Saturday 29 October 2011

Perkara yang Tak Boleh diLupakan



 "lupa" perkara yang perlu dilupakan. macam mana pula dengan perkara yang tak boleh dilupakan?? Biasa la dalam hidup ni manusia mempunyai banyak kenangan manis dan juga pahit, hal inilah yang menjadi perkara yang tak boleh dilupakan . bagiku setiap yang berlaku akan menjadi kenangan dalam hidup terutamanya dalam menghadapi saat-saat sukar. kat sini aku nak cerita la sikit perkara yang tak dapat dilupakan bagi aku..

 peristiwa ni baru saja berlaku, cukup untuk aku menjadi seorang yang berhati-hati dan teliti (jangan jadi pelupa lagi yerk). 

aku dan adik keluar pergi perpustakaan desa dekat daerah aku. perpustakaan tu dah lama buka sebenarnya tapi kami baru nak menjadi ahli . dah menjadi ahli aku pinjam la satu dua buku dan pergi fotostat isi kandungan yang diperlukan sebab nak pinjam lama-lama susah nak pulangkan balik.
dalam perjalanan balik ke rumah, ada la satu kereta tu dia bagi isyarat lampu. aku pelik la tiba-tiba bagi isyarat tu, nak kata salah masuk jalan tidak. tiba-tiba aku terfikir haa mesti polis tapi aku tak takut pun sebab dah ada lesen kan, roadtax kereta pun lambat lagi tamat tempoh. aku tak fikir apa-apa la sebab kita tak ada buat salah kan. kononya tak buat salah cik zana!!.

perjalanan diteruskan la sampai la satu tempat . hahahaha memang polis ada kat depan. yang aku pelik jalan kampung pun dia nak buat sekatan juga, macam dah tak ada tempat lain. Apabila sampai depan polis muda  yang tak berapa nak handsome tu, perkara utama yang dia minta mesti la kad pengenalan dan lesen, yang pelik nombor telefon pun nak juga. dengan penuh yakin aku bagi la perkara yang diminta kecuali nombor telefon tu hahaha. bila dah dapat mereka pun beredar buat seketika, dalam hati ni apa la mamat ni nak lagi.

"dik, lesen lain ada tak?"
hah? minta lesen lain pelik kan
"lesen ni dah tamat tempoh, adik tak bayar ke?"
apa yang perlu ku ucapkan saat ini???

terkejut?panik?gelabah?mahu menangis?
oh tidak, aku dah bayar, aku mana berani bawa kenderaan tanpa lesen,

"kalau adik tak bagi yang terbaru, kami nak saman"
aku tak tahu nak cakap apa, habis beg duit aku selongkar tapi tak ada. lama aku termenung, debaran ni memang tak tahu nak cakap dah, tak mungkin aku akan disaman.

tiba-tiba baru aku teringat kawan aku ,herm dia fotostat lesen aku tempoh hari, lupa nak minta balik, dia pun lupa nak bagi balik (macam buli balik plak). aku pun cerita la kat abang-abang polis tu hal sebenar, mereka macam tak percaya. penat aku bercerita, mereka panggil keluar dari kereta suruh tandatangan surat saman.  ingat aku nak tandatangan ke??
oh tidak!! rm300 tu. kemaafan kupinta dari sarjan mereka dan aku kena ceritakan balik kenapa lesen tu boleh berada dengan kawan aku. untuk mensahihkan perkara tu, dia nak bercakap sendiri dengan kawan aku, tapi malangnya telefon kawan aku tutup. aku tak tahu nak buat apa dah, masa tu aku tengok ada la dua orang abang polis pergi dekat kereta semula sembang-sembang dengan adik aku.  akhirnya sarjan tu cakap apa kat aku??

"betul ke adik dah bayar ni?"
"betul, saya dah bayar, kalau tak percaya nanti bila dah dapat lesen tu, saya datang tunjuk dekat balai"

(berani ke aku nak pergi tunjuk semula, padahal aku sendiri tak pasti lesen tu ada dengan siapa.)

"ok, nanti pegang sendiri lesen tu, jangan bagi orang lain jaga.bahaya." kata sarjan tu

aku melepaskan nafas lega, dah selamat, tak perlu habiskan duit untuk itu. dengan perasaan aman aku masuk ke perut kereta untuk pulang ke rumah.  adik aku pula duk senyum-senyum, sakit hati aku. katanya abang polis tadi pergi dekat dia dan bagitahu yang sebenarnya, mereka dah "lepaskan" aku tapi saja nak kenakan aku kononya lah. nak marah pun tak guna juga, sebab memang salah aku pun,selalu cuai. nasib baik mereka baik la juga sebabnya tak saman aku. (",)


 * kalau ayah tahu mesti berbakul kena marah 


**itulah salah satu perkara yang tak dapat aku lupakan.





Read more »

Friday 28 October 2011

saya masih kecil

rasa macam dah lama tak menulis dalam blog aku ni.. kenapa ya??nak kata sibuk tak la sibuk sangat kan. maklumla asyik sangat duk kat kampung makan buah-buahan. rasa macam tak puas lagi menikmati buah-buahan ni, ish malam nanti dah nak balik UPM.

bukan buah-buahan yang aku nak ceritakan. abaikan saja yerk.
semalam adik aku ajak pergi beli kasut. kuat betul dia jalan, bulan lepas baru je beli dua pasang kasut tapi dah terkeluar urat-urat besinya. bakal cikgu kan, mesti la kena ikut peraturan, pakai kasut setiap hari katakan. bukan macam aku ni main redah je. ala aku bukan tak suka pakai kasut tapi ada sebab2nya. nak tau tak? (tunggu, kena baca habis dlu baru tau :-))

kami selalu beli kedai kasut tengahari, tak tau kenapa. dah sampai tu dia duk la belek2 kasut skema dia tu. cantik-cantik la kasut, aku pun rambang mata juga lah. hatiku teringin mahukan satu kasut tu cantik. bila dah berkenan minta la saiznya kan.  saat2 macam ni memang aku berdebar la sebab saiz kaki aku ni susah, paling kecik 4 tapi tak muat juga. tunggu punya tunggu akak tu pergi cek dalam stor dia, hampeh tol memang tak ada saiz aku. 
dia nak jaga la hati pelanggang kan, cadang la kasut lain. tapi buat hatiku kecewa saja....macam mana tak kecewanya semua tak ada saiz sesuai untuk aku. hermm adik aku dah siap pilih. terpaksa la tunggu aku.. 

pilihan terakhir aku pergi bahagian kasut kanak2..hahahahaha.. cuba punya cuba ada la yang sesuai saiznya. nak ambik ke? ish macam budak2 la pulak. adik aku cakap ambil la, xnampak budak2 sangat. aku tak tau la saiz 32 yang aku ambil tu untuk budak umur berapa tahun .



bergaya la sangat

                                                                

bergaya la sangat
                                                  
                                                                 


cuba jangan tak cuba      



nak yang mana tu??


akhirnya dapat la juga sepasang kasut kanak-kanak untuku ke kelas..hahahaha



Read more »

Thursday 27 October 2011

ROSAK LAGI!!

pejam celik pejam celik cuti semester akan berakhir beberapa hari lagi. dapat bercuti kat kampung memang la hatiku tersangat riang dan gembira. dalam kegembiraan bercuti ada juga perkara yang membuatkan aku sedih, berduka.

alahai kenapa sedih lak kan dah dapat jumpa keluarga.

yea, dah dapat semua tu yang sedihnya barang aku rosak. nak minta keluarkan saki baki duit yang ada la tu. masa ni juga la "mereka" mahu rosak.

mula-mula  charger laptop aku rosak. dah masuk kali kedua" dia" buat onar. dulu melayang la dekat dengan seratus juga untuk beli charger ni. alhamdulillah, kali ni rezeki aku la kot dapat percuma je charge tu (ada orang tolong belanjakan). Terima Kasih. dapat la aku sambung buat tugasanku yang tertangguh tu.


apa lagi yang rosak tu?
 emm hari ni barang mahal dari charge lagi yang rosak. kalau nak baiki kosnya memang mahal, baik beli yang baru . cakap senang la sikit-sikit nak beli baru, mana nak cari duit banyak-banyak beli benda alah tu.

kamera oh kamera

kenapa la saat-saat gentir macam ni juga nak buat hal. keranamu tugasanku kembali tergendala. Macam mana aku nak ambil gambar untuk tugasan kesusasteraan dalam multimedia dan bahasa dalam multimedia. kesiankan. (tolong kesiankan diri sendiri je la). Nak harapkan telefon comel tu untuk ambil gambar, alamaknya tak siap la kerja aku.

nak beli kamera lain??
boleh tapi kena tunggu ayah jual kambing dulu.
alahai kasian kamu yerk noor zanariah, nasib baik ada kambing. Esok tak boleh beli lagi, kata ayah hari jumaat baru dapat.sempat ke? malam dah nak naik bas. (nasib badan)

sabar je lah.

fikirkan kamera apa yang mahu dibeli, jangan berangan mahukan kamera DCL sudah, nantikan habis satu kandang kambing ayah kena jual gara-gara kamera..hahahaha
Read more »

Tuesday 25 October 2011

PerKaRa yaNg MeNjadi PeRsoalaN

 

Perkara Yang Memang Aku Tak Boleh Nak Lupa

adakah soalan ini yang dikatakan tugasan untuk cuti semester???

siapa nak tolong jawab neh???

Read more »

Sunday 23 October 2011

akhirnya

yea..akhirnya aku dah sampai..
sampai mana ??

ish sampai kampung la..hehehehe..
alhamdulilah selamat sampai ke pangkuan bonda dan ayahanda di kampung..dah sebulan lebih tak jumpa kan..
rindu sangat-sangat...
yang paling rindunya kekasih hatiku yang sorang tu sampai demam, dah susut tubuh dia..sedih tengok dia..tadi dia datang jemput aku kat stesen bas, nampak je aku terus paggil.. suka bebenor dia..
dari masuk kereta sampai kat rumah dengar suara dia jek..
yela dah jumpa mak sudara kesayangan dia balik suka la..
nanti kena tinggal semula baru merana dia..hehehehe
Read more »

Saturday 15 October 2011

My Life is About "J" percubaan ke 2

setelah mendapat sedikit klu tadi, puas juga la mencari jawapan tentang "J"..
 misteri sungguh :-)..

saya akan cuba buat kali kedua..

 Jasper?? belum jumpa sepenuhnya tapi ini kemungkinan la jawapan nya juga..
Jasper merujuk kepada kuah lopez..betul ke??

seterusnya kita lihat siapa Jonah?
yang ni saya pasti Jonah merujuk kepada kawan Dr.Notts,


John??
 yang ni sedikit keliru.
pertamanya John merujuk kepada Ice Cream Potong
kedua pula boleh juga dikatakan restoran, sebabnya Dr.Notts suka makan di Johnnys.

ok..sekian..

ps: secara rumusannya bagi saya ia berkaitan dengan makanan..
Read more »

My Life is About "J"

 "J " stand for??
 sebenarnya saya tak berapa pasti nak bagi jawapan apa ni??
sempat gak belek-belek kamus untuk cari jawapan.

Jasper ni merujuk kepada sejenis kuaiza legap yang bewarna merah, hijau tua, coklat atau kuning

Jonas?? apa yea..rasanya Jonas ni gelaran untuk seseorang

John?? mungkin gelaran untuk anak dr Notss.  mungkin la kot.

harapnya ada yang betul. :-)
Read more »

RaSa

alhamdulilah, sekarang ni ak dah boleh tarik nafas lega sedikit. sekurang-kurangnya dah kurang sikit perasaan "tension" ni. tinggal sebahagian lagi kerja yang perlu diselesaikan sebelum balik cuti semester. harapnya Allah permudahkan segala urusanku ini.

diam tak diam dah nak masuk minggu ke 6 semester ni, rasa macam cepat je masa berlalu bila fikirkan kerja yang masih tertangguh.



tapi





kalau fikir soal balik kampung rasa macam lambat je masa berlalu.
itulah yang dikatakan permainan masa.
"masa tak akan tunggu kita, walau sesaat pun"
kita yang perlu patuhinya.

pape pun berlaku tiket balik kampung dah beli :-)
tunggu saat dan ketika  saja untuk berangkat.



*** ops jawapan dr Notss belum jawab lagi.
Read more »

Tuesday 11 October 2011

TeNsiON

stresssssssss.. kalau hari-hari macam ni rasanya hermm tak tau lah.. yela dah namanya stresssssss..mestilah tekanan tu kuat.. minggu ni aku rasa tak tahan dah..mana nak tahannya sampai suara aku pun dah tak nak keluar maknanya tahap stres aku memang dah memuncak la ni..alahai stres pun nak sabitkan dengan suara pula kan..kalau orang tak tahu mesti dia fikir macam tu.. ubat pun dah habis, nasib baik la Pusat Kesihatan Universiti dekat, boleh la buat penahan sementara.. nak tunggu balik kampung lambat lagi..padam muka aku tak nak pergi Hospital Serdang sangat, kalau Dr. Subha tahu mesti kena berleter panjang lagi..

ok habis soal tu!! ni ha apea yang diserabutkan lagi..

PITA
 tension! tension!
kawan-kawan aku yang lain dah ciap bentangkan proposal, dah lega la kan.
 aku ni apa cerita! tajuk?? mana ada lagi!!!
ish tajuk aku dah ada tapi syok sendiri je la.. bila kene reject suka tak??

ingat senang ke nak fikirkan tajuk yang ada separuh jalan
nak fikir tu dah satu hal, nak cari bahan ok dah jumpa..masalahnya aku tak faham apa benda la nak dibuat.

sekarang baru aku rasa betapa nikmatnya belajar bila semua perkara tu dah kena batang hidung sendiri.. dulu, sebelum masuk "u" selalu dengar orang cakap pasal reject-reject ni..salah buat kena buang la, lempar kat tong sampah..huhuhuhu.. tapi aku  tak ada la kena sampai cam tu..
cumanya salah aku sendiri je tak faham nak buat macam mana kan..


harapnya sebelum hari isnin aku dah dapat ciapkan semuanya.

***sekadar terapi jiwa kacau***
Read more »

Monday 10 October 2011

feed jit

pening dah memikirkan feedjit ni. ak dah buat tapi asyik tak menjadi je



tolong la menjadi sebelum hari khamis ni



markahku terletak padamu oh feedjit




mood kecewa :-(



Read more »

Saturday 1 October 2011

ProPoSAL

saat dan ketika ini aku pasti kawan-kawan yang lain merasai apa yang aku rasakan.proposal!!! itulah tiba-tiba saja jadi tak tentu arah. tak tau nak mula macam mana. bahan-bahan berkaitan dah ada, nak mula mengadunkan dia tu susah. ya susah, betul susah sebab tak tahu nak mulakan.tambahan pula aku sendiri tak berapa faham teks tu.memang susah pun nak faham berlapis-lapis kan.  minggu depan nak kena present dah. ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.




Read more »