Wednesday 14 December 2011

PaMerAn oh pAMerAn

hari ni last Pameran Multimedia dan Wacana Ilmu berlangsung. tema pameran kami variasi kesenian multimedia dalam melestarikan bahasa

walaupun pesiapan untuk menyiapkan pameran ini agak kelam kabut kerana kesuntukan masa, syukur alhamdulillah  majlis tetap berjalan seperti yang dirancang. tahniah buat semua yang terlibat dalam menjalankan program ini. pameran ini berlangsung di lobi  fakulti bahasa moden & komunikasi. tujuan pameran ini diadakan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik fotografi dan juga multimedia. dalam merancang dan membuat persiapan ini, tugasku adalah sebagai ajk protokol (susah juga jadi ajk protokol ni,)   . program-program sebelum ni tugasku adalah sebagai ajk makanan bukan tukang makan yerk untuk kali ni dah bertukar profesion, agak kalut juga lah. tugas utamanya mesti la kena sediakan teks ucapan untuk dekan dan juga tuan  pengarah. ingat senang ke nak buat teks ucapan, tema majlis pom aku tak berapa nak faham..hahaaahah.
siap juga teks ucapan tu atas bantuan tutor kami, teks pengacara majlis pun kami berjaya ciapkan hehehe..
dah selesai ke tugas kamu???

ish mana selesai lagi, hari kejadian tu yang paling penting peranan kami menguruskan perjalanan program dari awal sampai habis. aku ni da la kalut, diberi tugas penting macam tu apa lagi kalah la perdana menteri buat kerja semalam huhuhuhu.

tugasku yang terakhir bawa hadiah en kamarudin  ismail tu sampai la kat tempat makan, da lama tunggu diorang makan aku tinggal lah sebab nak pergi melayan tetamu dak ngade   baru sampai hehehe..last-lastnya hadiah tu tertinggal kat tempat makan, empunya hadiah dah balik.huhuhu, nasib baik pengarah perasan tapi aku tak tahu  apa dah jadi dengan hadiah tu. kemana pengarah bawa hadiah tu yerk???

# en kamarudin ismail adalah pengarah yang buat cerita keluang man tu, ala yang korang semua minat masa kecik2 dulu, tapi lau ada lagi sekarang mesti nak tengok lagi kan???


Anak sape la kusyuk wat kerja ni??

sempat jadi ajk teknikal sekejap bersama dayat & my belon


*** itu saja sempat diambil,  foto-foto selebihnya belum diambil dari jurufoto, insyaAllah esok kita kongsikan yea. :-)

No comments:

Post a Comment