Thursday 25 October 2012

AIDIL adha tiba lagi

ea esok dah 10 zulhijah maknanya seluruh umat Islam menyambut hari raya korban atau aidil adha.. sangat bertuah dan beruntung buat muslimim dan muskimat yang dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.. nak sebab apa?? sebabnya hari raya haji jatuh pada hari jumaat dan mereka2 semua insyaAllah dapat haji akhbar (ntah betul ntah tidak aku eja, kalau salah tlong betulkan). aku tau dari mak aku la..
kesian kat mak & ayah aku niatnya nak mengerjakan haji kali ke-2 masih lagi terbantut, tahun lepas dah siap buat persiapan tapi tiba2 tak dapat juga.. tahun ni semyap terus pengkhabarannya. sabar ea  bonda n ayahandaku mungkin lain waktu rezeki kalian.

ok, ak nak ceritakan keadaan dan suasana sekarang. aku pasti kat jalan raya sana nuh mesti penuh dengan kereta, lori , bas dan segala macam bentuk kenderaan. Lmaklumlah kan semua nak balik kampung sambut hari raya katakan. aku?? ea aku pun mahu ikut jejak langkah kalian juga tapi belim tiba saat dan waktunya.. hadoi kapan bila giliran ak kan muncul nieh,, kesepian dah ni asyik menyendiri..

tiket bus selalu jek cepat habis, pelik aku.
tiket kapal terbang lak, time nak raya juga dia nak caj mahal!! bukan nak buat pahal lebih2, kasi promosi ke.
keretapi pulak, ntah la tempat ak xde stesen keretapi nanti jauh pula kelaurga aku nak kene jemput, padahal sama jauh je pun  ngn lapangan terbang..
nak balik dengan kereta, aku belum berkereta lagi..


apa2 pun ak masih bersabar menunggu giliran..

macam mana agaknya ea suasana perjalanan di malam raya..
seronok ke??

ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami sampai ke rumah dengan baik2.. semoga tiada apa2 yang berlaku.
Read more »

Monday 6 August 2012

Assalamualaikum Cikgu

Hari cuti Nuzul Quran. dan aku pun dapat la berehat. dah 3 hari aku jadi cikgu. macam tak percaya lak.
betul ke??? hish betul la, walaupun sebulan aku menunggu panggilan dari cikgu laila akhirnya suatu petang beliau menghubungiku jua.
tanpa banyak tanya aku terus terima tawaran tu. seronok betul rasanya.
biar pun sekadar guru ganti tapi yang penting pengalaman tu mahal tau.

hari pertama aku mengajar 1 Ogos. sebenarnya aku takut kena mengajar tingkatan 4 dan 2. almaklumlah aku rasa mereka lebih tinggi dari aku. aku fikir mesti diorang akan anggap aku ni cikgi praktikel. memang sah2 la sangkaan aku tu betul.

hari mula2 satu kelas saja iaitu tingkatan 4. uh bedebar-debar rasanya. aku jadi cikgu skema masuk2 terus mula mengajar, budak-budak nak berkenalan dulu. aku buat tak tau je sebab aku dah tahu cikgu diorang dah tinggalkan kerja sebelum aku ganti.huhu padam muka korang. walaupun aku kecik dan baru lagi aku tak kan ikut kehendak korang tau.

seronok juga jadi cikgu ni. bebudak ni cam nak mencabar aku, siap ada yang bangun nak ukur tinggi  dengan aku pun ada. tapi aku buat tak tau je. bukan apa tak nak la memalukan diorang lak. selagi diorang tak pijak kepala aku ni ok lagi.

dan semalam aku menjadi lebih tegas. mana tidaknya aku suruh buat latihan diorang tak nak buat, siap2 buat kerja matematik lagi. sekali aku kelaurkan suara aku yang cun ni semua diam, baru la kalut nak buat kerja.hahaha. malas sangat!!! padam muka kena denda kan!! aku lepas diorang lewat dari kelas lain.
alahai cikgu..sekolah menengah aku buat macam sekolah rendah.
tak kisah la asalkan diorang berdisiplin.

***kalau tak nak kena denda dengan aku lagi jangan malas2 ye budak2.
Read more »

Saturday 23 June 2012

" ('',) "

Assalamualaikum
pe khabar semua?
hehe ceria2kan hari anda yea. harini rasa sedih je. kenapa yea
"selamat tinggal UPM"
tu je yang aku boleh cakap, sebak rasanya.Entah bila lagi aku akan menjejak kaki ke kampus hijau ni. Andai ada rezeki dan kerajinan akan ku sambung MA lagi andai sebaliknya majlis konvo nanti kot aku datang lagi. semoga Allah panjangkan usiaku.

ingat lagi masa mula2 datang sini sedih yang amat kena tinggal kat mak ngan ayah..sampai nangis2, asyik demam je, nasib baik Pusat Kesihatan UPM dekat walaupun agak jauh :-).

harini lak sedih juga sebabnya kena tinggalkan UPM. Sedih dalam gembira. Sayang nak tinggalkan kampus hijau ni.

semalam dah banyak bergambar dengan kawan2 dari putrajaya sampai la ke Bukit Ekspo Upm. Malaslah nak uplod..hehe.

jaga diri semua.

kutinggalkan oreo & chipsmore disini, akan ku bawa kenangannya bersamaku.

***ala taksempat juga cari pakwe kat sini, sibuk benor yea hihi
masa sekolah dulu cikgu cakap tak yah couple lagi, masuk Universiti baru boleh!!!!
Read more »

Friday 1 June 2012

Pengalamanku with P.I.T.A

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aku bersyukur padaMU  ya Rabbi. Biarpun kesulitan demi kesulitan yang aku tempuhi untuk menghasilkan sebuah projek a.k.a tesis, banyak ilmu baru dan motivasi diri yang aku peroleh.

pada awalnya aku rasa tak akan dapat menyiapkan projek ini apatah lagi untuk dapat yang terbaik. aku berfikir dan berfikir. andai aku tidak dapat menyempurnakannya macam mana aku nak bergraduate, macam mana dengan segala usaha aku belajar tiga tahun tapi tak dapat graduate jika aku tak dapat siapkan projek tu.

aku tak boleh menyerah sebelum cuba dan mencuba. aku renungkan setiap pandangan, nasihat dari orang sekeliling aku terutamanya bonda & ayahanda. aku perlu teruskan. ya aku kena teruskan. Berbekalkan semangat yang ada aku cuba sempurnakan proposal dan hantar. herm mula2 aku dah rasa cuak, banyak yang aku tak faham dan tak tahu langsung, berdasarkan proposal tu memang aku masih tak faham. setelah beberapa kali baiki aku masih lagi tidak berkemampuan. sehingga lah satu hari aku jumpa penyelia aku untuk mohon tukar tajuk tapi hampa, aku kena teruskan juga dengan tajuk aku tu. jadi aku berusaha -usaha hinggalah dapat satu buku setebal 500 muka surat berkaitan dengan tajuk aku, barulah ak rasa dapat mendalami tajuk ak sedikit-demi sedikit sampailah sekarang tapi aku tak mampu pun kuasai sepenuhnya, cukup untuk buat projek je katakan. setelah minggu ke 11 kuliah baru aku dibenarkan membuat analisis kajian, sedangkan kawan2 aku dah mula sebelum tu lagi. dan minggu 13 aku sudah menyiapkan draf pertama aku. terasa gembira, seronok dan macam2 lagi. Aku bernasib baik dapat penyelia yang baik, pembimbing yang baik dan aku suka caranya, namun ada sahabatku yang mempunyai masalah dengan penyelia mereka, kesian kat mereka, semoga sahabat-sahabatku tabah & berjaya menyiapkan projeknya.

Sekarang aku akan cuba sedaya upaya untuk memperkemaskan lagi kerja-kerja aku untuk draf terakhir. Semoga semunya berjalan lancar dan dipermudahkan. Harapanku semuanya akan selesai sebelum peperiksaan akhir @ sebelum pulang bercuti.

***
airmata yang mengalir ibarat semangat yang menyusup masuk ke dalam jiwa,
memberi perangsang, menguatkan minda..........


 jangan menyerah sebelum waktunya, kita mampu melaksanakannya, biarkan terlewat asalkan hasilnya mengembirakan kita.. :-)
Read more »

Thursday 10 May 2012

Jangan "give up"

Allhamdulillah, syukur kepadaMu ya Rabbi masih memberi nafas untukku menjadi khalifah dibumi ini. Bila hati terasa resah gelisah, perasaan berkecamuk padaMu jua lah tempattku meluahkan segala rasa. Bukan sekadar melalui doa, malahan tulisan juga untukku meluahkan sedikit rasa untuk merasa sedikit tenang. Bukan berniat apa2.
Allah sentiasa menguji hamba-hambanya kerna setiap ujian yang diberikan ada sesuatu yang ingin Dia tunjukkan kepada hambanya. Bukan mudah dan tak senang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. kita selalu inginkan kejayaan, namun sebaliknya macam2 yang lita lalui dan saat menghadapi cabaran itu selalunya diiringi dengan rungutan. kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita luahkan itu satu rungutan sebab kita rase kita hanya meluahkan untuk kelegaan hati saja. (untuk diriku juga).

Setiap hari usia meningkat, begitu juga dengan pemikiran kita, bila dah terasa diri dewasa cara pemikiran juga turut terasa lain dan cuba berfikir menjadi dewasa. berfikir tidak menggunakan nafsu semata-mata. Akal yang dianugerahkan cuba diguna pakai sebaik mungkin.

Kadang-kadang saat kita memerlukan idea dan pemikiran yang bernas susah untuk dijelmakan, kita rasa mahu menangis tambahan pula disaat mahu melakukan tugasan. Tak mudah untuk berfikir memulakan sesuatu tulisan, pembacaan yang banyak dapat membantu menajamkan otak. ada sesetengahnya pula sudah banyak kali membaca masih tidak dapat menulis. mungkin terasa putus asa kan.

Allah, sentiasa disisi kita, sedia membantu kita. kerna Dia tahu tahap kemampuan kita dengan apa yang di uji kan untuk kita. mohonlah padaNya agar membuka pintu hati kita membuat sesuatu pekejaan dengan lancar.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan juga akhirat sana..Amin.
Read more »

Wednesday 25 April 2012

"rendah diri"

dah lama isi hatiku tak terluah di alamaya ini
tak menyempat nak menulis walhal kerja ak tak da la banyak sangat
satu perkara yang aku nak luahkan, tapi bukan isi hati cintan cintun. tentang itu ak da buang ketepi, biarkan rasa itu wujud kembali. cintan cintun hanya membuat jiwa dan emosi kacau jek..:-) dalam hati masih mengharapkan taman nan indah. ok lupakan soal tu.
apa ak nak cerita tadi ea..oo rendah diri. bagi yang mengenali diriku sudah dalam pengetahuan mereka la yang ak ni orangnya tak tinggi macam model :-). dan satu lagu suaraku..yea suaraku..tau orang lain pun punya suara juga kan. Anugerah Allah yang amat bernilai adalah suara. herm tapi aku..yea aku juga punya suara..dan apa kaitan suara dengan rendah diri??
ada yang cakap suara aku macam Ella, betul ke? hemm saja la kan nak menyakat.. ada gak yang cakap" eah dia ni kecik jek tapi suara besar" tak kurang juga cakap suara aku kasar, serak, garau dan macam2 lagi la.  aku malu sebenarnya bila orang tegur macam tu.. sabarkan hati dan terima seadanya.
ada yang bertanya, seakan dapat meneka keadaan yang sebenar "suara akak ni memang camni or akak sakit" caranya agak lembut dan menyenangkan hati aku. sebenarnya ak tak tahu nak jawab macam mana. siapa yang mengenal diriku sebelum ak memasuki universiti ni, mereka tahu la suaruku yang sebenarnya.
apa yang menimpa diriku ini pun ak tak tahu, family pun pelik kenapa suaraku berubah sedemikian semenjak masuk universiti ni. semasa balik ke kampung ada la juga pergi berubat cara tradisional tapi tak berhasil. masa ak duduk kat uni ni dulu ak selalu ke PKU & juga Hospital Serdang. lama-kelamaan ak dah berputus asa nak ulang alik ke hospital2 tu, padahal tak memberi kesan apa2 pun. lepas habis ubat sambung, sambung dan sambung ubat lagi. akhirnya aku buat keputusan untuk tidak menjengah ke tempat itu lagi. Dr subha pernah beberapa kali soalkan tentang pembedahan. tak sanggup ak dibedah, sudah la melibatkan tekak. dari menangung risiko yang ak tak tahu akan berlaku baik ak terima apa yang sudah ak ada sekarang.
biarkan cakap-cakap orang.
dalam masa yang sama ak ucapkan terima kasih buat keluarga, saudara mara & rakan-rakan yang mengambil berat tantang hal ini, dan dapat memahami ak seadanya.

suara adalah anugerah yang sangat beerti, walau tidak semerdu orang lain, aku masih bersyukur atas kurniaanMU ya ALLAH. terima kasih



***amalanku hanya minum air panas tapi terkadang aku goyah juga dengan ais..
sekarang tekak ku sakit kembali dalamannya, padah ak minum air yang ber 'ais'.
Read more »

Saturday 17 March 2012

sepeti kEhiLANgAn

 bila hilang
Maknanya dah tiada
Tapi masih ada Cuma
Seperti kehilangan
Sebabnya
Menjauh

Mak, ayah
Apa khabar kalian di desa?
Semoga Allah sentiasa merahmati kalian
Ku mohon diiringi doa restu kalian sentiasa

Abg, kakak
Macam mana pula?
harapnya kalian jua dibawah lindungan Allah Maha Esa
tolong tengok-tengokan mak ayah ea

Anak-anak saudaraku
kalian semua sihatkan?
Dah besar  yea kalian semua,
belajar rajin-rajin
dengar cakap mak ayah kalian tau
jangan lupa jaga nenek & atuk sekali

kalian semua titipkanlah doa buatku diperantauan

buat sahabatku rakan taulan
pengubat dukalara rindu
penawar masalah
pendampingku disini
 ada seperti yang kehilangan
sudah kembali pulang bersamaku
dan
Ada lagi yang menghilang
jangan terus menghilang
 dan
buat dia
 yang menyepikan diri
kenapa buatku begini
setiap permulaan ada pengakhirannya
jangan buatku resah menanti


jangan buatku terasa seperti kehilangan kalian



***
"tapi bagaimana nak ku katakan padanya dia yang ada seperti tiada, dengan dia cinta jadi sebuah ritual haruskah aku kejam demi rasa tolong lepaskan dari sengsara ini"

Read more »

Thursday 23 February 2012

" o "

agak lama aku tidak menulis sesuatu bicara buat blogku ini. fikiranku merangka-rangka untuk menulis, bila tiba saat dan ketika untuk dicoretkan jadi kosong. kekosongan yang agak lama menjengah diriku. kucuba mencari sesuatu untuk mengisi ruang yang kosong itu, semoga ia muncul suatu ketika nanti.

kata-kata Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni


                                           "sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu,
                               maka jaganlah mencarinya di tempat lain kecuali di dalam dirimu juga"
"tidak perlu menangis kerana sesuatu yang telah berlaku. jangan biarkan airmatamu menitis kerana sesuatu yang sudah luput dan berlaku tidak mungkin dikembalikan semula"


Read more »

Saturday 14 January 2012

TERIMA KASIH buat

 PENCIPTA ku
memberi hidayah dan petunjuk dalam hidup ini
memberi sinar cahaya gelap terang

 Bonda& Ayahndaku
memberiku dorongan dan semangat
menitipkan doa selamat
mengirimkan kekuatan dan azimat

Pendidiku
memberi ilmu bermanfaat
memberi ilmu tanpa sempadan
semoga pemurah markah

Sahabatku
mendengar keluh kesahku
melayan seribu atu karenahku
menjadi kauselingku

Dia
bersabar dengan sikapku
belajar menjadi kuat
belajar menjadi tabah
semoga dirimu terus kuat
ak kan trus begini..

Chipsmore
memberi kenangan
mewujudkan rasa
memakan diri
menyeksa kalbu

Diriku
semoga menjadi insan yang kuat
semoga menjadi insan yang sabar
semoga menjadi insan yang tidak lalai
semoga menjadi insan bertakwa
semoga menjadi wanita solehah

***
"aku tidak mungkin mampu mengubah sesuatu yang telah berlaku, 
        sebagaimana 
aku tidak mampu menjangkakan apa yang bakal berlaku"
Read more »

berharap

aku harap beliau sudi memaafkan aku
bukan sengaja tak nak hantar, tapi sebab takut menguasai diri jadi aku tangguhkan dulu..

hari  ni kan cuti baru nak hantar.. saja cari pasal kena marah la..
sudah berbulan2 aku pinjam buku tu  dari beliau tapi tak guna, masa nak pulangkan rasa berat plak..
adoi nak buat harta sendiri je rasa..

harap-harap kelalaian aku tak kan menjejaskan markah untuk semester depan..huhuhu

***walaupun beliau marah tapi tetap ambil berat bertanyakan masalah,,
terima kasih dr fa...ah (",)
Read more »

Sunday 8 January 2012

"dia" muncul lagi

ntah macam mana kejadian seumpama itu berlaku lagi..sudah aku cuba berjaga-jaga dan mengelak dari berlaku lagi tapi apa kan daya aku hanya mampu berdoa dan memohon DIA jua lah yang berkuasa..

kenapa "dia" / makhluk itu menggangu aku lagi?? aku tak ingin didekati olehnya.. setelah beberapa minggu hidupku aman kini "dia" muncul lagi.. lebih menakutkan lagi..tangan dan kaki ku diikat, pernafasanku agak tersekat..sungguh "dia" berusaha menakutkan aku, namun hati ini tak putus2 menyebut kalimah ALLAH..

Allahamdulillah Allah makbulkan doaku, aku terselamat dari syaitan laknat itu..namun aku takut untuk meneruskan tidurku hinggalah mentari muncul..

ya ALLAH
jauhkanlah makhluk itu dari hidupku.
aku insan kerdil lagi lemah
aku tak mampu untuk terus begini
aku ....
hilang kata-kata
buntu memikirkannya

aku redha dengan ujian ini..
kuatkan semangat dan imanku
ya ALLAH

aku tahu ini ujian darimu
ujian kekuatan imanku terhadapMU
berikanlah kekuatan untukku hadapinya..
Read more »

Thursday 5 January 2012

pEMilik 132 diRAMPAS

kecewa tu la yang dapat aku katakan. kecewa sangat-sangat. setelah hampir tiga tahun aku mendiami bilik itu, sekarang tinggal dalam 10 hari sahaja lagi untuk aku berpisah dengannya. sungguh aku tak percaya.

banyak kenangan aku di bilik ini. warna warni kehidupan aku di bumi hijau ini, dia lah menjadi saksi segalanya. walaupun adakalanya aku keseorangan menghuninya tapi aku gembira, bilik itu dah menjadi sebahagian rumah kesayangan aku.

namun apa daya, semua tu bakal berakhir. kalaulah aku tidak lalai, tidak lupa untuk mengisi borang biru itu pasti semester depan aku kan tetap menghuni perutmu lagi duhai 132. maafkan aku kerana mengecewakanmu, hakikatnya hatiku yang terluka. kenangan hidupku dalam mendiamimu takkan ku lupakan. berat hati ini.
selamat tinggal sayang..

semester depan pemilik baru akan menghunimu lagi, tapi bukan aku!!!.. mereka itu pelajar master. mereka telah merampasmu dari aku!!!.  kenapa??

dan aku akan membawa diri ini, ya aku akan bawa diri aku lebih jauh dan lebih tinggi dari tempatmu. tapi aku tak gembira untuk berada di tempat tinggi itu. aku lelah untuk kesana, namun aku tetap akan ke sana kerana aku bukan lagi pemilikmu. hak miliku telah dirampas secara paksa dan aku pula terpaksa merelakannya dalam paksa.

aku akan merinduimu duhai bilik kesayanganku..... dari jauh kau doakanlah aku untuk terus berjaya tanpamu dan melewati sisa hidupku disini dengan menjadi pemilik yang lain.


***semoga lepas ni aku lebih peka dengan keadaan sekelilingku. "nasi telah menjadi bubur" tak kan dapat "nasi bubur menjadi nasi biasa" .
Read more »

Wednesday 4 January 2012

maafkanku

maafkan diriku
maafkan diriku
andai aku telah menyakitimu
andai aku telah membiarkanmu
andai aku telah menyeksamu
andai aku telah mengecewakanmu

maafkan diriku
andai aku....
andai aku berdusta
andai aku terlupa

maafkan diriku
andai aku berubah
andai aku terjauh
andai aku bersalah

maafkan diriku
andai hati bertukar keras
andai hati bertukar beku
andai hati bertukar emosi
andai hati bertukar kelu

maafkan diriku
andai itu takdirnya...

kasih, sayang, cinta, rindu  berbeza

menyulam, menyelam dalam kelam
menunggu sinar muncul kembali
ntah bila masa dan saatnya..

***bila hati merintih
Read more »

Sunday 1 January 2012

KALENDAR 2012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi aku bernafas di bumi Allah ni, dan semoga dirahmati hendaknya.

baru beberapa jam lalu, seluruh warga bumi menyambut tahun baru 2012. dalam menyambut tahun baru pastinya ramai antara kita yang menanam azam baru dan ingin mencapai matlamat yang belum tercapai pada tahun sebelumnya. semoga semuanya berjaya dan jika sebaliknya jangan la berputus asa. cuba..dan cuba terus mencuba.

tinggalkan perkara-perkara yang membuatkan kita bersedih, berduka, sengsara dan kepahitan lalu, mulakan dengan sesuatu yang boleh membuatkan kita tenang dan senyum.
pengalaman lepas boleh dijadikan guru yang terbaik.

bila tahun meningkat, pastinya usia turut meningkat cuma hari dan bulan sahaja akan menentukan perbezaannya jika tahun kelahiran sama dan sebaliknya.
kurang lebih sebulan 17 hari atau 7 minggu lagi bertambahla usiaku. bertambah muda hehehe..

tahun 2012 semester terakhir aku belajar di bumi hijau ini dan insyaAllah andai diberikan rezeki akan sambung lagi.

SELAMAT DATANG 2012 dan SEMOGA KENANGAN 2011 MENJADI INGATAN SEPANJANG MASA.

***
KALENDAR 2012
















Read more »