Monday 6 August 2012

Assalamualaikum Cikgu

Hari cuti Nuzul Quran. dan aku pun dapat la berehat. dah 3 hari aku jadi cikgu. macam tak percaya lak.
betul ke??? hish betul la, walaupun sebulan aku menunggu panggilan dari cikgu laila akhirnya suatu petang beliau menghubungiku jua.
tanpa banyak tanya aku terus terima tawaran tu. seronok betul rasanya.
biar pun sekadar guru ganti tapi yang penting pengalaman tu mahal tau.

hari pertama aku mengajar 1 Ogos. sebenarnya aku takut kena mengajar tingkatan 4 dan 2. almaklumlah aku rasa mereka lebih tinggi dari aku. aku fikir mesti diorang akan anggap aku ni cikgi praktikel. memang sah2 la sangkaan aku tu betul.

hari mula2 satu kelas saja iaitu tingkatan 4. uh bedebar-debar rasanya. aku jadi cikgu skema masuk2 terus mula mengajar, budak-budak nak berkenalan dulu. aku buat tak tau je sebab aku dah tahu cikgu diorang dah tinggalkan kerja sebelum aku ganti.huhu padam muka korang. walaupun aku kecik dan baru lagi aku tak kan ikut kehendak korang tau.

seronok juga jadi cikgu ni. bebudak ni cam nak mencabar aku, siap ada yang bangun nak ukur tinggi  dengan aku pun ada. tapi aku buat tak tau je. bukan apa tak nak la memalukan diorang lak. selagi diorang tak pijak kepala aku ni ok lagi.

dan semalam aku menjadi lebih tegas. mana tidaknya aku suruh buat latihan diorang tak nak buat, siap2 buat kerja matematik lagi. sekali aku kelaurkan suara aku yang cun ni semua diam, baru la kalut nak buat kerja.hahaha. malas sangat!!! padam muka kena denda kan!! aku lepas diorang lewat dari kelas lain.
alahai cikgu..sekolah menengah aku buat macam sekolah rendah.
tak kisah la asalkan diorang berdisiplin.

***kalau tak nak kena denda dengan aku lagi jangan malas2 ye budak2.
Read more »