Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi aku bernafas di bumi Allah ni, dan semoga dirahmati hendaknya.
baru beberapa jam lalu, seluruh warga bumi menyambut tahun baru 2012. dalam menyambut tahun baru pastinya ramai antara kita yang menanam azam baru dan ingin mencapai matlamat yang belum tercapai pada tahun sebelumnya. semoga semuanya berjaya dan jika sebaliknya jangan la berputus asa. cuba..dan cuba terus mencuba.
tinggalkan perkara-perkara yang membuatkan kita bersedih, berduka, sengsara dan kepahitan lalu, mulakan dengan sesuatu yang boleh membuatkan kita tenang dan senyum.
pengalaman lepas boleh dijadikan guru yang terbaik.
bila tahun meningkat, pastinya usia turut meningkat cuma hari dan bulan sahaja akan menentukan perbezaannya jika tahun kelahiran sama dan sebaliknya.
kurang lebih sebulan 17 hari atau 7 minggu lagi bertambahla usiaku. bertambah muda hehehe..
tahun 2012 semester terakhir aku belajar di bumi hijau ini dan insyaAllah andai diberikan rezeki akan sambung lagi.
SELAMAT DATANG 2012 dan SEMOGA KENANGAN 2011 MENJADI INGATAN SEPANJANG MASA.
***
KALENDAR 2012
No comments:
Post a Comment