KAU YANG KU SAYANGI
"Cik Tasha, Encik Hairi dari Syarikat Maju Bersama yang buat ‘appointment’ dengan cik Tasha semalam, dah sampai. Dia ade di tempat menunggu tu. Nak saye panggil dia masuk ke??", Setiausaha Tasha, Zu memberitahu Tasha tentang ketibaan Encik Hairi.
"Ok Zu. Bawa dia masuk ke dalam opis saye. Lagi satu, tolong buatkan kopi untuk kami. Tolong ye?", Tasha sentiase berbuat baik kepada semua staffnya.
"Boleh je cik Tasha. Saya keluar dulu ye?", Zu keluar dari bilik Tasha. Sikap Tasha amat disenangi oleh semua staf di syarikatnya.. Lelaki yang kerja di situ semua tertarik hati padanya tetapi Tasha tidak mahu terburu-buru menerima cinta kerana dia tahu seorang jejaka idamannya pasti akan muncul satu hari nanti.
Tok..tok.. Pintu bilik Pengurus muda itu diketuk dari luar. Seorang jejaka tampan masuk ke dalam bilik tersebut setelah mendapat keizinan dari Pengurus muda itu. Jejaka itu mempunyai perwatakan yang amat menarik. Rambutnya dibuat stail ‘pacak’. Janggutnya disimpan sedikit (janggut kambing..hehe…), wajahnya putih dan bersih. Pengurus muda itu sedikit tertarik dengan perwatakan dan ketampanan jejaka itu.
"Silakan duduk Encik Hairi",Tasha mempersilakan Hairi duduk setelah lama dia memerhatikan wajah jejaka di hadapannya itu.
"Terima kasih Cik Natasha",Hairi duduk di hadapan Tasha. Hairi merenung wajah Tasha. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Jatuh cintakah dia??
"Eh..janganlah ‘formal’ sangat. Panggil Cik Tasha pun dah cukup. Em..kita nak meeting tentang produk kita yang akan dipasarkan di luar Negara kan? Ade ape-ape cadangan tak untuk menggalakkan orang asing membeli produk kita ni?",Tasha menyilangkan kakinya. Matanya tertumpu pada komputer.
"Syarikat kami ade dua cadangan. Pertama, kita pasarkan di setiap kedai di sana. Kedua, kita buat iklan untuk tarik minat orang di London membeli produk kita. Ni ade sedikit ‘demo’ iklan yang akan kita lakukan di sana. Silalah Cik Tasha tengok. Saye rase dah cukup baik iklan tu",Hairi memberikan 3 helai kertas kepada Tasha. Tasha menyelaknya satu persatu.
"Very interesting. Siapa yang buat iklan ni? Ideanya cukup bernas.
"Saya lah..",Hairi tersenyum.
"Awak?? Awak kan Penolong Pengurus. Takkan awak jadi pereka pulak kot," Tasha mengerutkan dahi. Antara percaya atau tidak dengan pengakuan Hairi itu.
"Saye memang minat tentang mereka iklan ni. Saye cuba yang terbaik untuk membuatnya. And then, Pengurus syarikat saye suke dengan iklan yang saye reka tu. Termasuk la Cik Tasha."Hairi memandang wajah Tasha yang sedikit terkejut.
"Yes.. I like it. Saye setuju dengan 2 cadangan awak tu. Saye nak produk kite tu dipasarkan di setiap kedai dan iklan kan produk tu di sana. Can u do it for me?".
"Of course. Itu sajalah yang saye nak bincangkan. Terima kasih di atas persetujuan Cik Tasha dengan cadangan dari syarikat kami. Insyaallah produk kita akan laris dijual. Itu sajalah yang saye nak bincangkan. Ni kad saye. Ade apa-apa just call me k?",Hairi memberi kad bisnes kepada Tasha. Tasha turut memberikan kad bisnesnya kepada Hairi.
"Okay..thanks for coming. ",mereka bersalaman. Hairi melangkah keluar dari bilik Tasha.
***
Kring..Kring…
"Helo Cik Tasha..Hairi ni".
"Oh Hairi..ade ape yang boleh saye tolong? Ade bende nak bincang pasal produk kite tu ke?",Tasha tidak dapat mengagak ape yang Hairi nak cakap kan padanya malam itu.
"Eh..tak la..saje je saye call. Boring..tak tahu nak buat ape. Saye mengganggu Cik Tasha ke malam-malam ni? Kot-kot Cik Tasha dah tido ke. Maaf la kalau saye mengganggu",Hairi gembira dapat mendengar suara Tasha. Mungkin dia sudah jatuh hati pade Tasha.
"Hello..just call me Cik Tasha kat ofis je ek? Selepas waktu ofis, panggil saye Tasha je k? Tak ganggu pun. Belum lagi tengah malam. Kalau tengah malam, memang saye dah datang cekik awak pun. Haha..", Tasha berguling di atas katilnya. Dia tertarik untuk terus bersembang dengan Hairi.
"Hahaha..okey. Janganlah cekik saye. Nanti mati pulak saye. Dah le tak kahwin lagi. Tak sempat nak kahwin pulak nanti. Hehe..so,Tasha buat ape sekarang ni? Tak keluar mane-mane ke?".
"Taklah.. saye tak suke lah keluar malam-malam. Bahaya.. awak tahulah kan macam mane keadaan sosial sekarang ni. Takutla.. Awak pulak tak pergi dating ngan girlfriend awak ke? Saye tahu awak dah ade makwe. Betul kan??", Tasha cuba menduga Hairi.
"Mane adelah Tasha. Muke tak hensem macam ni, sapelah yang nak kan? Lainlah kalau die tu. Cantik..kaya..ade syarikat sendiri. Bertudung pulak tu. Bukan senang nak cari ciri-ciri gadis idaman saye macam Tasha ni tau. Hehe..",Hairi cube memikat Tasha.
"Oh..awak nak cari awek yang kaye je ek? Cinta tak ikhlas tu.. Tak baik pilih harta, rupe seseorang. Walaupun gadis tu takde pape tapi kalau dia sayangkan awak sepenuh hati die, tentu awak akan lebih bahagia dengan dia. Lagipun, harta boleh habis. Rupe yang cantik pun, bila dah tua, kedut jugak.Hilang jugak lawanya nanti. Tapi, kialau hati yang baik, insyaallah akan kekal sampai bila-bila tau",Tasha memberi syarahan kepada Hairi. ‘Hahaha.. terkena hang Hairi’.
"Tak la..ciri-ciri gadis idaman saye, yang baik dan bertudung. Macam Tasha ni. Bukan sebab harta dan rupa Tasha.. Tasha, esok hari minggu kan? Awak free tak? Jom keluar. Kite gi tengok wayang ke or pergi jalan-jalan. Bosan la duduk rumah je. Nanti saye tido je sampai petang. Boleh ek??".
"Erm..nice idea… Saye pun takde plan nak buat ape esok. Ok..kita jumpe esok k?",Tasha gembira dengan pelawaan Hairi untuk keluar dengannya.
"Wokey…esok kite jumpe k? Saye ambik Tasha kat rumah k?", Hairi gembira Tasha menerima pelawaannya. ‘Yahoooo…aku berjaya…’,bisik hati kecil Hairi.
***
Hairi dan Tasha sudah pun berkawan rapat sejak setahun yang lalu. Mereka makin rapat sejak mereka selalu menghabiskan masa keluar bersama. Hairi sudah pun melamar Tasha menjadi teman wanitanya. Pada satu malam, Hairi mengajak Tasha keluar makan malam. Tasha begitu gembira untuk bertemu dengan buah hatinya. Dia tidak tahu yang dia akan melalui malam yang paling menyakitkan pada malam itu.
"Sayang, cantiknya sayang malam ni. Untungnya abang dapat girlfriend macam sayang ni tau", Hairi melihat keayuan wajah Tasha.
"Eh abang ni. Biasa jelah tau.. Macam selalu je", Tasha malu-malu dengan pujian Hairi. Hairi pula tidak habis-habis memandang wajah kekasih hatinya itu. Seorang gadis berjalan menuju ke arah pasangan kekasih itu. Hairi terkejut dengan kehadiran gadis itu. Tasha pula bingung melihat wajah gadis itu yang agak marah. Siapakah sebenarnya gadis yang berdiri di hadapan meja Tasha dan Hairi itu??
"Hairi..siapa perempuan ni? U curang dengan I ke, Hairi??",gadis itu mula memarahi Hairi. Tasha semakin bingung.
"Mane ade I curang dengan U. Ni bos I la.. Kami tengah bincang tentang kerja. Bukan kami dating pun", Hairi cuba menjelaskan. Tasha sudah dapat mengagak kenape gadis itu memarahi Hairi dan kenape Hairi berbohong tentang hubungan dia dan Hairi.
"I tahu itu girlfriend simpanan U. Patutlah I ajak U kahwin, U asyik nak tunda je. Dah 2 tahun kita bertunang tapi U masih taknak melangsungkan perkahwinan kita. Rupanya U ade makwe lain. Hei perempuan, untuk pengetahuan U, Hairi ni tunang I k? So, jangan nak tergedik-gedik dengan dia k?", Sherry memberi amaran kepada Tasha. Hati Tasha hancur apabila mendapat tahu insan yang sangat dia sayangi selama ini adalah tunang orang. Dia merasa bersalah kerana menerima cinta Hairi.
"Awak dah salah paham. Saye dengan Hairi memang takde hubungan ape-ape. Kami cuma berbincang tentang produk baru kami. Itu sahaja. Lagipun Hairi dah bagitahu awal-awal yang dia ni tunang orang. Hairi tak salah. Mungkin salah saye sebab ajak dia keluar untuk berbincang tentang hal kerja tak kena dengan tempat dan mase. Maafkan saye", Tasha melangkah pergi meninggalkan Hairi dan tunangnya. Hairi memandang dari jauh pemergian Tasha. Dia tahu dia sudah menghancurkan hati seorang gadis. Hati yang suci menyintainya. Dia benar-benar menyintai gadis itu. Lebih dari dia menyintai Sherry. Sherry memang mempunyai wajah yang sangat cantik dan Sherry juga seksi. Sherry menjadi gadis idamannya pada waktu dahulu. Dia memang sukakan gadis yang seksi. Tapi sejak mengenali Tasha, dia lebih menyukai wanita yang bertudung. Tapi dia sudah terlambat sebab Hairi sudah memilih Sherry menjadi teman hidupnya sebelum dia mengenali Tasha. Sherry menarik tangan Hairi meninggalkan restoran itu. Mata Hairi masih lagi melihat bayangan Tasha yang sudah jauh meninggalkannya. ‘Tasha, maafkan saya. Saya benar-benar cintakan awak, Tasha.’hati Hairi mula menangis. Menangisi pemergian gadis idamannya.
***
3 bulan kemudian, Hairi datang ke pejabat Tasha untuk bertemu dengan Tasha. Hairi ingin meminta maaf dengan Tasha atas segala perbuatannya. Dia tahu mungkin Tasha tidak akan memaafkannya. Hairi berjalan perlahan-lahan menuju ke pejabat Tasha. Dia cuba mengumpul segala kekuatan untuk bertemu semula dengan Tasha.
"Assalammualaikum..", Hairi memandang Tasha yang sedang khusyuk mengadap komputer. Tasha tidak menyedari kehadiran Hairi.
"Waalaikummusalam..eh..Hairi. Kenapa awak datang sini? Nanti tunang awak pikir bukan-bukan pulak. Saye taknak jadi penyebab kemusnahan cinta korang berdua nanti. Tolong pergi sekarang", hati Tasha mula membara. Dia masih lagi memarahi Hairi tentang ape yang Hairi dah buat padanya.
"Tasha..please…dengar dulu ape yang saye nak cakap ni. Lepas saye terangkan semua pada awak, saye janji takkan ganggu hidup awak lagi. Please Tasha.. saye merayu", Hairi melutut depan Tasha. Tasha mula terkejut dengan tindakan Hairi itu. Dia mula serba salah.
"Tolong bangun Hairi. Saye tak suke awak melutut depan saye. Saye taknak staf saye pikir yang bukan-bukan. Please bangun", Tasha mulai gelisah apabila Hairi masih lagi melutut dihadapannya.
"Saye takkan bangun selagi Tasha taknak dengar ape yang saye nak cakapkan ni",Hairi memandang tepat wajah Tasha. Dia mahu gadis dihadapannya tahu yang dia sangat menyintainya.
"Ok..ok..awak cakap lah ape yang awak nak cakap kat saye. Tapi tolong bangun dan duduk kat kerusi depan saye ni",Tasha akur dengan kedegilan Hairi.
"Tasha, saye nak mintak maaf sangat-sangat pada awak. Tolong maafkan saye. Tolong maafkan saye, Tasha. Saye tahu saye dah lukakan hati awak. Tapi, saye nak awak tahu, cinta saye pada awak selama ini, adalah benar. Saye tak bohong bila saye mengatakan saye menyintai awak. Ye..saye sayang awak lebih dari saye sayangkan tunang saye. Tasha, kenapalah saye tak kenal awak dulu sebelum saye kenal Sherry", Hairi tunduk memandang lantai. Hairi menangis. Hairi tidak malu menangis depan Tasha. Dia mahu Tasha tahu yang dia benar-benar sayangkan Tasha.
"Ape yang awak merepek ni, Hairi?? Awak akan berkahwin dan akan menjadi suami orang tak lama lagi. Awak tak patut cakap macam tu di depan saye ni. Kalau tunang awak tahu awak cakap macam ni, mesti hati dia hancur macam mane hati saye hancur mase dapat tahu yang cinta awak pade saye selame ni hanyalah palsu!!!", Tasha mula bangun dan memandang wajah Hairi sedalamnya. Dia amat memarahi jejaka itu sekarang ini.
"Saye tahu kita takkan macam dulu lagi tapi please maafkan saye.. Saye mengaku salah saye tak bagitahu status saye yang sebenarnya. Tasha, saye akan berkahwin 5 bulan lagi. Saye nak awak maafkan saye. Saye taknak terus dibayangi dengan perasaan bersalah saye pada awak. Please…", Hairi menundukkan mukanya. Dia tak sanggup bertentang mata dengan Tasha sebab dia rase sangat bersalah pada gadis itu.
"Saye dah lame maafkan awak, Hairi. Lagipun saye tak salahkan awak sebab buat saye macam ni. Mungkin ade sebab awak buat macam ni. Sekarang awak dah tahu saye maafkan awak kan? So,please go away. Saye taknak tengok muka awak dah Hairi. Cukuplah atas segalanya. Harap awak faham..Lagi satu, Selamat Pengantin Baru. Semoga sentiasa berbahagia dengan yang tersayang", Tasha memalingkan muka ke dinding. Dia tak sanggup nak lihat Hairi melangkah pergi dari hidupnya kerana dia pun masih menyintai Hairi. Hairi redha dengan keputusan Tasha. Dengan hati yang berat, Hairi melangkah pergi. Pergi dari hidup Tasha.. mungkin untuk selamanya…
***
Tasha memandang wajahnya di cermin tandas hospital. Dia memegang wajahnya. Seakan tidak percaya wajahnya yang cantik dulu sudah tiada. Sekarang, wajahnya sangat pucat dan cengkung. Rambutnya juga gugur..Menampakkan kulit kepalanya. Ini disebabkan Tasha menjalani rawatan untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya sekarang ini. Sudah 5 bulan dia dapat tahu yang dia mengidap penyakit barah otak selepas dia jatuh pengsan semasa mesyuarat. Tasha menangis. Dia sungguh takut untuk menghadapi dugaan yang diberi oleh Allah Yang Maha Esa.
"Sayang, kenapa menangis ni? Sudahlah..ni semua dugaan Allah. Sabar ye, nak?",ibu Tasha cuba mententeramkan Tasha. Puan Tina memeluk anaknya dengan erat.
"Ibu, kenapa sungguh berat sekali dugaan yang saye terima, bu? Saye taknak mati. Saye masih muda lagi, bu. Saye masih banyak dosa. Saye takut saye tak sempat bertaubat,"Tasha menangis di dada ibunya.
"Sayang, janganlah cakap pasal mati. Kita semua tak tahu kita akan ‘pergi’ bila. Janganlah cakap pasal mati. Seolah-olah Tasha memang nak tinggalkan ibu. Tasha, ibu tahu Tasha seorang anak yang tabah. Ibu yakin Tasha dapat melawan penyakit Tasha ni. Ibu sentiasa disisi Tasha. Jangan menangis lagi ye, nak? Ini ade kad jemputan untuk Tasha. Baru ibu terima tadi. Kawan Tasha kahwin kot,"ibunya memberikan kad jemputan perkahwinan kepada Tasha. Tasha sudah mengagak itu adalah undangan perkahwinan daripada Hairi. Dengan hati yang berdebar-debar, Tasha membuka sampul kad itu. Terpampanglah nama insan yang pernah menjadi raja di hatinya dengan seorang gadis.
Undangan Ke Majlis Perkahwinan
Mohd Hairi bin Abdul Rashid
dengan pasangannya
Nurin Sherina binti Dato’ Mohamed Shah
pada 24 Oktober 2009
Kad itu ditutup. Airmatanya mula tumpah dengan lajunya. Tasha menggenggam kad jemputan itu dengan kuat sehingga kad itu renyuk. Jejaka dihatinya itu akan menjadi suami orang 2 minggu lagi. Ibunya dapat mengagak kad jemputan itu adalah undangan perkahwinan Hairi. Puan Tina tahu tentang ape yang dah terjadi pada hubungan Tasha dan Hairi. Puan Tina memeluk semula Tasha. Dia mahu anaknya itu melupakan lelaki yang pernah menghancurkan hatinya.
***
Hari itu merupakan hari bersejarah buat Hairi. Dia akan menjadi suami kepada Sherry. Hairi amat segak mengenakan baju melayu warna putih dan kain sampin berwarna hitam.Bagi lelaki lain, memang saat itu yang ditunggu. Tapi tidak bagi Hairi. Dia akan berkahwin dengan Sherry walaupun dia masih sayangkan Tasha lebih dari bakal isterinya sendiri. Dia mahu Tasha menjadi isterinya yang sah. Dia tidak dapat memutuskan hubungannya dengan Sherry kerana Hairi tahu Sherry sanggup lakukan apa sahaja pada insan yang menyakitkan hatinya. Hairi amat takut jika nyawa Tasha diambil oleh Sherry. Hairi memegang handphonenya. Hairi memegang handphonenya. Niatnya mahu menelefon Tasha. Dia mahu Tasha datang ke majlis kahwinnya kerana dia mahu melihat wajah Tasha buat kali terakhir. Dia amat merindui Tasha. Hasratnya itu terbantut apabila ayahnya memanggilnya pergi ke masjid untuk melangsungkan upacara akad nikah. Hairi melangkah keluar dari biliknya. Selepas ini, dia harus melupakan Tasha buat selamanya.
---
Tasha sedang bertarung dengan nyawa. Keadaannya makin kritikal sejak tengah malam tadi. Puan Tina tidak sanggup melihat anaknya itu terseksa. Dia keluar dari wad Tasha. Airmatanya tidak pernah kering sejak malam tadi. Dia takut kehilangan anak kesayangannya itu. Doktor memanggil Puan Tina.
"Ade ape, doktor? Macam mane dengan keadaan anak saye?",Puan Tina mengesat airmatanya.
"Anak puan sangat kritikal. Tiada harapan untuk sembuh. Puan bolehlah duduk di sisi dia selalu. Saye rase dia perlukan puan sekarang ini".
"Tolonglah selamatkan anak saye, doktor. Dia satu-satunya anak tunggal saye. Dia lah permata hidup saye. Tolonglah selamatkan dia",Puan Tina terduduk mendengar kata doktor tentang keadaan anaknya itu. Dunianya seakan gelap seketika.
"Kami dah cuba sedaya upaya tapi kansernya di tahap yang kritikal. Ini kerana dia lambat membuat rawatan. Maafkan saye",doktor itu berlalu meninggalkan Puan Tina. Puan Tina masuk ke dalam wad anaknya. Dia melihat Tasha memandangnya dengan pandangan yang sayu. Airmata Puan Tina terus tumpah. Puan Tina terus memeluk Tasha yang lemah di katil hospital itu.
"Ibu, janganlah menangis. Tasha tak suka lah tengok ibu Tasha ni nangis."Tasha mengenggam erat tangan ibunya.
"Ibu sayangkan Tasha. Ibu taknak kehilangan Tasha. Tasha je yang ibu ada di dunia ni. Jangan tinggalkan ibu ye, nak??",Puan Tina mencium pipi anak daranya.
"Ibu, setiap yang hidup pasti akan mati. Tasha tahu hidup Tasha ni dah tak lame dah. Tapi, Tasha nak ibu buat satu perkara untuk Tasha selepas Tasha takde lagi kat dunia ni. Boleh bu?".
"Tasha, jangan cakap macam tu, nak. Ibu taknak Tasha pergi tinggalkan ibu sorang-sorang kat dunia ni",airmata Puan Tina mengalir laju. Dia mencium pipi dan dahi anaknya itu berkali-kali.
"Ibu, Tasha nak ibu buat satu perkara untuk Tasha. Boleh ye,bu?",Tasha mengesat airmata ibunya.
"Boleh sayang. Ape dia, sayang?".
"Ni ada surat untuk Hairi. Tasha tulis 3 hari lepas. Hari ni Hairi bergelar suami orang. Tasha tak dapat nak tengok dia kahwin. Boleh tak ibu bagi surat tu kat Hairi selepas Tasha dah takde? Tasha berharap sangat-sangat kat ibu",Tasha memandang wajah Puan Tina. Puan Tina hanya mengangguk dengan permintaan anaknya itu.
"Terima kasih, bu. Ibu, Tasha sangat-sangat sayangkan ibu. Terima kasih sebab ibu dah lahirkan Tasha, ibu jaga Tasha dari kecil sampailah besar dan kasih sayang ibu pada Tasha tak pernah kurang. Tasha ucapkan jutaan terima kasih bu. Tasha tahu Tasha takkan dapat balas segala pengorbanan ibu dan Tasha dah tak sempat nak balas pengorbanan ibu tu. Tasha sentiasa sayang ibu",nafas Tasha mula turun naik. Malah denyutan nadinya makin perlahan. Tasha tahu inilah saatnya dia akan meninggalkan dunia ini. Puan Tina terkejut dengan keadaan Tasha. Terus dia mengajar anaknya itu mengucap. Tasha mengikuti ayat suci itu perlahan-lahan. Selesai baca, mata Tasha tertutup rapat. Pegangan tangan Tasha yang erat memegang tangan ibunya, mulai longgar. Tasha sudah tiada lagi di dunia ini. Puan Tina mengucup jenazah anaknya itu.
***
Puan Tina datang berjumpa dengan Hairi selepas seminggu pemergian Tasha. Segera dia memberikan surat itu kepada Hairi. Tidak sempat Hairi bertanya tentang Tasha, Puan Tina terus berlalu pergi. Puan Tina masih marah kepada Hairi kerana melukakan perasaan arwah anaknya. Hairi melihat surat yang diterimanya. Di hadapan sampul surat itu, tertulis namanya. Hairi segera membuka surat itu dan terus membacanya.
Assalammualaikum Hairi…
Hairi sihat ke? Maaflah kalau surat Tasha ni Hairi terima tak tepat dengan masanya. Macam mane kehidupan selepas bergelar suami? Ok tak? Tanggungjawab sebagai suami jangan diabaikan tau? Maaflah sebab Tasha tak dapat hadir mase Hairi kahwin hari tu. Tasha ade kat hospital mase tu. Tasha sakit. Tasha tak larat nak bergerak dari katil Tasha. Berbulan lamenya Tasha duduk kat hospital. Tapi, lepas bace surat ni, janganlah cari Tasha dekat hospital dah sebab Tasha dah takde. Tasha dah tinggalkan dunia ni. Tasha pergi dengan hati yang luka. Tapi, Tasha masih sayangkan Hairi sepenuh hati Tasha. Betul Hairi. Tasha dah meninggal dunia saat Hairi baca surat ni. Tasha suruh ibu Tasha bagi surat ni kat Hairi selepas Tasha meninggal. Hairi, Tasha nak pesan. Jaga Sherry elok-elok tau. Dia isteri Hairi. Bimbing dia ke jalan yang diredhai Allah.. Akhir kata, Tasha sayang Hairi dan Tasha takkan lupakan kenangan kita bersama dulu. Selamat tinggal Mohd Hairi bin Abdul Rashid. Jaga diri elok-elok dan jangan sesekali tinggalkan solat.
Wassalam
Tarikh : 21 Oktober 2009 Yang Benar,
Tengku Natasha binti Tengku Naim
Hairi terduduk. Dia menggenggam erat surat yang dibacanya tadi. Benar ke Tasha sudah tiada lagi? Benar ke Tasha sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya? Airmata Hairi mengalir dengan lajunya. Antara realiti atau fantasi yang dia kini kehilangan insan yang sangat disayanginya untuk selama-lamanya. Hairi segera menemui Puan Tina untuk mendapatkan kepastian. Jika benar, dia mahu menziarahi pusara Tasha.
***
Hairi memegang tanah kubur yang masih merah itu. Disitulah bersemadinya seorang gadis yang sangat disayanginya. Hairi seakan lupa seketika yang dia kini sudah mempunyai isteri.
‘Tasha, saya akan sentiasa sayangkan awak. Semoga awak tenang bersemadi di sana dan saya sentiasa mendoakan agar awak ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Tasha, saya berjanji akan sentiasa menziarahi pusara awak. Saya akan pastikan pusara awak sentiasa bersih. Sayangku Tasha, maafkan saya diatas segala kesalahan saya’,rintih hati Hairi. Dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan pusara itu.
***
Sudah 3 tahun Tasha meninggalkan dunia ini. Tapi Hairi masih tidak dapat melupakannya. Tiap-tiap hari Hairi akan menziarahi pusara Tasha dan membersihkannya. Hairi masih rasa bersalah sebab menghancurkan hati Tasha. Walaupun Tasha sudah memaafkannya tapi dia masih dibelenggu rasa bersalah. Hairi memandang anak perempuannya yang berumur 2 tahun di atas ribaan isterinya. Hairi dapat mengubah Sherry menjadi seorang wanita yang solehah. Nama anak perempuannya itu, Nurin Shalina Natasha. Hairi mengambil nama Natasha sempena nama insan yang disayanginya hingga ke hari ini walaupun insan itu sudah jauh meninggalkannya. Hairi menghampiri anak dan isterinya. Hairi memeluk isteri dan anaknya dengan penuh kasih sayang. Hairi mencium pipi mereka berdua. Hairi sudah nekad di dalam hatinya yang dia akan menjaga keluarganya itu sebaik mungkin. Tapi, ingatan dan sayang pada Tasha, tidak akan pudar di hati Hairi untuk selamanya….
## TAMAT ##
+++ Ini adalah karya saya yang keenam dan ini juga mungkin karya saya yang terakhir. Lepas ni mungkin saya tidak akan menjadi seorang penulis cerpen. Setiap komen anda, amat saya hargai.. Komen untuk karya saya yang terakhir ini, sangat dialu-alukan..Terima kasih pada semua yang menyokong saya selama ini. Terima kasih juga pada anda semua yang memberikan kritikan yang bagus untuk saye lebih mahir membuat cerpen. I love u all.. Assalammualaikum…
SUMBER : http://penulisan2u.blogspot.com
No comments:
Post a Comment