Sunday 6 October 2013

tiada nokhtah

Assalamualaikum cinta...
feeling heart...

KINI
masa semakin kedepan
cara makin berbeza
segalanya kian berubah
cinta makin bersemi
rindu semakin berdendam
tapi
ada yang kian berubah

DULU
bukanlah yang sekarang
cinta rindu bersatu dalam satu
berlagu dalam rindu
makin lama makin padu

AKAN DATANG
siapa aku
siapa dirimu
bersatu dalam ikatan
tanpa tali tergantung
hanyalah Ijab & Qabul
moga Allah merestui


ps: dulu susah sangat nak marah, nak gaduh.. kadang2 ku saja cari pasal sebab nak gaduh kan ..nak eratkan silaturahim la katakan..sekarang pantang sikit terpeliuk lidah ada jek benda tak kena..tak tau siapa yang garang sebenarnya.

darah manis, banyak dugaan hati kene kuat kalau tak "ikut hati ikut rasa binasa la jawabnya".
doakan kami terus kuat menghadapi dugaan ini.
Read more »

Thursday 26 September 2013

kahwin!!

"indahnya dunia si gadis saat ijab & qabul selesai, debarnya si teruna turut beransur hilang".

Assalamualaikum
kahwin, ya kahwin dan NIKAH tu yang penting. setiap insan punya naluri ke arah itu, begitu juga dengan diriku sebagai insan, makhluk Allah yang punya rasa, perasaan. perkahwinan juga sunah Rasulullah s.a.w. 
tak lama lagi status aku akan bertukar. insya Allah  2 bulan 2 hari lagi diriku akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang dah lama ku kenali secara luarannya. 

sehingga hari ini aku belum lagi umumkan atau bagitahu secara terbuka kepada sahabat-sahabatku, yang tahu hanyalah  yang serapat mungkin denganku. maaf beribu maaf, bukan niatku untuk merahsiakan perkara ini dari sahabat lain tapi aku belum cukup kuat lagi untuk umumkannya biarpun tu berita baik. kalau ada sahabat yang terbaca enteri ni, mungkin ada yang terasa atau tak rasa apa2. ok tak mengapa. nanti bila kad jemputan dah siap akan ku jemput kalian semua ya.insyaAllah.

sebenarnya bukan mudah untuk uruskan hal perkahwinan ni, dari soal penetapan tarikh hinggalah ke perkara lain. dari sekecil2 perkara hingga sebesar-besarnya. pendek kata TENSION yang amat. fikiran celaru. tambah pula dengan status sebagai student dan jarak pasangan yang jauh membuatkan diriku semakin tension. urusan tak boleh dibuat sama-sama. mungkin dia pun punya rasa yang sama sepertiku.

sehingga hari ini aku rasa ntah la tak tahu nak cakap rasa macam mana. persiapan ke arah tu pun aku tak tahu sudah berapa peratus aku uruskan. borang nikah pun masih belum dihantar kerana beberapa masalah. ini la akibatnya bila duduk jauh. 

ya Allah
permudahkanlah urusan hambamu (kami)
untuk menuju membina masjid yang abadi
membentuk keluarga sakinah
menjadi isteri solehah
menjadi suami soleh
pemimpin penyayang
menjadikan agamaMu sebagai landasan panduan hidup
berkati dan rahmati kami ke jalanMu
amin.


 cinta hati ku

**doakan hubungan kami bahagia sampai hujung nyawa.


Read more »

Saturday 24 August 2013

tanpamu

rajin la plak rasa nak menconteng-conteng ni. tp bukan conteng arang kat muka ni nak conteng make up hihi.. bila plak la aku pandai make up ni.. tipu jer..

kene tunggu orang make up kan la dulu... bila gamaknya ya...

ahh sudah apa yang nak dicontengkan kisahnya hari ni. apa pun tak jadi.

rancangan awal aku nak masak sebenarnya sebab malas nak keluar. bukan special apa pun cuma sardin je pun.  pagi aku sarapan dengan bihun goreng yang tak habis malam tadi huhu.. tapi ok lagi la.sarapan pun dah pukul 11 lebih apa daa.

hujung minggu ni sifat malas tu terlalu menguasai diri, lapar pun buat tak tau je tangguh2 nak masak. sampai terketar-ketar lutut baru kalut nak masak. dah 3 lebih mau xketar lutut ni. ambik tin sardin ambik pisau ketuk2 huh tak mau terbuka tin sardin ni. silap aku pergi beli yang tak de tempat nak buka tu. meroyan sorang2 la aku lapar.. biasa rumet aku yang buka kan tin sardin tu, ni dia balik kampung so terkontang kanting la aku.

tak kan nak tunggu tin sardin tu terbuka..siap-siap keluar juga la jadinya. KFC juga yang aku tuju.macam tak ada tempat lain plak.  order macam nak makan ramai, sape la nak habiskan..

ok tuu bab makan, meh nak cite bab lain pulak..

alkisahnya aku nak pergi mandi nak solat magrib pula. keluar2 bilik, elok jer pintu tertutup automatik otak aku suh tengok kat tangan. ciss bawak kunci motor nak g mandi.. apa ni??? ingat bilik air tu jauh ke nak kene naik motor..waaa meraung la hambamu ni ya Allah. cam maner nak masuk bilik wey, tak kan guna kunci motor.. wawawa..

dalam kebingungan tu nasib la jiran merangkap senior aku lalu, apalagi sengeh2 kat dia la.. nasib baik dia jenis baik hati mudah baso sene kiro. dia tolong telefon pak mus minta kunci dan alhamdulillah pak mus ada kat ofis.. diorang juga tolong pergi ambik kunci sementara aku solat magrib.

tapi kan...

kunci yang pak mus bagi tu memang kunci yang tak boleh diguna pun .susah nak buka pintu.. adoii satu punya hal la.. telefon pak mus lagi..  baik betul dia., dengan rela hati tolong mai buka pintu bilik ak yang comel haha..

Alhamdulillahh dapat masuk bilik semula.
terima kasih daun keladi, lain kali tolong la lagi..


*** camner leh jadi gitu tu.. adoii kuat sungguh berangan semenjak dua menjak ni. hati berbunga-bunga kot. kalau hati tu jadi taman, memang penuh bunga-bunga mekar kot. wahh mesti comel kan.. pastu ada kumbang duk hisap madu..perghhh.. tetiba ada orang ngah bersanding kat taman bunga hahahaha... ok dah meroyan balik..muahhh hahaha.. hai si darah manis jaga diri leklok. mana la si kumbang ni ...lalala

feeling loveeeeee
Read more »

Thursday 22 August 2013

kata hati

bila hati dah sayang semuanya menjadi indah

lagu apa dah aku lupa tajuknya.

bila hati dah rindu semuanya menjadi apa pulak ya..

lagi parah bila sayang + rindu = ???

hamboii feeling abis cik zana sekarang nih..

kenapa dengan kamu ni sayang..

tu baru jer bertukar fasal

kalau tukar status lagi parah gamaknya..

sabar banyak-banyak neh..






***jaga dirimu leklok ya en cuby, semoga cepat sembuh.
*# menunggu hari bahagia  :-p
cewahhh
Read more »

Tuesday 20 August 2013

opss raya

raya oh raya... sekarang pun masih dalam bulan syawal.. maknanya masih raya la kan..  tapi tak ada maknanya kan beraya kat bandar yang tak berapa nak bandar ni huhu.. betul la. kan blok pun dah kat hujung kampung, nyamuk pulak menyanyi girang.. kononya tolong nyanyi lagu raya la kot.

dah duk jauh dari rumah baru terasa nak makan kuih raya la, dging masak kerutuk la la la la lagi nasi minyak. raya pertama tu dah banyak kot hentam nasi minyak..ala itu raya pertama , sekarang dah raya ntah ke berapa tak tau ni.. haha tak ingat dah.  tak pe lah tunggu makan nasi minyak aku nanti je lah.. hahahahaa.

jom layan gambar raya sekeping dua keping.. ada kelainan tak agak-agaknya.. hihihi


 ni hanyalah sebahagian  daripada adik beradik dan anak anak buah aku jer. maklumla semua dah kawin, banyak cabang diorang nak pergi kan.. latarnya kat kandang kambing ayahandaku tercinta hehe.. beraya kat kandang kambing la plop..






ni pulak dekat rumah abang yang no 4. meriah dengan budak-budak jek la. teka la yang mana satu si abangnya.. :-D..mungkin baju oren kot hihi.

 
ok yang ni biarlah gambar berbicara sendiri.. pandai tak gambar bercakap.. opss jeng krenggg la .









ok. dah habis. selamat hari raya ya semua.. thanks kepada mereka-mereka yang datang beraya kat rumah ya.

thanks a lot dear..hepy hepy.... muahhhhh ahaks.. bye..

***semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan sampai penghujungnya. amin.








Read more »

Wednesday 3 April 2013

Alkisahnya MAMATOK

Assalamualaikum... ada orang tak :-)

Alhamdulillah, hari ni rasa rajin sikit nak berkongsi cerita.
"Mama tok" agak-agak  siapa beliau ya? jeng~jeng~jeng.. haa nak tau tak.. kalau nak tau jom baca.

alkisahnya bermula disuatu pagi nan indah..eh indah apa, sejuk dan gelap lagi masa tu. pukul 6.50 aku dah keluar dari bilik nak pergi jumpa mama tok ni. ok.

jauh juga tempat nak jumpa mama tok ni, naik pening aku naik KTM. almaklumlah tak tau jalan nak merempit ke sana dengan motor comel aku tu. kereta? erk aku mana mampu beli kereta lagi, motor tu pun ayahanda yang belikan je.
ntah nak mula dari mana aku main redah je la eak.

sebenarnya aku pergi Bengkel Teknik Bercerita Kanak-kanak dan Remaja kat hotel UITM, Shah Alam yang dianjurkan oleh Kota Buku..ape namanya hotel tu aku lupa sebab ikut seseorang jek.ok lupakan siapa orang tu. Sehingga hari ini bengkel tu masih berlangsung sebabnya mula dari 1 hingga 4 April. jadi siapa-siapa nak pergi sempat lagi tu.tiada bayaran yang dikenakan.

Aku ke sana atas pelawaan mama tok tadi tu la. seronok sangat kat sana. pesertanya ramai dari kalangan guru tadika. Mamatok ni salah seorang penunjuk ajar untuk teknik bercerita ni. Beliau sangat mesra dan bersikap membantu. Macam-macam cara mama tok ajar cara nak bercerita ni antara tekniknya:
  •  teknik tampalan
  • teknik tali
  • figura
  • boneka
  • buah-buahan
  • menyanyi
  • dan lain2 lagi
yang sedihnya aku dapat pergi hari pertama saja kat sana sebab kekangan masa dan jarak yang membataskan aku. alangkah seronoknya dapat bersama mereka sampai hari terakhir. tetiba rasa macam duduk dalam kelas tadika masa bengkel tu. yela masa sekolah tadika dulu cikgu aku macam tak ada plak buat sesi bercerita macam tu..opss ntah2 aku lupa kot.(maafkan saya cikgu andai saya silap, sekarang cikgu tadika aku dah meninggal pun. Al-fatihah, semoga beliau tenang di sana :-(  )

uh sedih la plak .malas la nak tulis banyak-banyak. jom tengok gambar yang sempat aku rakamkan.  nak kenal mama tok kan kan kan kan.. haa cepat la angguk..  dah ek ok..hihi. jom.

                                   Haa ni la Mama Tok. cantik tak?.. bukan kak Ton tau



                       ni plak antara peserta yang hadir ke bengkel tu. ada gaya cikgu tadika tak??


                  ok yang ni siapa pula ya?? ce teka? ops ni Ummi Syam la bukan kak Ton! hihi..
sorang lagi tu urusetia yang setia memberi makluman kalau ada apa2 belaku dalam majlis tu.. nak tau apa makluman yang dia bagitau.. siapa2 pun suka rasanya. jom tengok ni
.

                                                      yang ni sedap, namanya ntah hehe


                                                banyaknya kan.. sampai tak tau nak pilih 


                                     semua ni aku rasa tapi tak habis pun.. huhuhu  (tak muat perut kot)

                                                   tadaaaaaaaaa............


                                         ala tak sempat rasa kek ni sebab dah penuh pingang




                          akak ni teruja betuk tengok makanan banyak2 tu..(jangan mara ya kak)

haa tu la tugas abg sebelah ummi syam tu hihi, selagi kami tak bergerak ke tempat makan, lagi tu jiga dia duk panggil. macam mana terliur tak?? ada lagi tak sempat ambil, sebab perut kami dah bernyanyi kan jadi kena utamakan makan dulu la ya..

ok. sekian saja.

selamat berbengkel kepada mereka2 yang masih di sana.

# sesiapa yang mendaftar dan tak pergi satu hari , dikenakan penalti rm1000 hihih..
nasib baik aku tak daftar.
                  







Read more »

Thursday 25 October 2012

AIDIL adha tiba lagi

ea esok dah 10 zulhijah maknanya seluruh umat Islam menyambut hari raya korban atau aidil adha.. sangat bertuah dan beruntung buat muslimim dan muskimat yang dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.. nak sebab apa?? sebabnya hari raya haji jatuh pada hari jumaat dan mereka2 semua insyaAllah dapat haji akhbar (ntah betul ntah tidak aku eja, kalau salah tlong betulkan). aku tau dari mak aku la..
kesian kat mak & ayah aku niatnya nak mengerjakan haji kali ke-2 masih lagi terbantut, tahun lepas dah siap buat persiapan tapi tiba2 tak dapat juga.. tahun ni semyap terus pengkhabarannya. sabar ea  bonda n ayahandaku mungkin lain waktu rezeki kalian.

ok, ak nak ceritakan keadaan dan suasana sekarang. aku pasti kat jalan raya sana nuh mesti penuh dengan kereta, lori , bas dan segala macam bentuk kenderaan. Lmaklumlah kan semua nak balik kampung sambut hari raya katakan. aku?? ea aku pun mahu ikut jejak langkah kalian juga tapi belim tiba saat dan waktunya.. hadoi kapan bila giliran ak kan muncul nieh,, kesepian dah ni asyik menyendiri..

tiket bus selalu jek cepat habis, pelik aku.
tiket kapal terbang lak, time nak raya juga dia nak caj mahal!! bukan nak buat pahal lebih2, kasi promosi ke.
keretapi pulak, ntah la tempat ak xde stesen keretapi nanti jauh pula kelaurga aku nak kene jemput, padahal sama jauh je pun  ngn lapangan terbang..
nak balik dengan kereta, aku belum berkereta lagi..


apa2 pun ak masih bersabar menunggu giliran..

macam mana agaknya ea suasana perjalanan di malam raya..
seronok ke??

ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami sampai ke rumah dengan baik2.. semoga tiada apa2 yang berlaku.
Read more »