Friday, 23 December 2011

Pengalaman bersama DR .NOTTS


sunyi. yea sunyi yang aku dapat rasakan saat & tika ini sebabnya penghuni blok aku dah beransur pulang ke kampung. maklumlah sekarang dah masuk studyweek. maknanya kuliah untuk semester ini sudah berakhir.
semester ini aku rasa sangat la sibuk dengan pelbagai perkara suka duka, rencah sebagai seorang pelajar.
perkara yang sedang aku fikirkan sekarang ini projek ilmiah tahun akhir yang masih terumbang ambing lagi. tapi buat masa sekarang aku nak bercerita tentang perkara lain dulu yang telah memberi aku seribu satu pengalaman dalam dunia sastera dan multimedia.


siapa ni??
mesti anda tertanya-tanya kan siapa la sebelah saya ni cantik manis. ini adalah dr. notts (bukan nama sebenar), pensyarah BBK 3408 KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA. ada sama dengan wajah saya tak :-). nak kenal lagi tak siapa sebenarnya dr.notts? jom kunjungi blog beliau. http://aammwa.blogspot.com/. ok adakah anda sudah mengunjungi blog beliau?

sebenarnya  harini saya nak kongsikan pengalaman mempelajari subjek tersebut dan  bersama dr.notts selama 14 minggu.

hari mula-mula masuk kelas ni agak takut juga dengan cara dr.notts sebabnya nampak macam garang , dah la aku setia kat depan meja dia. tapi bila dah lama-lama rupanya dr.notts seorang yang happening , tanggapan tu dah terbuang dengan sendirinya.

satu disiplin yang perlu saya patuhi dalam kelas ni dan tak pernah  dibuat semenjak jadi mahasiswa adalah memakai kasut. ala bukan aku tak suka pakai kasut tapi saiz kasut memang tak ada untuk aku. oleh kerana dipaksa, terpaksa dalam rela  kena la cari juga sepasang kasut. nasib baik ada yang bergetah muat la nak menampung kelonggaran kasut tu. kali kedua  cari kasut untuk kelas ni terpaksa ambil saiz kanak-kanak 32 tu (ada entry kasut oh kasut). dah lama-lama pakai kasut best la pula. terima kasih dr.notts lepas ini saya akan pakai kasut lagi walaupun tiada lagi kelas dr.notts.

tugasan? biasa la setiap subjek akan ada tugasan, perkara wajib tu cuma banyak dengan sedikit saja yang membezakannya.  memang saya akui, tugasan subjek ini banyak tugasan tapi bukanlah jenis mengadap buku.ini yang aku suka.  tugasannya berbentuk praktikal dan lagi senang nak memahami sebabnya kita yang melaluinya.

pertama kena buat blog. erk macam mana nak buat blog ni saya tak pandai masa tu memang gelabah, nak fikirkan buat blog.  saat tu rasa macam  teruja dan tak sabar nak buat blog walaupun tak pandai. masa seminggu diberi. huhuhu akhirnya ciap juga blog ku dan inilah blognya. cantik tak?

tugasan lain macam mana pula? oh lupa nak bagitahu yang tugasan kami banyak yang berkumpulan. bila dah selesai tentang blog, kami perlu buat teknik asas grafik yang 5 perkara tu (warna, teks, mudah, kesesuaian, keseimbangan) masa lebih kurang 2 jam. ala masa ni tak sempat ambil gambar

selesai yang itu, bermulalah kisah uda & dara production. kami perlu buat e-majalah, iklan dan juga video yang banyak. kenangan menghasilkan video2 tersebut sangat mengusik jiwa kami. walaupun kumpulan kami selalu awal membuat proses2 pembikinan video tersebut tapi selalu juga terlewat siap. nak tahu kenapa?
ahli uda & dara production
 masalah biasa saat dan ketika proses edit mengedit dijalankan, susah nak samakan dengan apa yang telah dirancangka, perkara yang palin menyakitka bila video yang sama perlu diedit berulang kali sebabnya not responding , bukan sekali dua tapi berkali2 berlaku macam tu hingga la ke video terakhir. padahal sebelumnya dah siap. yang paling menyakitkan semasa proses mengedit vidoe pertama dan video terakhir tentang dokumentari. pelbagai rasa menghantui kami saat itu, namun begitu cabaran itu kami jadikan semangat dan akhirnya berjaya juga.
 video-video tersebut telah saya postkan dalam entry sebelum ini.
pengalaman ini adalah satu pengajaran yang bermakna dalam mendalami ilmu multimedia. selain itu, apa yang membuatkan saya seronok kelas ni dapat buat kalandar sendiri dan juga website sendiri. jom kunjungi website tersebut.
http://bicarasastera.weebly.com/index.html

dah penat membaca jom kita lihat gambar-gambar kenangan



kerjasama
semasa aktiviti luar kelas dan hari pertama kami memulakan sesi bergambar tujuannya untuk teknik asas grafik

hah? pengsan buat kerja?


gaya macam nak bergaduh kan?


bukan bergaduh, itu untuk tugasan simpulan bahasa. agak-agak simpulan bahasa apa yang sesuai?


kali pertama masuk ladang upm
wajah-wajah ceria

dah lama nak masuk tempat lagenda budak setan berlakon, akhirnya tercapai juga. saat & tika ini adalah merakam gambar untuk tugasan. tanpa tugasan ini mungkin tak sampai la tempat ni. ini la yang seronok bila banyak perkara yang perlu dilakukan, pengalaman pun banyak. 
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus **pnjm dari chipsmore
merenung nasib, tertekan ke??
paparazi



kenangan dan tugasan di hari seminar jadi paparazi . terima kasih tak terhingga buat dr.notts telah memberi peluang dan ruang untuk bergambar bersama mereka ini:

bersama dr.jessica, pembaca berita rtm
dr.notts & pak sadikin bersama kami




kenangan bersama rakan-rakan


akhir sekali ucapan terima kasih tak terhingga buat  pensyarah dr.normaliza abdul rahim, pengalaman dan kenangan ini akan sentiasa terpahat dan menjadi guru kepada saya dalam multimedia. praktikal dan latihan amat berguna dalam kursus ini.  buat tutor cik hidayati ismail jasamu dikenang abadi serta rakan-rakan ku sekalian.

good luck for final exam

No comments:

Post a Comment