kecewa tu la yang dapat aku katakan. kecewa sangat-sangat. setelah hampir tiga tahun aku mendiami bilik itu, sekarang tinggal dalam 10 hari sahaja lagi untuk aku berpisah dengannya. sungguh aku tak percaya.
banyak kenangan aku di bilik ini. warna warni kehidupan aku di bumi hijau ini, dia lah menjadi saksi segalanya. walaupun adakalanya aku keseorangan menghuninya tapi aku gembira, bilik itu dah menjadi sebahagian rumah kesayangan aku.
namun apa daya, semua tu bakal berakhir. kalaulah aku tidak lalai, tidak lupa untuk mengisi borang biru itu pasti semester depan aku kan tetap menghuni perutmu lagi duhai 132. maafkan aku kerana mengecewakanmu, hakikatnya hatiku yang terluka. kenangan hidupku dalam mendiamimu takkan ku lupakan. berat hati ini.
selamat tinggal sayang..
semester depan pemilik baru akan menghunimu lagi, tapi bukan aku!!!.. mereka itu pelajar master. mereka telah merampasmu dari aku!!!. kenapa??
dan aku akan membawa diri ini, ya aku akan bawa diri aku lebih jauh dan lebih tinggi dari tempatmu. tapi aku tak gembira untuk berada di tempat tinggi itu. aku lelah untuk kesana, namun aku tetap akan ke sana kerana aku bukan lagi pemilikmu. hak miliku telah dirampas secara paksa dan aku pula terpaksa merelakannya dalam paksa.
aku akan merinduimu duhai bilik kesayanganku..... dari jauh kau doakanlah aku untuk terus berjaya tanpamu dan melewati sisa hidupku disini dengan menjadi pemilik yang lain.
***semoga lepas ni aku lebih peka dengan keadaan sekelilingku. "nasi telah menjadi bubur" tak kan dapat "nasi bubur menjadi nasi biasa" .
Kosongkan rumah ini and just give away
2 years ago
No comments:
Post a Comment