Saturday 14 January 2012

TERIMA KASIH buat

 PENCIPTA ku
memberi hidayah dan petunjuk dalam hidup ini
memberi sinar cahaya gelap terang

 Bonda& Ayahndaku
memberiku dorongan dan semangat
menitipkan doa selamat
mengirimkan kekuatan dan azimat

Pendidiku
memberi ilmu bermanfaat
memberi ilmu tanpa sempadan
semoga pemurah markah

Sahabatku
mendengar keluh kesahku
melayan seribu atu karenahku
menjadi kauselingku

Dia
bersabar dengan sikapku
belajar menjadi kuat
belajar menjadi tabah
semoga dirimu terus kuat
ak kan trus begini..

Chipsmore
memberi kenangan
mewujudkan rasa
memakan diri
menyeksa kalbu

Diriku
semoga menjadi insan yang kuat
semoga menjadi insan yang sabar
semoga menjadi insan yang tidak lalai
semoga menjadi insan bertakwa
semoga menjadi wanita solehah

***
"aku tidak mungkin mampu mengubah sesuatu yang telah berlaku, 
        sebagaimana 
aku tidak mampu menjangkakan apa yang bakal berlaku"
Read more »

berharap

aku harap beliau sudi memaafkan aku
bukan sengaja tak nak hantar, tapi sebab takut menguasai diri jadi aku tangguhkan dulu..

hari  ni kan cuti baru nak hantar.. saja cari pasal kena marah la..
sudah berbulan2 aku pinjam buku tu  dari beliau tapi tak guna, masa nak pulangkan rasa berat plak..
adoi nak buat harta sendiri je rasa..

harap-harap kelalaian aku tak kan menjejaskan markah untuk semester depan..huhuhu

***walaupun beliau marah tapi tetap ambil berat bertanyakan masalah,,
terima kasih dr fa...ah (",)
Read more »

Sunday 8 January 2012

"dia" muncul lagi

ntah macam mana kejadian seumpama itu berlaku lagi..sudah aku cuba berjaga-jaga dan mengelak dari berlaku lagi tapi apa kan daya aku hanya mampu berdoa dan memohon DIA jua lah yang berkuasa..

kenapa "dia" / makhluk itu menggangu aku lagi?? aku tak ingin didekati olehnya.. setelah beberapa minggu hidupku aman kini "dia" muncul lagi.. lebih menakutkan lagi..tangan dan kaki ku diikat, pernafasanku agak tersekat..sungguh "dia" berusaha menakutkan aku, namun hati ini tak putus2 menyebut kalimah ALLAH..

Allahamdulillah Allah makbulkan doaku, aku terselamat dari syaitan laknat itu..namun aku takut untuk meneruskan tidurku hinggalah mentari muncul..

ya ALLAH
jauhkanlah makhluk itu dari hidupku.
aku insan kerdil lagi lemah
aku tak mampu untuk terus begini
aku ....
hilang kata-kata
buntu memikirkannya

aku redha dengan ujian ini..
kuatkan semangat dan imanku
ya ALLAH

aku tahu ini ujian darimu
ujian kekuatan imanku terhadapMU
berikanlah kekuatan untukku hadapinya..
Read more »

Thursday 5 January 2012

pEMilik 132 diRAMPAS

kecewa tu la yang dapat aku katakan. kecewa sangat-sangat. setelah hampir tiga tahun aku mendiami bilik itu, sekarang tinggal dalam 10 hari sahaja lagi untuk aku berpisah dengannya. sungguh aku tak percaya.

banyak kenangan aku di bilik ini. warna warni kehidupan aku di bumi hijau ini, dia lah menjadi saksi segalanya. walaupun adakalanya aku keseorangan menghuninya tapi aku gembira, bilik itu dah menjadi sebahagian rumah kesayangan aku.

namun apa daya, semua tu bakal berakhir. kalaulah aku tidak lalai, tidak lupa untuk mengisi borang biru itu pasti semester depan aku kan tetap menghuni perutmu lagi duhai 132. maafkan aku kerana mengecewakanmu, hakikatnya hatiku yang terluka. kenangan hidupku dalam mendiamimu takkan ku lupakan. berat hati ini.
selamat tinggal sayang..

semester depan pemilik baru akan menghunimu lagi, tapi bukan aku!!!.. mereka itu pelajar master. mereka telah merampasmu dari aku!!!.  kenapa??

dan aku akan membawa diri ini, ya aku akan bawa diri aku lebih jauh dan lebih tinggi dari tempatmu. tapi aku tak gembira untuk berada di tempat tinggi itu. aku lelah untuk kesana, namun aku tetap akan ke sana kerana aku bukan lagi pemilikmu. hak miliku telah dirampas secara paksa dan aku pula terpaksa merelakannya dalam paksa.

aku akan merinduimu duhai bilik kesayanganku..... dari jauh kau doakanlah aku untuk terus berjaya tanpamu dan melewati sisa hidupku disini dengan menjadi pemilik yang lain.


***semoga lepas ni aku lebih peka dengan keadaan sekelilingku. "nasi telah menjadi bubur" tak kan dapat "nasi bubur menjadi nasi biasa" .
Read more »

Wednesday 4 January 2012

maafkanku

maafkan diriku
maafkan diriku
andai aku telah menyakitimu
andai aku telah membiarkanmu
andai aku telah menyeksamu
andai aku telah mengecewakanmu

maafkan diriku
andai aku....
andai aku berdusta
andai aku terlupa

maafkan diriku
andai aku berubah
andai aku terjauh
andai aku bersalah

maafkan diriku
andai hati bertukar keras
andai hati bertukar beku
andai hati bertukar emosi
andai hati bertukar kelu

maafkan diriku
andai itu takdirnya...

kasih, sayang, cinta, rindu  berbeza

menyulam, menyelam dalam kelam
menunggu sinar muncul kembali
ntah bila masa dan saatnya..

***bila hati merintih
Read more »

Sunday 1 January 2012

KALENDAR 2012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi aku bernafas di bumi Allah ni, dan semoga dirahmati hendaknya.

baru beberapa jam lalu, seluruh warga bumi menyambut tahun baru 2012. dalam menyambut tahun baru pastinya ramai antara kita yang menanam azam baru dan ingin mencapai matlamat yang belum tercapai pada tahun sebelumnya. semoga semuanya berjaya dan jika sebaliknya jangan la berputus asa. cuba..dan cuba terus mencuba.

tinggalkan perkara-perkara yang membuatkan kita bersedih, berduka, sengsara dan kepahitan lalu, mulakan dengan sesuatu yang boleh membuatkan kita tenang dan senyum.
pengalaman lepas boleh dijadikan guru yang terbaik.

bila tahun meningkat, pastinya usia turut meningkat cuma hari dan bulan sahaja akan menentukan perbezaannya jika tahun kelahiran sama dan sebaliknya.
kurang lebih sebulan 17 hari atau 7 minggu lagi bertambahla usiaku. bertambah muda hehehe..

tahun 2012 semester terakhir aku belajar di bumi hijau ini dan insyaAllah andai diberikan rezeki akan sambung lagi.

SELAMAT DATANG 2012 dan SEMOGA KENANGAN 2011 MENJADI INGATAN SEPANJANG MASA.

***
KALENDAR 2012
















Read more »