rasa menerjah selera aku dan akhirnya makanan yang terhidang terbiar saja. selepas makan makanan yang tak berapa nak banyak aku makan tu, pasti yang utama rasa nak termuntah. uh yang ni memang aku tak nak. nasib baik aku leh kawal.
dugaan apakah ini?
aku harap perkara ini cepat berlalu dalam hidupku,
ya ALLAH
kuatkanlah kesabaranku menerima ujianMU ini
andai hebatnya ujianMU ini bagiku
ya ALLAH
berikanlah aku kesempurnaan kesihatan yang berpanjangan
andai aku lemah dalam menghadapinya
ya ALLAH
aku berlindung kepadaMU dari gangguan yang tidak sepatutnya
ya ALLAH
ampunkanlah dosa-dosaku
andai ujian ini dapat menghapuskan dosaku
ya ALLAH
berikanlah ketenangan jiwa kepada hambaMU ini
Amin..
Kosongkan rumah ini and just give away
2 years ago
No comments:
Post a Comment