Friday 30 December 2011

DUGAAN

niat dihati bukan untuk menolak takdir atau ujian buatku, ini hanya luahan rasaku sahaja.

dah beberapa hari aku rasakan diriku ini tidak sihat tapi pada pandangan luarnya aku sihat, ceria selalu katakan. dah memang cara aku kot. tak tahu kalau aku ni perasan sendiri.

aku tak tahu nak mulakan dari mana, aku tak tahu nak luahkan rasa itu macam mana,namun aku mahu meluahkan apa yang aku rasa itu, harapnya boleh la menjadi salah satu terapi dalaman aku.

bila senja berlabuh aku rasa panasnya tubuh ni, kakinya sejuk dah macam ais, macam nak demam pun ada, suhu tak ada la tinggi sangat pun . kalau masa makan pula pelbagai rasa menerjah selera aku dan akhirnya makanan yang terhidang terbiar saja. selepas makan makanan yang tak berapa nak banyak aku makan tu, pasti yang utama rasa nak termuntah. uh yang ni memang aku tak nak. nasib baik aku leh kawal.

dugaan apakah ini?

aku harap perkara ini cepat berlalu dalam hidupku,

ya ALLAH
kuatkanlah kesabaranku menerima ujianMU ini
andai hebatnya ujianMU ini bagiku

ya ALLAH
berikanlah aku kesempurnaan kesihatan yang berpanjangan
andai aku lemah dalam menghadapinya

ya ALLAH
aku berlindung kepadaMU dari gangguan yang tidak sepatutnya

ya ALLAH
ampunkanlah dosa-dosaku
andai ujian ini dapat menghapuskan dosaku

ya ALLAH
berikanlah ketenangan jiwa kepada hambaMU ini

Amin..
Read more »

Thursday 29 December 2011

kErAna sAtu rAsA

dimana semangatku
dimana sabarku
dimana kekuatanku

dimana dimana dimana

lesu! lesu! lesu!

sukar untuk ditafsirkan
sukar untuk diluahkan
sukar untuk dinyatakan

penuh penyeksaan
penuh kedukaan
penuh tangisan

tak mampu ditelan
tak mampu dipadam
tak mampu dinyalakan

dalam terang terus ia terus sembunyi


***
sabar itu indah biarpun pahit untuk ditelan
Read more »

Wednesday 28 December 2011

sEMinGgu

dah tak lama pun. pejam celik pejam celik final exam dah semakin hampir. lagi seminggu je paper pertama akan bermula dengan subjek BBK3408 Sastera dalam Multimedia .

dah hampir seminggu la juga aku cuti studyweek . dah hampir seminggu juga lah aku tak manfaatkan masa yang ada ni sebetul-betulnya. cuti? aku memang cuti sungguh2 la. balik kampung? tak, aku hanya berkampung kat kolej je. niat hati nak mentelaah pelajaran la sebab tu tak nak balik tapi sebaliknya yang berlaku.

sekarang perasaan takut dah menghantui aku. sempat ke nak baca semua nota tu.
insyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya. aku bukan tak nak membaca. biasa la baru 1 helai  membaca mata aku dah terlelap sedar2 dah terlepas sejam dua mata aku lelap. perangai yang satu ni memang susah nak buang.

lagi satu perkara bila aku mula nak membaca, fikiran ni teringat dekat projek ilmiah tahun akhir pula. bertambah-tambah la ketakutan aku. buntu dan keliru tak tahu yang mana perlu didahulukan. last2 aku termenung je tengok buku2 & nota bertimbun. kalau macam ni bila nak selesai kan?

haa lagi satu perkara yang mengangu fikiran aku, tahun depan aku nak duduk kat mana yea? aku dah terlepas isi borang untuk still kolej. biasa ada la juga berita tentang itu dari rakan2, tapi semester ni notis pun tak ada kat blok ni. dah hampir 2 minggu aku terlepas tarikh isi borang tu. peluang aku seminggu je lagi 5/1/2012 untuk isi borang kuning. kalau terlepas lagi tak tahu nak cakap apa dah. (semoga ingatan aku kuat akan perkara penting ini)

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda
"hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati."  (AlBukhori)


*** ingat nak seribu daya tak nak seribu dalih
ingatkan diri sendiri
Read more »

Saturday 24 December 2011

Muhammad Haziq Haikal Razali

cantik tak nama Muhammad Haziq Haikal? ini nama anak saudara aku yang ke 33 kalau tak silap dan setakat ini dia la yang paling bongsu. tahun depan ada rezeki lagi aku bakal menyambut orang baru lagi.

erm berbalik pada nama tu tadi. nama ni aku yang pilihkan, masa akak melahirkan haziq aku tak ada kat rumah masa tu ada final exam semester lepas. akak dan abang ipar selalunya akan tanyakan pendapat aku dulu sebelum bagi nama dekat anak-anak dia.

tetiba rase rindu sangat-sangat kat haziq haikal. mesti kamu dah semakin tembam kan sekarang. dah hampir dua bulan kita tak jumpa. sebak menghantui diriku.

selepas beberapa hari menjengah dunia fana ini, haziq telah diuji dengan beberapa dugaan .awalnya penyakit kuning yang biasa menyerang bayi selang seminggu pula tahapnya meningkat dan perlu dirujuk ke HUSM.
selepas dirujuk ke sana  dan berjumpa dr pakar haziq disahkan ada dua penyakit salah satunya jantung berlubang. saat itu bertapa sedihnya hati seorang ibu dan masa itu aku turut menemani kakaku ke sana. aku mahu menangis tapi aku kena kuat sebab aku tak nak dia makin sedih. aku sembunyikan perasaan itu. aku nampak mata akak merah. aku cuba bagi kekuatan padanya padahal aku sendiri tak kuat. abang ipar aku pula diam seribu bahasa.  aku tahu dia kuat.

saat itu bermulalah episod baru dalam keluarga kakkaku. mereka akan mengunjungi rumah kedua haziq iaitu HUSM dan beberapa hospital di negeri aku. jika aku bercuti pasti aku akan menemani mereka ke hospital. akak mesti ajak aku.
tahap perkembangan haziq kurang aktif disebabkan penyakitnya itu. dr ada cakap jantung haziq yang berlubang  mungkin akan tertutup bila usianya mencecah enam bulan. aku pun tak pasti akan kata-kata dr itu.

aku hanya mampu berdoa agar kesihatan haziq bertambah baik dan sihat seperti abang2 dan kakak2nya. aku harap akak dan abang kuat menerima dugaan ini. keluarga sentiasa membantu dan memberi semangat buat akak dan abang. akak kan kuat.

teringat perangai haziq yang satu ni, dia suka sangat naik kereta. kalau duduk rumah mesti dia nangis. bila akak letak dalam kereta dia terus senyap dan senyum walaupun kereta tak bergerak. kecik2 da pandai mengarah nak berjalan, mungkin dia dah terbiasa nak naik kereta hari2 sebab akak bawa dia pergi hospital. biarpun cuaca sangat panas dia tak menangis asalkan dapat jalan2. sekarang usia haziq 10 bulan kot maaf ingat-ingat lupa.


tak sabar nak jumpa kamu.


tak sabar nak jumpa kamu.

miss u muhammad haziq haikal razali

haziq atas ribaan akak, sebelah tu abg haziq

haziq haikal sayang,
semoga sihat selalu,
haziq
kena kuat
kena tabah
nanti besar haziq jadi anak yang soleh ea
haziq mesti jadi anak yang pandai
dengar cakap mak & ayah ea sayang

haziq
nak jadi anak yang baik kan
haziq
boleh jaga mak & ayah kan

kami sayang muhammad haziq haikal
ingat ea sayang


sepupu haziq yg tembam , sblah kiri ikmal, kanan lak irfan


tak sabar nak jumpa kamu semua.

*** doakan muhammad haziq haikal razali sihat ea..

Read more »

Friday 23 December 2011

Pengalaman bersama DR .NOTTS


sunyi. yea sunyi yang aku dapat rasakan saat & tika ini sebabnya penghuni blok aku dah beransur pulang ke kampung. maklumlah sekarang dah masuk studyweek. maknanya kuliah untuk semester ini sudah berakhir.
semester ini aku rasa sangat la sibuk dengan pelbagai perkara suka duka, rencah sebagai seorang pelajar.
perkara yang sedang aku fikirkan sekarang ini projek ilmiah tahun akhir yang masih terumbang ambing lagi. tapi buat masa sekarang aku nak bercerita tentang perkara lain dulu yang telah memberi aku seribu satu pengalaman dalam dunia sastera dan multimedia.


siapa ni??
mesti anda tertanya-tanya kan siapa la sebelah saya ni cantik manis. ini adalah dr. notts (bukan nama sebenar), pensyarah BBK 3408 KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA. ada sama dengan wajah saya tak :-). nak kenal lagi tak siapa sebenarnya dr.notts? jom kunjungi blog beliau. http://aammwa.blogspot.com/. ok adakah anda sudah mengunjungi blog beliau?

sebenarnya  harini saya nak kongsikan pengalaman mempelajari subjek tersebut dan  bersama dr.notts selama 14 minggu.

hari mula-mula masuk kelas ni agak takut juga dengan cara dr.notts sebabnya nampak macam garang , dah la aku setia kat depan meja dia. tapi bila dah lama-lama rupanya dr.notts seorang yang happening , tanggapan tu dah terbuang dengan sendirinya.

satu disiplin yang perlu saya patuhi dalam kelas ni dan tak pernah  dibuat semenjak jadi mahasiswa adalah memakai kasut. ala bukan aku tak suka pakai kasut tapi saiz kasut memang tak ada untuk aku. oleh kerana dipaksa, terpaksa dalam rela  kena la cari juga sepasang kasut. nasib baik ada yang bergetah muat la nak menampung kelonggaran kasut tu. kali kedua  cari kasut untuk kelas ni terpaksa ambil saiz kanak-kanak 32 tu (ada entry kasut oh kasut). dah lama-lama pakai kasut best la pula. terima kasih dr.notts lepas ini saya akan pakai kasut lagi walaupun tiada lagi kelas dr.notts.

tugasan? biasa la setiap subjek akan ada tugasan, perkara wajib tu cuma banyak dengan sedikit saja yang membezakannya.  memang saya akui, tugasan subjek ini banyak tugasan tapi bukanlah jenis mengadap buku.ini yang aku suka.  tugasannya berbentuk praktikal dan lagi senang nak memahami sebabnya kita yang melaluinya.

pertama kena buat blog. erk macam mana nak buat blog ni saya tak pandai masa tu memang gelabah, nak fikirkan buat blog.  saat tu rasa macam  teruja dan tak sabar nak buat blog walaupun tak pandai. masa seminggu diberi. huhuhu akhirnya ciap juga blog ku dan inilah blognya. cantik tak?

tugasan lain macam mana pula? oh lupa nak bagitahu yang tugasan kami banyak yang berkumpulan. bila dah selesai tentang blog, kami perlu buat teknik asas grafik yang 5 perkara tu (warna, teks, mudah, kesesuaian, keseimbangan) masa lebih kurang 2 jam. ala masa ni tak sempat ambil gambar

selesai yang itu, bermulalah kisah uda & dara production. kami perlu buat e-majalah, iklan dan juga video yang banyak. kenangan menghasilkan video2 tersebut sangat mengusik jiwa kami. walaupun kumpulan kami selalu awal membuat proses2 pembikinan video tersebut tapi selalu juga terlewat siap. nak tahu kenapa?
ahli uda & dara production
 masalah biasa saat dan ketika proses edit mengedit dijalankan, susah nak samakan dengan apa yang telah dirancangka, perkara yang palin menyakitka bila video yang sama perlu diedit berulang kali sebabnya not responding , bukan sekali dua tapi berkali2 berlaku macam tu hingga la ke video terakhir. padahal sebelumnya dah siap. yang paling menyakitkan semasa proses mengedit vidoe pertama dan video terakhir tentang dokumentari. pelbagai rasa menghantui kami saat itu, namun begitu cabaran itu kami jadikan semangat dan akhirnya berjaya juga.
 video-video tersebut telah saya postkan dalam entry sebelum ini.
pengalaman ini adalah satu pengajaran yang bermakna dalam mendalami ilmu multimedia. selain itu, apa yang membuatkan saya seronok kelas ni dapat buat kalandar sendiri dan juga website sendiri. jom kunjungi website tersebut.
http://bicarasastera.weebly.com/index.html

dah penat membaca jom kita lihat gambar-gambar kenangan



kerjasama
semasa aktiviti luar kelas dan hari pertama kami memulakan sesi bergambar tujuannya untuk teknik asas grafik

hah? pengsan buat kerja?


gaya macam nak bergaduh kan?


bukan bergaduh, itu untuk tugasan simpulan bahasa. agak-agak simpulan bahasa apa yang sesuai?


kali pertama masuk ladang upm
wajah-wajah ceria

dah lama nak masuk tempat lagenda budak setan berlakon, akhirnya tercapai juga. saat & tika ini adalah merakam gambar untuk tugasan. tanpa tugasan ini mungkin tak sampai la tempat ni. ini la yang seronok bila banyak perkara yang perlu dilakukan, pengalaman pun banyak. 
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus **pnjm dari chipsmore
merenung nasib, tertekan ke??
paparazi



kenangan dan tugasan di hari seminar jadi paparazi . terima kasih tak terhingga buat dr.notts telah memberi peluang dan ruang untuk bergambar bersama mereka ini:

bersama dr.jessica, pembaca berita rtm
dr.notts & pak sadikin bersama kami




kenangan bersama rakan-rakan


akhir sekali ucapan terima kasih tak terhingga buat  pensyarah dr.normaliza abdul rahim, pengalaman dan kenangan ini akan sentiasa terpahat dan menjadi guru kepada saya dalam multimedia. praktikal dan latihan amat berguna dalam kursus ini.  buat tutor cik hidayati ismail jasamu dikenang abadi serta rakan-rakan ku sekalian.

good luck for final exam
Read more »

Thursday 22 December 2011

mOnoLOG

harini cik zana makan banyak ea. apa kena dengan kamu  ea. sudah la makan banyak, pantang pun dilanggarnya. aish apa nak jadi dengan kamu ea.

mak & ayah pesan  memang patut kamu makan banyak, dah  tahu kamu tu kecik molet. kononya makan banyak leh jadi besar la tu.
ala bukan banyak sangat pun setakat nasi berlaukan ayam, ais blanded, keropok goreng dan buah cukup pakej la kan. habis ke makanan tu semua?? huhuhu
rasanya cik zana memang tak dapat habiskan semua tu!!
da sememangnya dia suka membeli dan makannya sedikit sahaja. perangai yang ni la mak & ayah selalu marahkan.memang tak dengar cakap kamu ni cik zana!!
ok lepas ni tak buat dah.
betul ke??
:-)

lagi satu kamu buat kesilapan besar  minggu ni
jangan buat2 tak tahu pula ea pantang kamu dengan ais tu!! ingat tak!!
ala macam mana ni, cik zana tak sengaja la. terliur tu ais blanded. mahunya tak kecur liur dah orang lain sedut depan kita, nak la juga merasa nikmatnya ais blanded chocolat oreo blog .best sangat tak sia2 cik zana langgar pantang huhuhuhu. ok lepas ni dah tak nak beli lagi tapi lau orang sebelah beli juga cik zana tumpang sedut ea hehehe.

**google

Lepas ni kalau kamu pantang lagi, tanggung sendiri ea. tekak kamu tu dah mula tak tenteram. batuknya dah mula sejak dari kamu minum ais.  ubat pun dah habis kan. jadi lepas ni faham2 sendiri ea untuk jaga kesihatan kamu yang agak sensitif tu.


***
demam makan ubat ea, semoga cepat sembuh :-)
Read more »

BBK 3408 2011 UDA & DARA PRODUCTION (DOKUMENTARI PEMBUANGAN SAMPAH & PEN...



*** video terakhir (6)
Read more »

BBK 3408 2011 UDA & DARA PRODUCTION (ISU PENCERAIAN)



*** video kelima
Read more »

video lagi


hari ini adalah hari terakhir kuliah aku untuk semester ini. sedih pula rasanya.
kuliah terakhir  akan berakhir dengan paparan video yang telah ditugaskan oleh pensyarah kesayangan kami iaitu DR.NOTTS.

sehingga kini kumpulan aku (UDA & DARA PRODUCTION) telah menghasilkan 6 video tugasan BBK 3408 KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA
** 4 video telah dimasukkan  dalam blog sebelum ini.

alhamdulillah, syukur dalam menghadapi pelbagai cabaran suka, duka melaksanakan video2 ini, hati kami begitu cekal sekali rasa nak menangis pun ada buat benda ni  menyiapkan video ini biarpun ada kalanya perasaan kecewa dan putus asa timbul dek kerana terpaksa membuat perkara yang sama berulang kali disebabkan masalah video yang kami rakamkan tidak boleh di upload kan dalam software yang digunakan.

kerjasama dan semangat   yang ditunjukkan rakan-rakan kumpulan, menjadi pendorong, pembakar semangat untuk menyiapkan kerja dengan jayanya. semoga usaha kami diberkati.

terima kasih tak terhingga buat pensyarah dan tutor yang telah banyak memberi ilmu berkaitan ict dan multimedia.

jom saksikan 2 lagi video UDA & DARA PRODUCTION
**post selepas ini

Read more »

Wednesday 21 December 2011

" jagalah perasaan sendiri dahulu sebelum menjaga perasaan orang lain"

hati dan perasaan sentiasa bersatu dalam mewujudkan rasa. Adakah rasa yang lahir itu hanyalah yang terindah sahaja?
tidak. Semuanya bersatu dan sentiasa berubah.
hati mudah tersentuh dengan kata-kata begitu juga dengan perasaan.
kata-kata menjadi pedang dan pengubat hati dan perasaan.
mengapa begitu?
Dengan kata-kata kita mudah tersentuh, menangis, gembira, terbuai dan sewaktu dengannya. Alangkah indahnya andai hati dan perasaan itu senantiasa dijaga, tidak disakiti, menyakiti…

“ jagalah perasaan sendiri dahulu sebelum menjaga perasaan orang lain”
boleh diterima ke kata-kata itu?
 boleh kot tetapi mengikut keadaan yang berlaku.

aku? Rasanya tidak, kata-kata itu akan membuatkan aku rasa kejam. Aku selalu memikirkan rasa orang lain terlebih dahulu, biarpun hati sendiri terkorban.

jika aku terima kata-kata itu kejamkah aku??
jika aku anggap kata-kata itu kejam
maknanya aku telah mengejamkan hati aku!!!

sampai bila aku harus hidup dalam dunia aku sendiri
menidakkan yang betul
mengiyakan yang salah
atau
aku keliru dengan duniaku sendiri??

tidak, aku tak boleh..
aku tak boleh teruskan semua ini
tapi aku tak kuat

akumahukanperasaanini
akumahukannya…
rasainitidakpernahwujud sebelum ini

sanggupkah kau korbankan rasa ini!!!!




***bukan sajak#
Read more »

Tuesday 20 December 2011

^.....^

saat ini jam 2.58 pagi mataku masih segar
mengapa kamu tidak mahu tidur wahai mataku sayang

pukul 8 pagi nanti ada kelas, kalau terus macam ni, pasti esok aku kan jadi model kelas sejarah rumpun
aku tidak mahu perkara itu berlaku lagi. oh tidak!!!!

malu dengan soalan-soalan yang bakal diajukan, walaupun aku dapat menangkas dengan tajam. tapi soalannya juga cukup berbisa untuk dijawab!!!!


***sekadar melepaskan rasa
Read more »

Monday 19 December 2011

jom masuk Taman Pertanian UPM

hujung minggu aku minggu ni rasanya amat la panjang 4 hari tu. bosan tak tahu nak cakap la. orang lain habiskan cuti penuh happening keluar jalan2 dengan kawan, pakwe, balik kampung dan sewaktu dengannya.

aku??

duduk mengelamun dalam bilik saja. bila bosan tahap maksimum aku mula lah melalut. jadinya untuk hilangkan kebosanan tahap melampau itu aku telah menjejak taman pertanian universiti. masuk tahun ketiga baru aku jumpa pintu ke kebun buah-buahan tu. oleh kerana terlalu teruja masuk kebun yang luas itu, dua hari aku ke sana.

jom layan gambar2.
hari first


semangat masuk kebun

teruja dengan buah rambutan
hasil hari pertama tak banyak. :-)


hari kedua
terima kasih abang, tolong hantarkan kami
senang hati , tak perlu berjalan jauh
wah, lebat sungguh buahnya tak sabar nak peti memetik
ok.mulakan, jangan disangka kecik-kecik tak boleh kait mengait yea

jeng-jeng hasil titik peluhku berbaloi



buah cempedak pun ada
syima, pengutip buah yang pantas, aku kepenatan dah mengait buah sorang2
wah banyaknya, siapa nak makan ni



kalau umur panjang kita akan bersua lagi semester hadapan yea , itupun kalau sempat musimnya dengan kami

*** tak sempat ambil buah pulasan dah habis,

bagi yang berada diluar kawasan UPM anda juga boleh mengunjungi kebun ini, terbuka kepada semua yea.














Read more »

TErseNtAp

tersentap??? macam best sangat je perkataan tu. ramai juga suka guna perkataan tu. apa maksudnya ??

pada pendapat aku tersentap ni "terkejut", "terasa hati", dan mungkin juga "marah". kenapa tetiba aku nak tulis entry ni yea. sebab boring sangat kot..hehehehe

lumrah manusia kan, ada yang mudah tersentap, tercuit sikit dah mula tersentap kan :-)

ada yang susah nak tersentap, tapi bila dah tersentap tu mungkin susah nak diperbetulkan semula

jangan sampai tersentap lebih2 pula, nanti meroyan sendirian pula hehehehe

***harini rasa nak tulis banyak2, sebab ....
     semalam tak dapat tenet lagi  :-(
Read more »

Saturday 17 December 2011

Doaku

ya Allah
kuatkan hati hambamu ini
kuatkanlah hati hambamu ini

ya Allah
kekuatan kesabaran hambamu ini

 ya  Allah
lindungilah kedua ibubapaku
peliharakanlah mereka

ya Allah
sesungguhnya aku sangat merindui mereka
aku tidak mampu menanggungnya

ya Allah
aku tak berdaya melawan kerinduan ini
aku tak mampu menahannya
jeritan batinku tak mampu membawa aku ke pangkuan mereka sekarang ini
walau sekuat mana aku merintih
walau sekuat mana aku menangis
walau sekuat mana rindu ini
aku tetap disini

ya Allah
hebatnya dugaan ini
aku perlukan mereka saat dan tika ini
aku tak mampu berdiri
aku tak mampu berjalan
aku mahukan mereka

ya Allah
ampunkanlah kelemahan hambamu ini
berikanlah kekuatan kesabaran hambamu ini


***
mak...
ayah...
anakmu rindu sangat2..
tangisan ini tak mampu mendengarkan kalian.
Read more »

block / sekat??

pelik la kenapa carian untuk bahan berbentuk ilmiah disekat?sedangkan  perkara lain yang kurang faedahnya tidak disekat.

seharusnya perkara yang boleh dimanfaatkan dalam akademik perlu diperbanyakkan, bukannya di block/ disekat. rasanya bukan aku seorang yang tidak berpuas hati tentang perkara ni, ramai lagi rakan-rakan lain pun punya rasa seperti aku.

apa ertinya, kemudahan yang ada tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang baik-baik, untuk pembelajaran.

kenapa perkara seperti ini masih berlaku di sini???
Read more »

Friday 16 December 2011

aku vs doktor

ok baru balik dari pku
dr.....: @#$%: yea dik ada masalah ape?
aku:  erm dr saya &*)#$$........
dr....: ok, adik ada rasa panas2 tak?
aku...: ada..(ngah berfikir, tapi belum bagi jwapn dia dah..)
dr....: oo lau fikir@ ni tak ada la kan. ok adik ada rase berdebar2 yang kuat  tak? jantung berdebar ke?
aku...: ermm rasenya....(belum abis cakap lagi dia ptong lagi)
dr....: tak ada la tu kan sebab fikir dulu.. ok adik ada guna ubat-ubat lain tak
aku...: ada....
dr....: ok lepas ni jangan guna ubat-ubat lain or apa2 selain yg dr bagi..
          tengok keadaan, kalau masih belum berubah, datang balik yerk..
          hentikan ubat-ubatan lain.

keluar la aku ni cam bingung2 gak, apa kena la dr ni, aku belum abis cakap dia dah ptong, knape dngan aku pun dia tak cakap, simtom apa yg cuba ditanya pun aku tak faham..malas nak memikirkannya aku terus ke farmasi.

ubat yang dr bagi hanyalah antibiotik!!! ok fine.
hahahah selama ni aku pergi pku, paling tidak pun 3 ubat yg aku dapat, hari ni macam pelik jew.nasib baik tak dapat ubat syrup tu.


sebab tu la juga aku da tak pergi hospital s.e.r.d.a.n.g.. da jemu ulang alik ke sana tapi tekak aku tetap cmni, kalau aku terus pergi pun, nanti dah tak ada ayat lain dia nak cakap
"kalau adik tak nak makan ubat, dr nak bedah tekak tu"
huhuhuhu siapa yang mahu dibedah!! oh tidak sama sekali, biarla macam ni saja..
kalau bedah sekalipun, belum tentu tekakku ini akan  pulih seperti sediakala!!
mereka pun sudah tidak menghubungi aku lagi sekarang.

***kalau ada masalah klinik swasta juga yang agak ok ubatnya.
Read more »

Wednesday 14 December 2011

Keselamatan kAmi tANgGungjAwab AndA!!

balik dari makan tadi, aku terus mengadap laptop ni. tetiba terdengar orang duk ketuk pintu bilik, aku buat tak tau jelah, pintu xberkunci masuk je la dalam hati.  selang beberapa minit bunyi lagi, baru la pintu terbuka, rupanya orang lain tenggah berkumpul sebelah bilik aku je pun, ada meeting tergempar.

kandungan meeting tu menyentap hati & naluri aku sebagai kaum hawa yang lemah ni. macam mana tak tersentap kan, ada berita buruk!!! takut la. saat-saat getir macam ni la "mereka" nak menggangu tumpuan pelajar. sudah la aku keseorangan menghuni bilik ni, ada pula perkara yang tak enak, keberanian aku tetiba saja jatuh menjunam.

harapanku, cepat-cepat la "korang" tangkap makhluk perosak tu dari kolej kami. apa lagunanya guard yang berjaga ke sana ke mari tetapi keselamatn tetap terancam. jadilah pekerja yang bertanggungjawab yerk.

keselamatan kami agak terganggu, ditambah lagi dengan binatang buas yang berkeliaran kat bawah blok tu, kalau kena kejar kat binatang tu memang tak cukup tanah nak lari.

utAMAkanLAh keseLAmatan KaM!!!
Read more »

PaMerAn oh pAMerAn

hari ni last Pameran Multimedia dan Wacana Ilmu berlangsung. tema pameran kami variasi kesenian multimedia dalam melestarikan bahasa

walaupun pesiapan untuk menyiapkan pameran ini agak kelam kabut kerana kesuntukan masa, syukur alhamdulillah  majlis tetap berjalan seperti yang dirancang. tahniah buat semua yang terlibat dalam menjalankan program ini. pameran ini berlangsung di lobi  fakulti bahasa moden & komunikasi. tujuan pameran ini diadakan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik fotografi dan juga multimedia. dalam merancang dan membuat persiapan ini, tugasku adalah sebagai ajk protokol (susah juga jadi ajk protokol ni,)   . program-program sebelum ni tugasku adalah sebagai ajk makanan bukan tukang makan yerk untuk kali ni dah bertukar profesion, agak kalut juga lah. tugas utamanya mesti la kena sediakan teks ucapan untuk dekan dan juga tuan  pengarah. ingat senang ke nak buat teks ucapan, tema majlis pom aku tak berapa nak faham..hahaaahah.
siap juga teks ucapan tu atas bantuan tutor kami, teks pengacara majlis pun kami berjaya ciapkan hehehe..
dah selesai ke tugas kamu???

ish mana selesai lagi, hari kejadian tu yang paling penting peranan kami menguruskan perjalanan program dari awal sampai habis. aku ni da la kalut, diberi tugas penting macam tu apa lagi kalah la perdana menteri buat kerja semalam huhuhuhu.

tugasku yang terakhir bawa hadiah en kamarudin  ismail tu sampai la kat tempat makan, da lama tunggu diorang makan aku tinggal lah sebab nak pergi melayan tetamu dak ngade   baru sampai hehehe..last-lastnya hadiah tu tertinggal kat tempat makan, empunya hadiah dah balik.huhuhu, nasib baik pengarah perasan tapi aku tak tahu  apa dah jadi dengan hadiah tu. kemana pengarah bawa hadiah tu yerk???

# en kamarudin ismail adalah pengarah yang buat cerita keluang man tu, ala yang korang semua minat masa kecik2 dulu, tapi lau ada lagi sekarang mesti nak tengok lagi kan???


Anak sape la kusyuk wat kerja ni??

sempat jadi ajk teknikal sekejap bersama dayat & my belon


*** itu saja sempat diambil,  foto-foto selebihnya belum diambil dari jurufoto, insyaAllah esok kita kongsikan yea. :-)
Read more »

Sunday 11 December 2011

Bonda & ayahnda tercinta

Bonda … Ayahnda…
dah lama anaknda tak dapat pulang. Bukan sengaja anaknda tak mahu pulang. Hati ini meronta-ronta mahu berada di sisi kalian. 

Bonda…Ayahnda…
Anaknda dalam kesedihan
Anaknda dalam kerinduan
Anaknda dalam kesakitan
Anaknda dalam keperitan
Anaknda dalam tangisan

Bonda… Ayahnda…
Anaknda dah tak kuat
Anaknda dah lemah
Anaknda ….
Susahnya untuk anaknda meluahkannya
perasaan anaknda tak menentu
Dikala ini hanya dia mampu buat anaknda tersenyum.


Read more »

ChipsMore vs OreO


ada sesuatu menganggu fikiranku akhir-akhir ini. aku rasa sedikit tenang dan agak gembira dari memikirkan kerja-kerja yang tak tahu bila akan berpenghujung. sekurang-kurangnya buat masa ini aku rasa sedikit tenang dan gembira dengan adanya chips.... tapi aku tak tahu sampai bila aku akan rasa begini. mungkin esok luse dah tiada, buat masa ini biar la ia berlaku begitu sahaja. kalaupun aku rasa ade kelainan pada diriku, biarlah aku sendiri yang menanggungnya, merasainya, sungguh sebelum ini tak pernah aku rasa.

bila nanti semua ni hilang mungkin aku da tak rasa lagi seperti yang sedang aku rasakan ini. kalaupun ia mahu menghilang, tinggalkan aku dengan sedikit kenangan, tinggalkan aku cebisan rasa sebab aku tahu chipsmore suka menghilangkan diri. sebabnya chips banyak kowt hehehehehe. sebenarnya aku tak berapa suka makan chipsmore/ coklat tapi chipsmore itu adalah chipsmore :-)
 
 





~macam mana kalau chipsmore bertemu oreo~ boleh ke??
 ***disaatku kebosanan



Read more »

Laman Web ~Weebly~

Read more »

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




***Article dari iluvislam.com
Read more »