Thursday 29 September 2011

kunci oh kunci

minggu ni aku rasa sangat celaru, perasaan pun ntah ke mana-mana je. rentetan itu aku menjadi seorang yang lalai dan pelupa. sungguh tidak ku pinta untuk dijadikan begitu. semua ni mungkin ada hikmahnya. kenapa lalai dan pelupa yang aku katakan tadi??

macam ni ceritanya, patang semalam lepas habis kelas aku dan kawan-kawan rancang nak pergi makan sama-sama tapi dah lewat kan jadi kami singgah la solat magrib kat masjid dulu. (makan-makan juga yang wajib tetap didahulukan). selesai solat bersiap-siap la kan untuk berangkat ke destinasi yang dirancangkan.

tiba-tiba saja aku jadi panik dan terkejut cari kunci motor tak ada dalam beg.sah!! memang dah sah aku teringgal kunci dekat suis motor tu juga. debaran memang tak boleh nak cakap la kan, dalam kepala ni macam-macam dah terbayang.ia la walaupun kunci tu kecil saja tapi harganya tak sekecil tuan dia.

sampai je dekat dapan tu alhamdulillah. icon kesayangku masih gah disitu. rezeki masih milik aku. debaran tu masih ada sebab kunci tak ada dekat tempat suis . cari punya cari ada la kat tempat rahsia dan agak terlindung dari mata kasar orang lain. Alhamdulillah semuanya selamat.

aku sangat berterima kasih kepada orang yang tolong sorokkan kunci tu, kalau terus tergantung kat tempat suis, memang aku tak tau nasib iconku macam mana.sebenarnya bukan setakat kunci tu saja yang tertinggal, telefon pun tertinggal kat motor juga.

terima kasih dan syukur alhamdulillah ya Allah kerana telah menyelamatkan harta bendaku itu. amin.
Read more »

Monday 26 September 2011

Dugaanku



Sudah hampir dua tahun menanggungnya
 aku telah menderita agak  lama
dan aku tidak tahu macam mana
tapi aku harus mencari cara untuk tetap kuat,
Aku berharap akan  lebih kuat
kerana itu membuat aku hilang keyakinan diri
dan menyakitkan bila terasa diejek
Ini hanya menyebabkan diriku semakin stres

Kata  Dr.S.T. Subha
Sakit tekak ku ini banyak penyebabnya,
Elakkanstres, Elakkanminumam berais dan jaga pantang larang
Lihat dulu apa yang boleh apa yang tidak boleh disuap

Setiap bulan aku akan menjadi pengunjung tetap
Hospital Serdang sebagai rumah keduaku
 
Aku hanya berharap menjadi  lebih  kuat
diberi gugusan kesabaran yang tinggi
ku cuba mengatakan kepada diri sendiri untuk tidak menangis
tapi begitu sukar untuk lakukannya

Seperti hari-hari berlalu
ku cuba merawatnya sendiri
Dengan kaedah teraphy yang diajar Dr .
tetapi
begitu banyak perkara menyebabkan jadual teraphy
kini tidak tersusun elok

 itu hanya dugaan  untukku bertambah kuat
tapi adakalanya
Aku harus menangis
untuk menghilangkan stres
kerana
aku sedar tidak mudah untuk menjadi seorang yang kuat

***
sejak cuti semester, rumah puteh itu tidak aku kunjungi lagi, biarpun tarikh temujanji dah tertulis aku abaikan sahaja.tiada rasa lagi untuk kesana. selebihnya redha atas dugaan yang diberikan.

Read more »

Saturday 24 September 2011

sayangku merajuk

    sedih sangat-sangat itulah yang dapat diungkapkan. dengar suara riuh rendah dari desa tercinta.dengan harapan untuk menghilangkan kerinduan hati namun kesedihan yang makin dirasai. macam mana tak sedihkan kekasih hati merajuk. sejaku berpisah dengannya 10 september lalu sehingga sekarang dia masih tidak mahu bercakap denganku. berkali-kali sudah ku hubungi namun hampa.

 sayangku,
bukan sengaja dirimu ditinggalkan, kamu tahu kan tugasku disini. kita sama-sama merasai kesedihan itu. jangan la merajuk lagi. kamu kan sentiasa berada disisi mak, ayah,nenek,atuk, adik haziq dan keluarga kita yang lain.



sudah tak lama, kita akan bersua kembali, jangan merajuk-merajuk lagi sayangku Muhammad Nasrullah . salam sayang dariku.
Read more »

Thursday 22 September 2011

Alahai Apollo

  
   ('',) sukanya hati bila perut dah kenyang kan.eah ada ke orang tak suka bila dah kenyang??kalau la ada memang pelik kan hehehehe. bab makan semua suka kan tapi saya ni makan banyak pun tak pernah terlebih 40 kg (berat tak saya).
 lupakan persoalan makanan, lepas dari makan (sebut makan lagi)  tadi saya bersama teman singgah pasaraya big dekat seri serdang, niatnya nak beli barang.masa tu dah banyak masuk waktu magrib jadi kami membeli dengan tergesa-gesa. dah pukul 7.38 kami pun terus balik merempit dengan honda icon kesayangku tu.         


   nak tahu tak ape berlaku?? ok saya cerita terus je lah, sampai dekat taman yang banyak boggol tu tetiba je orang belakang cakap " kenapa rasa ringan je kepala aku ni"? lepas tu dia gelak besar dan bagitahu  teman kat depan asyik bawak motor yang pollo dia tertinggal kat depan pasaraya tu .terpakasa la kami patah balik kan, nasib baik la apollo dia masih sudi menunggu kedatangan tuannya. alahai temanku boleh dia tak perasan tu. adoi tergelak besar la kami, geram pun ada sebab dah lewat kan tapi rasa lucu la. nasib baik la abang polis tak ada. kalau la sampai dekat pintu upm baru dia sedar , abis melayang duit rm50 kot kena saman. nak tenggok tak apollo tu macam mana?? jeng-jeng......



   haa inilah rupa Apollo kesayangan temanku.walaupun tak boleh makan tapi sangat bermakna untuk keselamatan.huhuhhuhuhu
Read more »

Tuesday 20 September 2011

HATIKU


Bila hati gembira
Mataharisenyum di wajahku
Bila hati rawan merintih penuh duka
Hujan airmata membasahi pipiku
Bila keresahan bangun tiada
Salji turun menyelimuti  hati sejukku

            Bila Hati Jatuh Cinta
Tidak lagi lena detak jantung hatiku
Tidak lagi biasa detak jantung hati ku
Bila hati menjadi milikmu
Betapa mahalnya cintaku
Untuk dihargai penuh kebahagiaan hatimu
Untuk diuji  ikhlaskah tulusmu
Jangan tinggalkan jujur hatimu
Kerana hati ini untukmu


Read more »

Sunday 18 September 2011

Takdir Milik Allah

Takdir Milik Allah

"Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!"

Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan.Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh.Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah.Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.

Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah…Hati kecil Irfan berbisik.



"Assalamualaikum…"ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan.Pantas dia bangkit dari pembaringan.Irfan menghadiahkan senyuman lembut.

"Wa..alaikummussalam.."tergagap Indah menjawab.

Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju.Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu.Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat.Darahnya terasa berjalan terlalu laju.

"Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni.Nanti kita solat jemaah sama-sama ye.."Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.

Indah hanya angguk.Abang??Hurm..

Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak.Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji.Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.

Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba.Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.

Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu…kucupan kedua selepas pernikahan tadi.Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.



Indah membuka telekungnya.Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan.Irfan perasan tu..Alahai isteriku…

Indah jadi canggung.Aduh..nak buat apa ni?Takkan naki berdiri tercongok kat sini?Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu.Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.

Pantas Indah mengagahkan dirinya berjalan keluar namun pantas Irfan memaut lengan Indah.Indah terkaku.Ya Allah…tolong Indah..

Perlahan,Irfan menarik tubuh Indah menghadap tubuhnya.Pinggang Indah dirangkul rapat ketubuhnya.Indah sudah rasa sesak nafas dan hanya menunduk memandang lantai..

Tangan kanan Irfan diletakkan keatas ubun-ubun Indah.Terdengar mulut Irfan terkumat-kamit.Indah hanya menutup mata.Hatinya gerun.Tanpa sedar.dia menolak dada Irfan sekuat hati hingga suaminya terlepas rangkulan dan pegangan di ubun-ubun..

"Awak…maaf..Saya tak boleh!Saya tak bersedia…"Indah menuturkannya.Air matanya tanpa ditahan-tahan,jatuh menuruni pipinya yang gebu.

Irfan tergamam.Dia cuba menghampiri Indah namun pantas Indah mengelak.

"Tolong!Jangan dekat dengan saya..Saya takut..Jangan!!!"Indah sudah meraung-raung.Irfan berdiri static.

"Indah…demi Allah…abang takkan apa-apakan Indah ok..Bawa bertenang..Tarik nafas sayang..Tarik nafas…"Irfan cuba berdiplomasi.Indah yang mendegar,kembali bertenang.

Irfan menghampiri Indah.Dia membawa Indah duduk di birai katil.Indah hanya diam tanda dia percaya Irfan tak akan melanggar janjinya.

"Irfan…saya minta maaf…"perlahan Indah menuturkannya.Irfan hanya tersenyum.Tangan kananIndah dicapai dan digenggam.

"Awak..saya kahwin dengan awak tanpa kenal awak lansung.Perkahwinan kita dirancang oleh mak ayah kita.Dan kita sebagai anak yang soleh,hanya menurut.Saya memang terkejut dengan semua ni.Dan….saya masih lagi tak bersedia…Awak…bagi ruang untuk saya….Saya…melaksanakan tugasan tu…saya…"Indah tak dapat meneruskan kata-katanya.

"Abang faham Indah..Abang faham tu..Sebelum abang,Indah dah ada pilihan ker?"Irfan menuturkannya berhati-hati..

Indah geleng."Demi Allah…tak ada lelaki lain yang pernah menakluki hati saya.Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya tapi sekarang…..saya perlukan waktu untuk mencintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya…Saya harap awak faham…"

"Abang tak akan paksa Indah kalau betul Indah tak bersedia.Abang tak mahu benda tu terjadi tanpa kerelaan Indah.Abang nak Indah rela dan hubungan ni diredhai Allah.Indah ambillah berapa lama pun."Irfan senyum.Senyuman tu…..buatkan Indah rasa serba-salah..

"Terima kasih Irfan…"Indah cuba tersenyum namun pahit.Hakikatnya,bukan saja kerana dia tak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya tapi dia juga takut dibayangi kenangan silam yang sering menghantuinya.Bayangan yang sangat takut….

"Tapi…abang nak Indah patuh syarat abang.."suara Irfan menyedarkan Indah.Dia mendongak memandang Irfan.

"Abang nak Indah tukar panggilan saya-awak tu kepada abang-Indah.Boleh?"

"Insyaallah wak…"Indah angguk.

"Ehem…bukan awak tapi Abang.."Irfan membetulkan.Indah tersenyum..

"Hm…abang…"

"Bagus..Er..Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu?"Irfan tersengeh nakal.

Indah terkedu.Pegang tangan?Matanya menala pada riba Irfan.Ya Allah…tangannya kemas digenggam Irfan.Tak sedar??Aduh..

Pantas Indah menarik tangannya dan bangkit."Indah nak tidur.."Indah capai bantal dan diletakkan diatas lantai."Indah tidur bawah,abang tidur atas."

"Tak…Indah tidur atas katil,abang pun tidur atas katil!"

"Tapi…"

"Indah..kan abang dah janji.Takkan Indah tak percaya.Abang kesian kat Indah,nak kena tidur kat lantai.Kalau Indah tak percaya lagi,abang letak bantal golek kat tengah.Ok sayang?"

Indah telan air liur.Hurm…bukannya sebab arahan Irfan tu tapi sebab panggilan sayang yang keluar dari mulut Irfan.Adussss…

"Ok"

Indah bangkit dari tidurnya.Mimpi tu datang lagi!Ya ALLAH…Sampai bila Indah kena hadapi semua ni?Indah tak larat..Tangannya meraup wajahnya yang basah diselaputi peluh.Matanya menala pada tempat pembaringan Irfan.Suaminya tak ada.Kemana?

Pintu bilik air terkuak.Irfan keluar dari bilik air dengan tuala.Indah memalingkan wajahnya.Uh…malu..

"Indah dah bangun?Sekarang baru pukul 5.00 pagi.Abang nak buat solat sunat.Indah nak ikut?Boleh kita jemaah.."Irfan menyoal sambil menyarungkan baju melayu ke tubuhnya.Indah angguk.Dah alang-alang terjaga,suami pula dah ajak..Afdalnya ikut jer lah.

Indah bangkit menuju ke bilik air dan mengambil wuduk.Nak mandi pagi-pagi macam ni,memang Indah tak tahan.Agaknya Irfan dah biasa mandi pagi-pagi buta macam ni.

Mereka berjemaah bersama-sama menunaikan solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat.Tenteramnya hati Indah,hanya ALLAH yang tahu.Memang tenang mendengar bacaan suaminya.

Usai solat,mereka mengaji bersama.Surah As-Sajadah dan Al-Mulk menjadi pilihan Irfan sementara menunggu waktu Subuh dan Indah hanya menurut.

Azan berkumandang…Solat didirikan.
Dan seperti semalam…sebuah kucupan hinggap didahi Indah.



"Awal kamu berdua bangun…"Hajah Halimah menegur.Irfan hanya tersenyum.Indah pula sibuk menolong membancuh air.

"Kan memang selalunya along bangun awal.."Irfan menjawab.Cucur jagung disumbat kemulut.

"Selalunya tu memanglah..Tapi,ni bukan selalunya..Kan pengantin baru…"Hajah Halimah tersenyum mengusik.Irfan hanya tergelak besar dan Indah menunduk.Dapat dirasakan pipinya memerah.

"Dah siap ke sarapannya?"Haji Ali muncul.

"Dah bang..Abang lambat datang.Pengantin baru ni lagi cepat!"

Ketawa Haji Ali bergema."Mah oii,malu budak-budak tu.Tu ha,muka Indah dah merah tu."Haji Ali masuk sekaki mengusik.Indah rasa macam nak cari ais jer nak letak kat muka.Irfan relaks seperti tak rasa apa-apa.

"Er..ummi,biar Indah panggil angah dengan Uda turun sarapan.."Indah mencari jalan selamat.Tak lalu rasanya kena sakat jer..

"Eh Kak Indah..awalnya bangun.Angah baru jer cadang nak tolong kejutkan pengantin tadi.."Irsha terus menembak kata bila Indah mengetuk biliknya.Aduh…tadi ummi dengan abi.Ni angah pun nak masuk sekaki?Aduh..

"Dah.Tak payahlah nak sakat akak..Jom sarapan.Panggil uda sekali ye.."

"Ok bos!"

Dah 3 bulan usia perkahwinan Indah dan Irfan.Indah rasakan segala-galanya lengkap bersama Irfan.Lelaki ni memang pandai merancang dan penuh dengan kejutan.Seminggu selepas kahwin,Irfan membawanya pindah kerumah baru.Kondominium yang sangat cantik dan selesa.

Awal dirumah itu,Indah berkeras mahu bilik yang berasingan namun Irfan tegas mahu mereka duduk sebilik.Dek kerana percayakan Irfan..akhirnya Indah mengalah.Dan Irfan tak pernah memungkiri janjinya.Cuma sesekali,Irfan bertindak nakal.Mengingatkan itu,Indah tersenyum sendiri.

Yang paling Indah suka,Irfan selalu mengingatkan dirinya perihal agama.Jika tak tahu,Tanya saja pada Irfan.Semuanya dia tahu.Untungkah aku?

Ya..memang untung.3 bulan bersama Irfan,tipulah jika dia menidakkan perasaannya pada Irfan.Memang wujud rasa kasih.Cinta??Sumpah…dia tak tahu.Namun,bila Irfan terpaksa out station,rindu terbit juga disanubari….

Malah mimpi ngeri yang dia selalu alami pun dah tak datang.Mimpi dasyat.Semua tu gara-gara paranoid yang melampau.Peristiwa di mana dia hampir dirogol bapa saudaranya 8 tahun yang lalu.Sebab tu Indah takut nak berkongsi zahirnya dengan Irfan.Semua tu amat menyesakkan dada.

"Indah…."suara yang dirinduinya menyedarkan Indah.Cepat dia memalingkan wajahnya kebelakang.

Irfan menghampiri Indah.
"Esok abang nak pergi out-station.2 hari.Ipoh."

Indah kerut."Selalu sangat abang pergi out-station.Kan minggu lepas dah pergi?"

Irfan sengeh."Dah kerja abang.Nak buat macam mana?Ker Indah rindu kalau abang tak ada?"

Indah geleng.Malu."Tak..Pergilah.Malam nanti Indah susunkan baju abang."





Indah melepaskan keluhan.Irfan…sunyinya rumah ni.Tiba-tiba bunyi ketukan dipintu menyedarkan Indah.Cepat dia buka pintu.Terkejut!Iffah datang.Secepat kilat tubuh Iffah yang tembam dipeluknya.

"Iffah!Lama tak dengar cerita.Sejak aku kahwin,kau tak pernah datang rumah pun."Indah menyergah bila mereka sudah masuk kedalam rumah.

Iffah senyum tawar."Kau tahulah aku,sibuk.Anak aku tu siapa nak jaga.Rizal asyik sibuk jer."Indah terdiam mendengar kata-kata Iffah.Lain macam jer.

"Indah…"Iffah menyeru.Indah angkat dagu.

"Suami kau pergi Ipoh lagi ker?"pertanyaan Iffah membuatkan Indah terkejut.

"Mana kau tahu?"

Sekali lagi senyuman tawar Iffah muncul.Iffah pantas menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sampul surat bewarna koko.
"Gambar ni Rizal yang ambil pakai handset dia.Aku dah cuci.kau tengoklah."

Indah kerut wajah.Perlahan dia capai sampul surat tersebut.Ditariknya isi didalam.Indah terkedu.Air matanya bergenang.Tanpa dipaksa,mutiara putihnya jatuh menyembah bumi.

Irfan!Sampai hati.

"Aku serba salah nak cerita kat kau Indah tapi kau kawan aku..Aku.."

"Shhh.."Indah memotong kata-kata Iffah.

"Gambar ni bila lagi?"

"Bulan lepas.Tengoklah perut perempuan tu,dah besar.Aku agak dalam 7 bulan.Kau dah kahwin dengan Irfan 3 bulan tapi perut perempuan tu dah besar.Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku agak tu mesti perempuan simpanan dia."membuta tuli tuduhan Iffah.

Indah telan air liur. "Terima Kasih Iffah.Kau boleh balik sekarang."lansung dia menghalau tetamunya tanpa sedar.





Irfan memerhatikan isterinya.Kenapa nampak lain sangat ni?Tak mesra.Kaku.Aku baru balik,selalunya dia sambut semacam.Ni..

"Indah tak sihat ker?"tangan Irfan mendarat pada dahi Indah yang leka menonton TV.Indah menepis perlahan.Irfan pelik.Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.Rapat.

"Boleh tak jauh sikit?Panas!"

"Abang rasa sejuk jer.Air cone ni tak cukup sejuk ker sayang?"

"Tak payah nak bersayang-sayang!"kali ni nada Indah dah melangit tinggi. "Patutlah selama ni tak kisah kalau Indah tak bagi hak abang,rupanya dah ada spare part!"Indah sudah berdiri dari tempat duduknya.Tangannya memeluk tubuh.

"Apa Indah cakap ni?"Irfan masih tenang.

Indah geram melihat ketenangan suaminya.Segera dia melangkah masuk kebilik.Seketika kemudian,dia keluar.Gambar-gambar pemberian Iffah dilemparkan ke meja.Berterabur.
"Ni apa?"jari telunjuknya menala ke meja.

Gambar-gambar yang bertaburan,Irfan capai.Ditelitinya.Lama.
"Abang boleh terangkan."

"Terangkanlah!Abang boleh cakap yang abang sebenarnya dah nikah sebelum ni.Dah ada isteri!Indah ni isteri abang yang kedua.Cakap bang!Cakap!"nada Indah tak mampu dikawal.Irfan geleng.

"Bukan sayang.Salah faham.Salah faham."

Mata Indah dah berair.Penipu!Kakinya meninggalkan Irfan dan melangkah ke balkoni.Irfan mengekori dibelakang.

"Cuba dengar apa yang abang nak cakap ni.."Bahu Indah diraih namun cepat Indah menolak.

Indah membuang pandang ke balkoni dengan sendu. "Sampai hati abang tipu Indah.Kenapa abang tak mahu berterus terang?Kenapa bang?Kenapa?"air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Esakkannya makin kuat.

Dari belah sisi,Irfan kedepan menghadap Indah.Menghalang pandangan Indah.Dipeluknya perlahan tubuh Indah. "Sayang dia bukan isteri abang sayang.Bukan.."Indah kaku. "Dia istimewa pada abang tapi dia bukan isteri abang."kali ni minda Indah mencerna maksud kata-kata suaminya.Istimewa?Bukan isteri?Mengandung?Perempuan simpanan!

Tanpa sedar dan di bawah kewarasan,Indah menolak kuat tubuh suaminya.Sekelip mata,tubuh Irfan terdorong kebelakang dan jatuh terhumban dari balkoni.Jeritan Irfan menyedarkan Indah.

Dump!

Indah kaget.Abang?Abang mana?Dari balkoni,Indah memandang kebawah.Ya Allah!Abang!Segera Indah keluar dari kondo dan menuju ke lif.Air matanya merembes laju.Sampai dibawah,dilihatnya Irfan menggelupur.Darah membuak-buak.

"Abang!"tubuh Irfan dipangku.Air matanya jatuh kemuka Irfan.Irfan kini nyawa-nyawa ikan. Malam yang pekat terasa sendu. "Tolong!Tolong!"Indah menjerit sekuat hati.Jiran-jiran yang berada dikawasan berdekatan mula menghampiri. "Telefon ambulans!"Indah mula menjerit lagi.

"Abang..Maafkan Indah bang.Indah tak sengaja.."Indah mengusap muka Irfan yang sudah disimbahi darah.Irfan kaku namun matanya masih terbuka walaupun kecil.

Irfan sedaya upaya cuba mengangkat tangannya untuk mencapai tangan Indah.
"Perca..cayalah In..dah..Aaa..bang cu..cu..Cuma sayang Indah.."sedaya upaya cuba diucapkan.

Indah geleng. "Indah tahu.Indah tak mau abang mati.Indah sayang abang!"Indah membalas.

Irfan senyum senang. "ALLAH…."perlahan Irfan sebut.Tangan Indah dapat merasakan tubuh Irfan dah kaku.Ditekannya dada Irfan.Sunyi tanpa denyutan.

"Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Serentak itu,hujan turun membasahi bumi.


Kuburan Irfan basah disimbahi air.Indah merenung jauh.Jemaah lain dah tinggalkan kubur.Hanya dia yang masih disitu.Berharap dapat menemani suaminya.Mustahil..

Indah teresak semula.Semua ni salah Indah bang.Semua salah Indah!Kalau Indah tak tolak abang,mesti abang tak jatuh,mesti abang ada lagi kat muka bumi ni.Indah salah.Indah bukan isteri yang baik.Indah tak cuba mempercayai abang….

Barulah Indah tahu,perempuan tu adalah isteri kedua adik Irfan.Tak ada sesiapa pun tahu yang adik Irfan dah beristeri dua kecuali Irfan.Irfan memang selalu ke Ipoh atas urusan kerja Cuma sekali tu saja dia menemani adik iparnya yang mengandung.Dan….sebab tu Indah salah faham.

Indah sesal.Sepanjang lebih 3 bulan,dia bukanlah isteri yang baik.Dia tak memenuhi hak suaminya.Dia mementingkan diri.Kalaulah hayat abang panjang,Indah akan lakukan apa je untuk abang…Untuk abang…..

Memang Indah tak dapat maafkan dirinya.Abang………
Memori yang ada Cuma gurauan abang…
Abang………
Takdir ini dah ditetapkan…..
Takdir milik Allah…
Dan Indah terus meratapi.

Note    :Cerpen dari penulis Novel : Chomelnya Chenta. 
Sumber : http://penulisan2u.blogspot.com
Read more »

Teman

Teman
Dalam persahabatn ada satu garis yang halus memisahkan lelaki dan perempuan. Garis itu terlalu halus sehingga tidak dapat dilihat. Kita juga tidak akan sedar sekiranya garis halus tersebut putus kelak. Pada ketika itu tiada garis yang akan memisahkan sebuah persahabatan. Bila manakah perkara ini akan terjadi?

*************************************

"Dah makan kah?"
Soal Ben kepadaku.

"Sudah… awal lagi…. Ko buat pa balik gini lambat?"
Soalku kepada Ben.

"Ada date ngan si Lara…."
Jawab Ben selamba.

"Aik… budak baru ke tu? Ko ni asyik tukar pompuan ja… huhuh… dasar lelaki… oya, kalu ko lapar masi ada bakas(lebihan) sa di almari tu."
Pesanku pada Ben.

"Ko mau tido uda?"
Soal Ben lagi.

"Kira la…. Pas on line baru tido kot…. Napa?"
Aku memandang ke arah Ben.

Ben menarik tanganku dan membiarkan aku duduk di sisinya. Ben membelai rambutku lembut. Aku membiarkan saja belaian Ben. Ben meletakkan kepalanya di bahuku.

Ben tentu sedang sedih. Dia selalu begini apabila hati dia tidak tenteram. Mungkin pasal kerja atau pasal perempuan… atau pasal keluarga. Aku dapat merasakan keluhan berat Ben.

Tentu saja dia sangat runsing sekarang ni.

"Jan dulu tido ya…. Bisuk kan cuti kan?… kasi kawan dulu sa kejap."
Ucap Ben.

Ben mengalihkan kepalanya di pehaku. Aku membelai lembut rambut Ben. Ben memang manja denganku sejak dari dulu lagi.

Dulu aku adalah bekas kekasih Ben. Tapi, kami putus sebab di antara kami tidak ada kesefahaman. Selalu saja bertengkar. Tapi, sekarang kami menjadi kawan yang baik. Tinggal serumah lagi. Semua pekara dikongsi bersama…. Tapi, selalu saja bergaduh…. Kadang-kadang aku bingung… samada aku dan dia memang tidak bersefahaman atau terlalu memahami…

Pehaku basah…. Ben sedang menangis.. aku diam saja dan terus membelai rambut Ben.

"Dari dulu hingga sekarang… Ruth asyik manjakan saya saja… tapi, Ruth tak pernah Tanya saya apa yang sa rasa… kenapa sa sedih…"
Ucap Ben dalam kelam.

"Sa rasa sa mungkin dapat bertahan dengan keadaan begini… tapi, sa tidak dapat…"
Ucap Ben lagi.

"Kalau ko rasa ingin kongsi ngan sa… cakap ja la… buat pa mau malu-malu lagi di sana?"
Ucapku pada Ben.

Ben bangun dan memandangku dengan mata bengis…

"Banci sa budak budu macam ko nie…. Ishhh… sa pi mandilah dulu…. Bikin budu ja….!!!"
Ben tiba-tiba marah.

"Ah… ko la budu…. Budu…. Tiba-tiba…"
Aku turut hangin dengan perangai Ben yang cepat berubah tu.

Saat ini aku terfikir kembali… macam manalah aku boleh bertahan dengan perangai dia yang begini ya? I pun tersangat heran nie….

Sudah 7 tahun kami tinggal bersama sejak kami putus dulu. Ben pun sudah berulang kali tukar pasangan…. Aku pula… masih dok diam-diam. bukan cara aku nak dok berkapel sangat. Aku nak focus dengan karier yang aku sedang bina nie… tapi, sejak baru-baru ni aku terasa ingin berubah. Aku pun bukannya muda lagi… umur dah cecah 25 tahun. Ben pun sama juga. Kami sebaya… tapi, aku tua 4 bulan dari dia.

Sebelum kami kapel dulu pun kami amat rapat. Sampai keliru dengan perasaan masing-masing… yalo…. Sebab terlalu rapat… jadi aku ingat aku suka kat dia lah… dia pun gitu juga…. Tapi, pastu kami selalu ja bergaduh…. Huhuhuhu…

Tapi, takpelah… pekara dah lalu… lagipun… aku dah ada target aku sekarang. Karier aku dah kukuh sekarang. Kini tiba untuk aku cari calon suami yang penyayang dan care tentang aku… huhuh..

Lagi pun sekarang ada sorang mamat cina yang sweet sangat dah hint-hint kat aku…. fulamak… aku masih laku pla….. uahahaahhha…

Tit…. Telefon ku berbunyi.

"Hello….?"
Aku menjawab pangilan.

"Er… Ruth ka nie?"
Soal satu suara.

"Ya… siapa nie?"
Soalku pula.

"Er… ini Takky nie… sorry ganggu memalam buta nie… er… mau Tanya ni…"
Suara Takky agak terketar-ketar.

Fuaaahhhhhh….. tak pasal-pasal mamat cina nie kol aku memalam buta nie. Baru ja aku taingat tentang dia nie…. Huhuhuh… memang ada jodoh kami nie.

"Ohhh… Takky… Tanya apa?"
Soalku lagi.

"You free tomorrow? I have two ticket… er… sa nak ajak awak keluar…"
Soal Takky…

"Besok? Emmmm…"
Aku terdiam.

Aku mencuri lihat bilik Ben yang masih berlampu. Nak setuju ke tak ya? Selalunya hujung minggu begini Ben suka ajak aku ke pantai… tapi… sekarang dia ada makwe baru… ah… lantaklah… dia bawa ja Gf dia tu jalan-jalan… aku nak lari dari dia jap…. Heheheheh….

"Okay… what time?"
Soalku.

"11.00 a.m. at Cinema WW… I’ll wait you there."
Ucap Takky.

Dengan itu akan tertulislah di dalam diari ku yang aku dah ada pacar baru setelah 7 tahun aku berdiam…. Yes…!!! Gembiranya… aku nak mandilah… Ben pun dah siap tu…. Lalallaalalal….

Rasa ceria dan bersemangat pula aku sekarang setelah mendengar pelawaan dari Takky. Macam dah lama aku tidak seceria ini…. yala…. 7 tahun aku sia-siakan untuk membina karier yang aku ada sekarang ini… huhu…. Sekarang aku nak feel young and in love… uahahaahhaah…..

"Ko ada date bisuk?"
Soal Ben…

"Ya…"
Ben masuk ke bilikku dan membaca diariku.

Sungguh kurang sopan… selalu ja begitu… suka sangat baca diari orang. Diari dia tak pula dia bagi aku baca…. Tak adil langsung….!!!

"Balik ko pi bilik ko…. Penyibuk betul….!!! Sudah sa cakapkan… jangan baca diari sa… huh…"
Aku menolak Ben keluar dari bilikku.

"Jadi… seaside view kita amacam?"
Marah Ben.

"Isshhh… ko bawa ja si Lara… good night."
Aku menutup pintu bilikku.

Huhuhuhu…. Aku nak tidur awal… supaya boleh bangun awal bisuk and bersiap lebih awal and dress lawa-lawa….. uuuuhhhhuuuu…. Riang rasanya dalam hati….. heheeheh…

***********************************

Em…. Harap-harap baju warna pink nie dapatlah memikat pandangan mata mamat cina nie… huhuhu… aku buat stail ala-ala perempuan korea… hehehe…. Sememangnya wajah aku pun mirip korea sikit…. Huhuhuh…

"Wow… you looked different.. out of executive style… heheh… come.. it soon to start."
Takky menarik tanganku.

Uhuhhu… wajahku terasa panas. Malu pula rasanya. Dia pegang lagi tanganku…. Memang jakun(kolot) betul aku nie… hehehe..

Tit…. Telefon ku berbunyi.

\"Sa buring… jalan satu2rang…\"

Sms dari Ben. Hmmmhhh… apalah budak nie…. Nak kaco privacy uranglah pla… nasib show tadi dah habis. Sekarang lunch time…. Heeeemmmm…

Macam dah lama aku tak merasa dating yang begini… hehheeheh… seronok rasanya.

"I love your smile… it’s nice and lovely."
Ucap Takky.

Aku hanya tersenyum.

"Kenapa ya? Kenapa Ruth jarang bercakap? Asyik senyum saja. Hehe.. pada mulanya saya sangka Ruth bisu… but, the first time I heard you… I think… I already fall in love with you."
Mata Takky tajam merenungku.

Aku menundukkan kepalaku. Er…. Betulkah aku jarang bercakap? Tidak pun… kalau ya… tentu saja Ben tidak marah aku. dia selalu kata aku kuat membebel macam urang tua…. Tapi, takky cakap aku pendiam…. Ntahlah…

Tit… Telefon ku berbunyi.

\"I’m in hospital… take me..NOW!!\"

Sms dari Ben lagi…. Aik? Apa kena budak nie? Dia sakit ker apa? Isssshhhhh… betul-betul menyusahkan saja….!!!

"Eer… I’m sorry Takky… I have to run now.. something urgent.. sorry."
Ucapku pada Takky.

"I drop you."
Pinta Takky.

"No, thanks. I brought my car."
Aku menjawab spontan.

"Give me your car’s key.. so, I have the time be near you just for more seconds… please."
Pinta Takky.

Aku diam.

Aku senyum. Aku jadi serba salah. Tanpa diduga aku memberikan kunci keretaku kepadanya. Dan seterusnya kami menuju ke Hospital bersama-sama.

Banyak pekara yang Takky bualkan dengan aku. semuanya tentang aku. dia seperti sangat mengenali aku. dia sangat memuja aku… yakah? Aku begitu berhargakah di hati dia? Atau semua perkataan lelaki memang manis-manis belaka… macam kata-kata Ben suatu ketika dahulu?

***********************************

"Kenapa lambat…!!!?"
Marah Ben.

"Yang penting sa datang juga ba…!! Kenapa juga ko kana masuk ICU nie? Ko tidak ambil ubat ko?"
Geram aku dengan tingkah laku Ben.

"Dia siapa? Takky ker?"
Soal Ben.

"Emm… I’m Takky. Nice meeting you."
Ucap Takky sopan.

Ben mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Aku mencubit lengan Ben. Sungguh kurang sopan perangai dia nie… geramnya aku…!!

"Here your car\'s key.. bye… I’ll call you."
Takky memberikan aku kunci keretaku.

Takky menarik tanganku dan menciumnya lembut. Aku jadi malu. Mukaku panas…. Er… what ever lah.

"Happylah ko? Pulanglah ko kalu ko mo… malas sa…"
Marah Ben.

"Ko juga yang suruh sa pi sini. Pas tu senang-senang ko suru sa balik. Napa ba ko ni… meh balik…!!! Bikin mangit(panas) betul… sa pi tandas dulu… ko tunggu sini."
Marahku dan keluar dari bilik Ben.

Marahnya aku dengan sikap Ben yang kebudak-budakkan nie. Ntah pasal apa dia kena kasi masuk wad… huhuhuhu… tu la tau ada gastric tapi nda pandai makan ubat… budu..!!

"Hai… Ruthh… jemput prince charming ka?"
Soal Fiona.

"Oh, doc Fiona… ye… banyak ragam lagi dia di sana… napa juga dia kana si masuk wad tadi? Gastric dia datang kah?"
Soalku.

"Nda la… dia minta pinjam tempat jap. Dia cakap dia mau tunggu sampai ko datang pi ambik dia.. cerita-cerita lagi dia sama laki sa tadi. Ba, sa mau pi tingu urang lagi nie… daaa…"
Jawab Fiona.

Issssssssshhhhhhhh… geramnya aku dengan Ben nie. Bikin spoil dating aku jer hari nie….. geram tersangat geram nie ngan dia…. Tunggu ko nanti pulang.

************************************

"Akhirnya sampai juga rumah… huhu… si masak sa sup ikan and nugget… ya?"
Pinta Ben.

"Besar selera Nampak. Sorry, orang sakit Cuma boleh makan bubur kosong… so, sa akan masak bubur kosong ja untuk ko."
Aku menjeling Ben.

"Si tambah ayam sikit la…"
Ben memujukku.

"No… bubur kosong. Ko duduk diam-diam sana… renungkan apa yang ko dah buat tadi sampai sa terpaksa halfway kan dating sa ngan takky… okay? Nanti sudah masak, sa kasi tau ko…"
Ucapku.

"Er….. okay… baiklah… tapi, sup ikan and nugget kan?"
Soal Ben lagi.

"Bubur kosong.."
Aku menjawab ringkas.

Kenapa ya? Sejak kebelakangan ini sikap Ben tidak menentu? Emosinya mudah saja berubah. Kadang-kadang pulang dari tempat kerja wajah dia murung saja. Macam dah hampir seminggu aku tidak melihat senyuman Ben.

Dia terlampau stress kah dengan kerja dia? Sekarang lagi dia selalu saja kena outstation. 2-3 ari ada kat luar. Bila balik ja trus tidur. Aku pula terpaksa tunggu sampai dia bangun baru boleh beredar.

Manja betul dengan aku. huh…

"Ben… sup ikan sudah masak… meh makan… ada nugget lagi nie.."
Aku memanggil Ben.

Tiada jawapan.

Aku menuju ke ruang tamu. Ben tertidur di sofa panjang. Aku tersenyum melihat Ben lena. Aku menghampiri dia untuk mengejutkan dia. Comelnya… heheheh..

Aku membelai lembut rambut Ben.

Sampai bilalah ko nak bermanja dengan aku Ben. Suatu hari nanti kita mesti akan pilih jalan masing-masing. Sekarang, aku pun ingin memilih jalanku sendiri. Aku tidak boleh selalu lagi memanjakan ko.

Ben menarik tanganku dan menciumnya. Aku sedikit terkejut.

"Eh… sudah bangun pla ko nie… bah, masak sudah tu. Meh makan."
Aku berdiri.

Ben menarik tanganku dan aku terduduk semula. Ben memelukku. Aku membiarkan saja…. Sebenarnya, apa yang sedang menggangu fikiran Ben baru-baru nie?

"Tanyala… tanyalah kenapa saya begini…"
Pinta Ben.

"Ruth tak pernah cuba Tanya saya…. Tanyalah kenapa… baru saya dapat cakap."
Pinta Ben lagi.

Aku diam.

"Kenapa? Kenapa dalam beberapa minggu nie Ben terlalu emosi? Dan, sudah hampir seminggu Sa tidak nampak senyuman Ben… kenapa?"
Aku akhirnya menyoal.

"Kenapa Ruth tidak Tanya dari awal?"
Soal Ben.

"Ntah… pun, tidak tau… ko kenapa Ben?"
Soalku lagi.

"Sa takut kehilangan Ruth… sejak Ruth cerita tentang Takky… saya tau saya akan kehilangan Ruth…. Saya tidak mau kehilangan Ruth. Saya sayangkan Ruth."
Pelukan Ben bertambah erat.

Aku terkejut mendengar luahan hati Ben. Lidahku kelu.

"Cakaplah sesuatu… cakaplah."
Pinta Ben.

"Apa yang sa perlu cakap… sudahlah Ben…ko mungkin keliru dengan hubungan kita… sebab kita terlalu rapat…."
Aku membuat kesimpulan sendiri.

"Mungkin…. Mungkin saya keliru…. Tapi, apa kata hati Ruth?"
Soal Ben.

Aku diam. aku diam. lidahku kelu.

"Saya sayang Ben… sebab tu saya ada di sisi Ben selalu… tapi, sa takut…. Mungkin sebab itu saya tidak pernah cuba Tanya apa-apa…. Saya takut… takut terluka lagi."
Aku menjawab.

"Jadi kenapa diam?"
Soal Ben lagi.

"Sebab, sikap Ben… Ben Nampak bahagia bersama orang lain… sebab itulah… bagi saya…. Asal Ben gembira… cukuplah."
Aku melepaskan pelukan Ben dan berdiri.

"Tapi, sekarang… saya ingin lepas dari Ben… please…"
Ucapku lagi.

Ben diam.

Aku menuju ke dapur dan menyiapkan meja makan. Ben berdiri dengan lemah dan tidak bermaya. Suasana makan malam menjadi muram…

Aku teringat akan kata-kata Fiona tadi. Dia kata yang Ben sengaja datang ke sana tanpa ada sebarang sakit. Dia sengaja mahu menganggu aku dan Takky yang sedang bertemu janji. Aku mengeluh.

Setelah siap aku membasuh pingan dan Ben menuju ke ruang tamu dan menonton tv. Selesai saja membasuh pinggan aku menuju ke ruang tamu dan duduk di sebelah Ben.

Ben meletakkan kepalanya di pehaku dan menarik tanganku. Ben memujuk aku untuk membelai kepalanya. Aku tersenyum…

Kenapalah ko manja sangat dengan aku Ben? Sehinggakan aku dan kau masing-masing keliru dengan perasaan masing-masing. Adakah ini cinta atau persahabatan… aku jadi binggung.

"Ko rasa… kalu kita masing-masing sudah kawin… kita akan ada peluang macam sekarang ini?"
Soal Ben.

"Kalu kita sudah kawin… kita mesti layan pasangan kita masing-masing… kita…"
Aku terhenti.

Sakit pula rasa dihati. Kenapa ya? Adakah aku pun tidak ingin berpisah dengan Ben?

"Bolehkah kalau kita jangan berpisah? Sa janji tidak akan gaduh lagi dengan Ruth… kita jangan berpisah ya…?"
Soal Ben.

Aku diam. aku tidak menjawab. Suasana menjadi hening dan berlalu tanpa kata-kata. Ben akhirnya terlelap. Aku juga menyusul kemudian.

*************************************

"Dah bangun?"
Ben memandangku.

Ben mencium lembut dahiku. Ben tersenyum dan menarik tanganku. Aku bangun dan mengikut saja ke mana Ben membawaku.

"Sa da kol Stanley tadi minta kasi cuti ko…. Sa pun dah cuti.. meh kita habiskan hari nie bersama-sama kio… sa dah buat sarapan di taman…. Heheheh…"
Ucap Ben dengan wajah senyumanya…. Comel.

Ben menarik kerusi dan menjemput aku duduk. Aku hanya menurut saja kehendak hati Ben. Ben banyak bercerita tentang masa lalu kami. Aku hanya ketawa dan tersenyum.

Hari nie…. Mungkin tiada agenda bergaduh. Heheheh… macam kan…. Kami sedang menebus masa 7 tahun yang tersia-sia oleh kami… saat ini aku binggung kembali… apa yang berlaku sebenarnya antara aku dan Ben.

Adakah disebabkan sepanjang 7 tahun ini aku tidak pernah ada kekasih membuatkan Ben tidak sedar akan hatinya. Apabila aku sudah berkeinginan untuk mempunyai pasangan… barulah dia sedar yang dia amat sayangkan aku? kenapa perlu tunggu 7 tahun Ben?

Tidak sedarkah kau yang aku sangat sayangkan kau? Aku bagi kau kebebasan…. Sekarang aku harap kau juga bagi aku kebebasan yang sama…. Aku mau bebas dari kau…

Ben membawa aku ke tepi pantai. Kami berjalan sepanjang pesisiran pantai. Ben berhenti dan memeluk aku. aku diam.

"Kenapa Ruth tak banyak cakap?"
Soal Ben.

"Saya mau lepas dari Ben."
Aku akhirnya bersuara.

Pelukan Ben bertambah erat. Ben membenamkan mukanya di bahuku. Air matanya deras mengalir hingga membasahkan bahuku.

"Itu yang sa nak cakap sejak dari tadi…. Tapi… sa tidak dapat cakap… sebab.."
Aku diam..

"Sa sangat sayangkan Ben."
ucapku sayu.

Dalam hal ini siapa atau apakah yang perlu dipersalahkan... masa atau keadaan? Atau ketidak jujuran atau kemesraan yang tiada batas? Mungkin semua ini perlu dipersalahkan...

Tapi, semua ini berlaku tanpa mengenal waktu, keadaan dan dengan siapa.


Note                 : Cerpen ini di tulis oleh Leo-D
Sumber Blog  :   http://penulisan2u.blogspot.com
Read more »

Harapan

Harapan
Terjaga dari lena
Hujan mutiara jernih
Membasah bumi
Hati hiba
Merintih sepi
Berlagu sunyi
Muhasabah diri
Kekerdilan diri
Kejahilan diri
Penuh seribu satu persoalan
Mengharukan kotak fikir
Lantas
Sejukkan diri bersama wudhuk
Tidurkan sejadah, solat
Menyembah diri pada-MU
Selawat buat kekasih junjungan
Penuh insaf harapan ditabur
Mohon pada-Nya
Berkat Ilahi
Bawa ke taman ketenangan
Bawa ke taman kemuliaan
Bawa ke taman syurga
Mengapai Nur-Mu
Note : Di tulis oleh admin sendiri
Read more »

Saturday 17 September 2011

Kau Yang Ku Sayangi


KAU YANG KU SAYANGI

Tengku Natasha bin Tengku Naim adalah seorang gadis yang baru berusia 24 tahun. Dia merupakan anak orang berada (kira anak orang kaya la ni).. Syarikat papanya telah pun diserahkan kepadanya selepas papanya meninggal dunia kira-kira 2 bulan yang lalu kerana dia adalah satu-satunya anak tunggal dalam keluarga tersebut.. Dia meneruskan perniagaan papanya walaupun dia langsung tidak mempunyai ape-ape pengalaman berkaitan dengan perniagaan papanya.. Walaupun dia seorang gadis yang kaya, dia tidak pernah bongkak dan bangga dengan kekayaan yang dia kecapi selama ini. Tapi, malang sebab dia masih tidak mempunyai buah hati kerana dia terlalu sibuk menguruskan syarikat papanya..

"Cik Tasha, Encik Hairi dari Syarikat Maju Bersama yang buat ‘appointment’ dengan cik Tasha semalam, dah sampai. Dia ade di tempat menunggu tu. Nak saye panggil dia masuk ke??", Setiausaha Tasha, Zu memberitahu Tasha tentang ketibaan Encik Hairi.
"Ok Zu. Bawa dia masuk ke dalam opis saye. Lagi satu, tolong buatkan kopi untuk kami. Tolong ye?", Tasha sentiase berbuat baik kepada semua staffnya.
"Boleh je cik Tasha. Saya keluar dulu ye?", Zu keluar dari bilik Tasha. Sikap Tasha amat disenangi oleh semua staf di syarikatnya.. Lelaki yang kerja di situ semua tertarik hati padanya tetapi Tasha tidak mahu terburu-buru menerima cinta kerana dia tahu seorang jejaka idamannya pasti akan muncul satu hari nanti.

Tok..tok.. Pintu bilik Pengurus muda itu diketuk dari luar. Seorang jejaka tampan masuk ke dalam bilik tersebut setelah mendapat keizinan dari Pengurus muda itu. Jejaka itu mempunyai perwatakan yang amat menarik. Rambutnya dibuat stail ‘pacak’. Janggutnya disimpan sedikit (janggut kambing..hehe…), wajahnya putih dan bersih. Pengurus muda itu sedikit tertarik dengan perwatakan dan ketampanan jejaka itu.

"Silakan duduk Encik Hairi",Tasha mempersilakan Hairi duduk setelah lama dia memerhatikan wajah jejaka di hadapannya itu.
"Terima kasih Cik Natasha",Hairi duduk di hadapan Tasha. Hairi merenung wajah Tasha. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Jatuh cintakah dia??
"Eh..janganlah ‘formal’ sangat. Panggil Cik Tasha pun dah cukup. Em..kita nak meeting tentang produk kita yang akan dipasarkan di luar Negara kan? Ade ape-ape cadangan tak untuk menggalakkan orang asing membeli produk kita ni?",Tasha menyilangkan kakinya. Matanya tertumpu pada komputer.
"Syarikat kami ade dua cadangan. Pertama, kita pasarkan di setiap kedai di sana. Kedua, kita buat iklan untuk tarik minat orang di London membeli produk kita. Ni ade sedikit ‘demo’ iklan yang akan kita lakukan di sana. Silalah Cik Tasha tengok. Saye rase dah cukup baik iklan tu",Hairi memberikan 3 helai kertas kepada Tasha. Tasha menyelaknya satu persatu.
"Very interesting. Siapa yang buat iklan ni? Ideanya cukup bernas.
"Saya lah..",Hairi tersenyum.
"Awak?? Awak kan Penolong Pengurus. Takkan awak jadi pereka pulak kot," Tasha mengerutkan dahi. Antara percaya atau tidak dengan pengakuan Hairi itu.
"Saye memang minat tentang mereka iklan ni. Saye cuba yang terbaik untuk membuatnya. And then, Pengurus syarikat saye suke dengan iklan yang saye reka tu. Termasuk la Cik Tasha."Hairi memandang wajah Tasha yang sedikit terkejut.
"Yes.. I like it. Saye setuju dengan 2 cadangan awak tu. Saye nak produk kite tu dipasarkan di setiap kedai dan iklan kan produk tu di sana. Can u do it for me?".
"Of course. Itu sajalah yang saye nak bincangkan. Terima kasih di atas persetujuan Cik Tasha dengan cadangan dari syarikat kami. Insyaallah produk kita akan laris dijual. Itu sajalah yang saye nak bincangkan. Ni kad saye. Ade apa-apa just call me k?",Hairi memberi kad bisnes kepada Tasha. Tasha turut memberikan kad bisnesnya kepada Hairi.
"Okay..thanks for coming. ",mereka bersalaman. Hairi melangkah keluar dari bilik Tasha.

***

Kring..Kring…

"Helo Cik Tasha..Hairi ni".
"Oh Hairi..ade ape yang boleh saye tolong? Ade bende nak bincang pasal produk kite tu ke?",Tasha tidak dapat mengagak ape yang Hairi nak cakap kan padanya malam itu.
"Eh..tak la..saje je saye call. Boring..tak tahu nak buat ape. Saye mengganggu Cik Tasha ke malam-malam ni? Kot-kot Cik Tasha dah tido ke. Maaf la kalau saye mengganggu",Hairi gembira dapat mendengar suara Tasha. Mungkin dia sudah jatuh hati pade Tasha.
"Hello..just call me Cik Tasha kat ofis je ek? Selepas waktu ofis, panggil saye Tasha je k? Tak ganggu pun. Belum lagi tengah malam. Kalau tengah malam, memang saye dah datang cekik awak pun. Haha..", Tasha berguling di atas katilnya. Dia tertarik untuk terus bersembang dengan Hairi.
"Hahaha..okey. Janganlah cekik saye. Nanti mati pulak saye. Dah le tak kahwin lagi. Tak sempat nak kahwin pulak nanti. Hehe..so,Tasha buat ape sekarang ni? Tak keluar mane-mane ke?".
"Taklah.. saye tak suke lah keluar malam-malam. Bahaya.. awak tahulah kan macam mane keadaan sosial sekarang ni. Takutla.. Awak pulak tak pergi dating ngan girlfriend awak ke? Saye tahu awak dah ade makwe. Betul kan??", Tasha cuba menduga Hairi.
"Mane adelah Tasha. Muke tak hensem macam ni, sapelah yang nak kan? Lainlah kalau die tu. Cantik..kaya..ade syarikat sendiri. Bertudung pulak tu. Bukan senang nak cari ciri-ciri gadis idaman saye macam Tasha ni tau. Hehe..",Hairi cube memikat Tasha.
"Oh..awak nak cari awek yang kaye je ek? Cinta tak ikhlas tu.. Tak baik pilih harta, rupe seseorang. Walaupun gadis tu takde pape tapi kalau dia sayangkan awak sepenuh hati die, tentu awak akan lebih bahagia dengan dia. Lagipun, harta boleh habis. Rupe yang cantik pun, bila dah tua, kedut jugak.Hilang jugak lawanya nanti. Tapi, kialau hati yang baik, insyaallah akan kekal sampai bila-bila tau",Tasha memberi syarahan kepada Hairi. ‘Hahaha.. terkena hang Hairi’.
"Tak la..ciri-ciri gadis idaman saye, yang baik dan bertudung. Macam Tasha ni. Bukan sebab harta dan rupa Tasha.. Tasha, esok hari minggu kan? Awak free tak? Jom keluar. Kite gi tengok wayang ke or pergi jalan-jalan. Bosan la duduk rumah je. Nanti saye tido je sampai petang. Boleh ek??".
"Erm..nice idea… Saye pun takde plan nak buat ape esok. Ok..kita jumpe esok k?",Tasha gembira dengan pelawaan Hairi untuk keluar dengannya.
"Wokey…esok kite jumpe k? Saye ambik Tasha kat rumah k?", Hairi gembira Tasha menerima pelawaannya. ‘Yahoooo…aku berjaya…’,bisik hati kecil Hairi.

***

Hairi dan Tasha sudah pun berkawan rapat sejak setahun yang lalu. Mereka makin rapat sejak mereka selalu menghabiskan masa keluar bersama. Hairi sudah pun melamar Tasha menjadi teman wanitanya. Pada satu malam, Hairi mengajak Tasha keluar makan malam. Tasha begitu gembira untuk bertemu dengan buah hatinya. Dia tidak tahu yang dia akan melalui malam yang paling menyakitkan pada malam itu.

"Sayang, cantiknya sayang malam ni. Untungnya abang dapat girlfriend macam sayang ni tau", Hairi melihat keayuan wajah Tasha.
"Eh abang ni. Biasa jelah tau.. Macam selalu je", Tasha malu-malu dengan pujian Hairi. Hairi pula tidak habis-habis memandang wajah kekasih hatinya itu. Seorang gadis berjalan menuju ke arah pasangan kekasih itu. Hairi terkejut dengan kehadiran gadis itu. Tasha pula bingung melihat wajah gadis itu yang agak marah. Siapakah sebenarnya gadis yang berdiri di hadapan meja Tasha dan Hairi itu??
"Hairi..siapa perempuan ni? U curang dengan I ke, Hairi??",gadis itu mula memarahi Hairi. Tasha semakin bingung.
"Mane ade I curang dengan U. Ni bos I la.. Kami tengah bincang tentang kerja. Bukan kami dating pun", Hairi cuba menjelaskan. Tasha sudah dapat mengagak kenape gadis itu memarahi Hairi dan kenape Hairi berbohong tentang hubungan dia dan Hairi.
"I tahu itu girlfriend simpanan U. Patutlah I ajak U kahwin, U asyik nak tunda je. Dah 2 tahun kita bertunang tapi U masih taknak melangsungkan perkahwinan kita. Rupanya U ade makwe lain. Hei perempuan, untuk pengetahuan U, Hairi ni tunang I k? So, jangan nak tergedik-gedik dengan dia k?", Sherry memberi amaran kepada Tasha. Hati Tasha hancur apabila mendapat tahu insan yang sangat dia sayangi selama ini adalah tunang orang. Dia merasa bersalah kerana menerima cinta Hairi.
"Awak dah salah paham. Saye dengan Hairi memang takde hubungan ape-ape. Kami cuma berbincang tentang produk baru kami. Itu sahaja. Lagipun Hairi dah bagitahu awal-awal yang dia ni tunang orang. Hairi tak salah. Mungkin salah saye sebab ajak dia keluar untuk berbincang tentang hal kerja tak kena dengan tempat dan mase. Maafkan saye", Tasha melangkah pergi meninggalkan Hairi dan tunangnya. Hairi memandang dari jauh pemergian Tasha. Dia tahu dia sudah menghancurkan hati seorang gadis. Hati yang suci menyintainya. Dia benar-benar menyintai gadis itu. Lebih dari dia menyintai Sherry. Sherry memang mempunyai wajah yang sangat cantik dan Sherry juga seksi. Sherry menjadi gadis idamannya pada waktu dahulu. Dia memang sukakan gadis yang seksi. Tapi sejak mengenali Tasha, dia lebih menyukai wanita yang bertudung. Tapi dia sudah terlambat sebab Hairi sudah memilih Sherry menjadi teman hidupnya sebelum dia mengenali Tasha. Sherry menarik tangan Hairi meninggalkan restoran itu. Mata Hairi masih lagi melihat bayangan Tasha yang sudah jauh meninggalkannya. ‘Tasha, maafkan saya. Saya benar-benar cintakan awak, Tasha.’hati Hairi mula menangis. Menangisi pemergian gadis idamannya.

***

3 bulan kemudian, Hairi datang ke pejabat Tasha untuk bertemu dengan Tasha. Hairi ingin meminta maaf dengan Tasha atas segala perbuatannya. Dia tahu mungkin Tasha tidak akan memaafkannya. Hairi berjalan perlahan-lahan menuju ke pejabat Tasha. Dia cuba mengumpul segala kekuatan untuk bertemu semula dengan Tasha.

"Assalammualaikum..", Hairi memandang Tasha yang sedang khusyuk mengadap komputer. Tasha tidak menyedari kehadiran Hairi.
"Waalaikummusalam..eh..Hairi. Kenapa awak datang sini? Nanti tunang awak pikir bukan-bukan pulak. Saye taknak jadi penyebab kemusnahan cinta korang berdua nanti. Tolong pergi sekarang", hati Tasha mula membara. Dia masih lagi memarahi Hairi tentang ape yang Hairi dah buat padanya.
"Tasha..please…dengar dulu ape yang saye nak cakap ni. Lepas saye terangkan semua pada awak, saye janji takkan ganggu hidup awak lagi. Please Tasha.. saye merayu", Hairi melutut depan Tasha. Tasha mula terkejut dengan tindakan Hairi itu. Dia mula serba salah.
"Tolong bangun Hairi. Saye tak suke awak melutut depan saye. Saye taknak staf saye pikir yang bukan-bukan. Please bangun", Tasha mulai gelisah apabila Hairi masih lagi melutut dihadapannya.
"Saye takkan bangun selagi Tasha taknak dengar ape yang saye nak cakapkan ni",Hairi memandang tepat wajah Tasha. Dia mahu gadis dihadapannya tahu yang dia sangat menyintainya.
"Ok..ok..awak cakap lah ape yang awak nak cakap kat saye. Tapi tolong bangun dan duduk kat kerusi depan saye ni",Tasha akur dengan kedegilan Hairi.
"Tasha, saye nak mintak maaf sangat-sangat pada awak. Tolong maafkan saye. Tolong maafkan saye, Tasha. Saye tahu saye dah lukakan hati awak. Tapi, saye nak awak tahu, cinta saye pada awak selama ini, adalah benar. Saye tak bohong bila saye mengatakan saye menyintai awak. Ye..saye sayang awak lebih dari saye sayangkan tunang saye. Tasha, kenapalah saye tak kenal awak dulu sebelum saye kenal Sherry", Hairi tunduk memandang lantai. Hairi menangis. Hairi tidak malu menangis depan Tasha. Dia mahu Tasha tahu yang dia benar-benar sayangkan Tasha.
"Ape yang awak merepek ni, Hairi?? Awak akan berkahwin dan akan menjadi suami orang tak lama lagi. Awak tak patut cakap macam tu di depan saye ni. Kalau tunang awak tahu awak cakap macam ni, mesti hati dia hancur macam mane hati saye hancur mase dapat tahu yang cinta awak pade saye selame ni hanyalah palsu!!!", Tasha mula bangun dan memandang wajah Hairi sedalamnya. Dia amat memarahi jejaka itu sekarang ini.
"Saye tahu kita takkan macam dulu lagi tapi please maafkan saye.. Saye mengaku salah saye tak bagitahu status saye yang sebenarnya. Tasha, saye akan berkahwin 5 bulan lagi. Saye nak awak maafkan saye. Saye taknak terus dibayangi dengan perasaan bersalah saye pada awak. Please…", Hairi menundukkan mukanya. Dia tak sanggup bertentang mata dengan Tasha sebab dia rase sangat bersalah pada gadis itu.
"Saye dah lame maafkan awak, Hairi. Lagipun saye tak salahkan awak sebab buat saye macam ni. Mungkin ade sebab awak buat macam ni. Sekarang awak dah tahu saye maafkan awak kan? So,please go away. Saye taknak tengok muka awak dah Hairi. Cukuplah atas segalanya. Harap awak faham..Lagi satu, Selamat Pengantin Baru. Semoga sentiasa berbahagia dengan yang tersayang", Tasha memalingkan muka ke dinding. Dia tak sanggup nak lihat Hairi melangkah pergi dari hidupnya kerana dia pun masih menyintai Hairi. Hairi redha dengan keputusan Tasha. Dengan hati yang berat, Hairi melangkah pergi. Pergi dari hidup Tasha.. mungkin untuk selamanya…

***

Tasha memandang wajahnya di cermin tandas hospital. Dia memegang wajahnya. Seakan tidak percaya wajahnya yang cantik dulu sudah tiada. Sekarang, wajahnya sangat pucat dan cengkung. Rambutnya juga gugur..Menampakkan kulit kepalanya. Ini disebabkan Tasha menjalani rawatan untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya sekarang ini. Sudah 5 bulan dia dapat tahu yang dia mengidap penyakit barah otak selepas dia jatuh pengsan semasa mesyuarat. Tasha menangis. Dia sungguh takut untuk menghadapi dugaan yang diberi oleh Allah Yang Maha Esa.

"Sayang, kenapa menangis ni? Sudahlah..ni semua dugaan Allah. Sabar ye, nak?",ibu Tasha cuba mententeramkan Tasha. Puan Tina memeluk anaknya dengan erat.
"Ibu, kenapa sungguh berat sekali dugaan yang saye terima, bu? Saye taknak mati. Saye masih muda lagi, bu. Saye masih banyak dosa. Saye takut saye tak sempat bertaubat,"Tasha menangis di dada ibunya.
"Sayang, janganlah cakap pasal mati. Kita semua tak tahu kita akan ‘pergi’ bila. Janganlah cakap pasal mati. Seolah-olah Tasha memang nak tinggalkan ibu. Tasha, ibu tahu Tasha seorang anak yang tabah. Ibu yakin Tasha dapat melawan penyakit Tasha ni. Ibu sentiasa disisi Tasha. Jangan menangis lagi ye, nak? Ini ade kad jemputan untuk Tasha. Baru ibu terima tadi. Kawan Tasha kahwin kot,"ibunya memberikan kad jemputan perkahwinan kepada Tasha. Tasha sudah mengagak itu adalah undangan perkahwinan daripada Hairi. Dengan hati yang berdebar-debar, Tasha membuka sampul kad itu. Terpampanglah nama insan yang pernah menjadi raja di hatinya dengan seorang gadis.

Undangan Ke Majlis Perkahwinan

Mohd Hairi bin Abdul Rashid
dengan pasangannya
Nurin Sherina binti Dato’ Mohamed Shah
pada 24 Oktober 2009

Kad itu ditutup. Airmatanya mula tumpah dengan lajunya. Tasha menggenggam kad jemputan itu dengan kuat sehingga kad itu renyuk. Jejaka dihatinya itu akan menjadi suami orang 2 minggu lagi. Ibunya dapat mengagak kad jemputan itu adalah undangan perkahwinan Hairi. Puan Tina tahu tentang ape yang dah terjadi pada hubungan Tasha dan Hairi. Puan Tina memeluk semula Tasha. Dia mahu anaknya itu melupakan lelaki yang pernah menghancurkan hatinya.

***

Hari itu merupakan hari bersejarah buat Hairi. Dia akan menjadi suami kepada Sherry. Hairi amat segak mengenakan baju melayu warna putih dan kain sampin berwarna hitam.Bagi lelaki lain, memang saat itu yang ditunggu. Tapi tidak bagi Hairi. Dia akan berkahwin dengan Sherry walaupun dia masih sayangkan Tasha lebih dari bakal isterinya sendiri. Dia mahu Tasha menjadi isterinya yang sah. Dia tidak dapat memutuskan hubungannya dengan Sherry kerana Hairi tahu Sherry sanggup lakukan apa sahaja pada insan yang menyakitkan hatinya. Hairi amat takut jika nyawa Tasha diambil oleh Sherry. Hairi memegang handphonenya. Hairi memegang handphonenya. Niatnya mahu menelefon Tasha. Dia mahu Tasha datang ke majlis kahwinnya kerana dia mahu melihat wajah Tasha buat kali terakhir. Dia amat merindui Tasha. Hasratnya itu terbantut apabila ayahnya memanggilnya pergi ke masjid untuk melangsungkan upacara akad nikah. Hairi melangkah keluar dari biliknya. Selepas ini, dia harus melupakan Tasha buat selamanya.

---

Tasha sedang bertarung dengan nyawa. Keadaannya makin kritikal sejak tengah malam tadi. Puan Tina tidak sanggup melihat anaknya itu terseksa. Dia keluar dari wad Tasha. Airmatanya tidak pernah kering sejak malam tadi. Dia takut kehilangan anak kesayangannya itu. Doktor memanggil Puan Tina.

"Ade ape, doktor? Macam mane dengan keadaan anak saye?",Puan Tina mengesat airmatanya.
"Anak puan sangat kritikal. Tiada harapan untuk sembuh. Puan bolehlah duduk di sisi dia selalu. Saye rase dia perlukan puan sekarang ini".
"Tolonglah selamatkan anak saye, doktor. Dia satu-satunya anak tunggal saye. Dia lah permata hidup saye. Tolonglah selamatkan dia",Puan Tina terduduk mendengar kata doktor tentang keadaan anaknya itu. Dunianya seakan gelap seketika.
"Kami dah cuba sedaya upaya tapi kansernya di tahap yang kritikal. Ini kerana dia lambat membuat rawatan. Maafkan saye",doktor itu berlalu meninggalkan Puan Tina. Puan Tina masuk ke dalam wad anaknya. Dia melihat Tasha memandangnya dengan pandangan yang sayu. Airmata Puan Tina terus tumpah. Puan Tina terus memeluk Tasha yang lemah di katil hospital itu.
"Ibu, janganlah menangis. Tasha tak suka lah tengok ibu Tasha ni nangis."Tasha mengenggam erat tangan ibunya.
"Ibu sayangkan Tasha. Ibu taknak kehilangan Tasha. Tasha je yang ibu ada di dunia ni. Jangan tinggalkan ibu ye, nak??",Puan Tina mencium pipi anak daranya.
"Ibu, setiap yang hidup pasti akan mati. Tasha tahu hidup Tasha ni dah tak lame dah. Tapi, Tasha nak ibu buat satu perkara untuk Tasha selepas Tasha takde lagi kat dunia ni. Boleh bu?".
"Tasha, jangan cakap macam tu, nak. Ibu taknak Tasha pergi tinggalkan ibu sorang-sorang kat dunia ni",airmata Puan Tina mengalir laju. Dia mencium pipi dan dahi anaknya itu berkali-kali.
"Ibu, Tasha nak ibu buat satu perkara untuk Tasha. Boleh ye,bu?",Tasha mengesat airmata ibunya.
"Boleh sayang. Ape dia, sayang?".
"Ni ada surat untuk Hairi. Tasha tulis 3 hari lepas. Hari ni Hairi bergelar suami orang. Tasha tak dapat nak tengok dia kahwin. Boleh tak ibu bagi surat tu kat Hairi selepas Tasha dah takde? Tasha berharap sangat-sangat kat ibu",Tasha memandang wajah Puan Tina. Puan Tina hanya mengangguk dengan permintaan anaknya itu.
"Terima kasih, bu. Ibu, Tasha sangat-sangat sayangkan ibu. Terima kasih sebab ibu dah lahirkan Tasha, ibu jaga Tasha dari kecil sampailah besar dan kasih sayang ibu pada Tasha tak pernah kurang. Tasha ucapkan jutaan terima kasih bu. Tasha tahu Tasha takkan dapat balas segala pengorbanan ibu dan Tasha dah tak sempat nak balas pengorbanan ibu tu. Tasha sentiasa sayang ibu",nafas Tasha mula turun naik. Malah denyutan nadinya makin perlahan. Tasha tahu inilah saatnya dia akan meninggalkan dunia ini. Puan Tina terkejut dengan keadaan Tasha. Terus dia mengajar anaknya itu mengucap. Tasha mengikuti ayat suci itu perlahan-lahan. Selesai baca, mata Tasha tertutup rapat. Pegangan tangan Tasha yang erat memegang tangan ibunya, mulai longgar. Tasha sudah tiada lagi di dunia ini. Puan Tina mengucup jenazah anaknya itu.

***

Puan Tina datang berjumpa dengan Hairi selepas seminggu pemergian Tasha. Segera dia memberikan surat itu kepada Hairi. Tidak sempat Hairi bertanya tentang Tasha, Puan Tina terus berlalu pergi. Puan Tina masih marah kepada Hairi kerana melukakan perasaan arwah anaknya. Hairi melihat surat yang diterimanya. Di hadapan sampul surat itu, tertulis namanya. Hairi segera membuka surat itu dan terus membacanya.

Assalammualaikum Hairi…

Hairi sihat ke? Maaflah kalau surat Tasha ni Hairi terima tak tepat dengan masanya. Macam mane kehidupan selepas bergelar suami? Ok tak? Tanggungjawab sebagai suami jangan diabaikan tau? Maaflah sebab Tasha tak dapat hadir mase Hairi kahwin hari tu. Tasha ade kat hospital mase tu. Tasha sakit. Tasha tak larat nak bergerak dari katil Tasha. Berbulan lamenya Tasha duduk kat hospital. Tapi, lepas bace surat ni, janganlah cari Tasha dekat hospital dah sebab Tasha dah takde. Tasha dah tinggalkan dunia ni. Tasha pergi dengan hati yang luka. Tapi, Tasha masih sayangkan Hairi sepenuh hati Tasha. Betul Hairi. Tasha dah meninggal dunia saat Hairi baca surat ni. Tasha suruh ibu Tasha bagi surat ni kat Hairi selepas Tasha meninggal. Hairi, Tasha nak pesan. Jaga Sherry elok-elok tau. Dia isteri Hairi. Bimbing dia ke jalan yang diredhai Allah.. Akhir kata, Tasha sayang Hairi dan Tasha takkan lupakan kenangan kita bersama dulu. Selamat tinggal Mohd Hairi bin Abdul Rashid. Jaga diri elok-elok dan jangan sesekali tinggalkan solat.

Wassalam
Tarikh : 21 Oktober 2009 Yang Benar,
Tengku Natasha binti Tengku Naim

Hairi terduduk. Dia menggenggam erat surat yang dibacanya tadi. Benar ke Tasha sudah tiada lagi? Benar ke Tasha sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya? Airmata Hairi mengalir dengan lajunya. Antara realiti atau fantasi yang dia kini kehilangan insan yang sangat disayanginya untuk selama-lamanya. Hairi segera menemui Puan Tina untuk mendapatkan kepastian. Jika benar, dia mahu menziarahi pusara Tasha.

***

Hairi memegang tanah kubur yang masih merah itu. Disitulah bersemadinya seorang gadis yang sangat disayanginya. Hairi seakan lupa seketika yang dia kini sudah mempunyai isteri.

‘Tasha, saya akan sentiasa sayangkan awak. Semoga awak tenang bersemadi di sana dan saya sentiasa mendoakan agar awak ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Tasha, saya berjanji akan sentiasa menziarahi pusara awak. Saya akan pastikan pusara awak sentiasa bersih. Sayangku Tasha, maafkan saya diatas segala kesalahan saya’,rintih hati Hairi. Dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan pusara itu.

***

Sudah 3 tahun Tasha meninggalkan dunia ini. Tapi Hairi masih tidak dapat melupakannya. Tiap-tiap hari Hairi akan menziarahi pusara Tasha dan membersihkannya. Hairi masih rasa bersalah sebab menghancurkan hati Tasha. Walaupun Tasha sudah memaafkannya tapi dia masih dibelenggu rasa bersalah. Hairi memandang anak perempuannya yang berumur 2 tahun di atas ribaan isterinya. Hairi dapat mengubah Sherry menjadi seorang wanita yang solehah. Nama anak perempuannya itu, Nurin Shalina Natasha. Hairi mengambil nama Natasha sempena nama insan yang disayanginya hingga ke hari ini walaupun insan itu sudah jauh meninggalkannya. Hairi menghampiri anak dan isterinya. Hairi memeluk isteri dan anaknya dengan penuh kasih sayang. Hairi mencium pipi mereka berdua. Hairi sudah nekad di dalam hatinya yang dia akan menjaga keluarganya itu sebaik mungkin. Tapi, ingatan dan sayang pada Tasha, tidak akan pudar di hati Hairi untuk selamanya….

## TAMAT ##

+++ Ini adalah karya saya yang keenam dan ini juga mungkin karya saya yang terakhir. Lepas ni mungkin saya tidak akan menjadi seorang penulis cerpen. Setiap komen anda, amat saya hargai.. Komen untuk karya saya yang terakhir ini, sangat dialu-alukan..Terima kasih pada semua yang menyokong saya selama ini. Terima kasih juga pada anda semua yang memberikan kritikan yang bagus untuk saye lebih mahir membuat cerpen. I love u all.. Assalammualaikum…

SUMBER : http://penulisan2u.blogspot.com
Read more »