Saturday, 24 December 2011

Muhammad Haziq Haikal Razali

cantik tak nama Muhammad Haziq Haikal? ini nama anak saudara aku yang ke 33 kalau tak silap dan setakat ini dia la yang paling bongsu. tahun depan ada rezeki lagi aku bakal menyambut orang baru lagi.

erm berbalik pada nama tu tadi. nama ni aku yang pilihkan, masa akak melahirkan haziq aku tak ada kat rumah masa tu ada final exam semester lepas. akak dan abang ipar selalunya akan tanyakan pendapat aku dulu sebelum bagi nama dekat anak-anak dia.

tetiba rase rindu sangat-sangat kat haziq haikal. mesti kamu dah semakin tembam kan sekarang. dah hampir dua bulan kita tak jumpa. sebak menghantui diriku.

selepas beberapa hari menjengah dunia fana ini, haziq telah diuji dengan beberapa dugaan .awalnya penyakit kuning yang biasa menyerang bayi selang seminggu pula tahapnya meningkat dan perlu dirujuk ke HUSM.
selepas dirujuk ke sana  dan berjumpa dr pakar haziq disahkan ada dua penyakit salah satunya jantung berlubang. saat itu bertapa sedihnya hati seorang ibu dan masa itu aku turut menemani kakaku ke sana. aku mahu menangis tapi aku kena kuat sebab aku tak nak dia makin sedih. aku sembunyikan perasaan itu. aku nampak mata akak merah. aku cuba bagi kekuatan padanya padahal aku sendiri tak kuat. abang ipar aku pula diam seribu bahasa.  aku tahu dia kuat.

saat itu bermulalah episod baru dalam keluarga kakkaku. mereka akan mengunjungi rumah kedua haziq iaitu HUSM dan beberapa hospital di negeri aku. jika aku bercuti pasti aku akan menemani mereka ke hospital. akak mesti ajak aku.
tahap perkembangan haziq kurang aktif disebabkan penyakitnya itu. dr ada cakap jantung haziq yang berlubang  mungkin akan tertutup bila usianya mencecah enam bulan. aku pun tak pasti akan kata-kata dr itu.

aku hanya mampu berdoa agar kesihatan haziq bertambah baik dan sihat seperti abang2 dan kakak2nya. aku harap akak dan abang kuat menerima dugaan ini. keluarga sentiasa membantu dan memberi semangat buat akak dan abang. akak kan kuat.

teringat perangai haziq yang satu ni, dia suka sangat naik kereta. kalau duduk rumah mesti dia nangis. bila akak letak dalam kereta dia terus senyap dan senyum walaupun kereta tak bergerak. kecik2 da pandai mengarah nak berjalan, mungkin dia dah terbiasa nak naik kereta hari2 sebab akak bawa dia pergi hospital. biarpun cuaca sangat panas dia tak menangis asalkan dapat jalan2. sekarang usia haziq 10 bulan kot maaf ingat-ingat lupa.


tak sabar nak jumpa kamu.


tak sabar nak jumpa kamu.

miss u muhammad haziq haikal razali

haziq atas ribaan akak, sebelah tu abg haziq

haziq haikal sayang,
semoga sihat selalu,
haziq
kena kuat
kena tabah
nanti besar haziq jadi anak yang soleh ea
haziq mesti jadi anak yang pandai
dengar cakap mak & ayah ea sayang

haziq
nak jadi anak yang baik kan
haziq
boleh jaga mak & ayah kan

kami sayang muhammad haziq haikal
ingat ea sayang


sepupu haziq yg tembam , sblah kiri ikmal, kanan lak irfan


tak sabar nak jumpa kamu semua.

*** doakan muhammad haziq haikal razali sihat ea..

1 comment: