Thursday, 27 October 2011

ROSAK LAGI!!

pejam celik pejam celik cuti semester akan berakhir beberapa hari lagi. dapat bercuti kat kampung memang la hatiku tersangat riang dan gembira. dalam kegembiraan bercuti ada juga perkara yang membuatkan aku sedih, berduka.

alahai kenapa sedih lak kan dah dapat jumpa keluarga.

yea, dah dapat semua tu yang sedihnya barang aku rosak. nak minta keluarkan saki baki duit yang ada la tu. masa ni juga la "mereka" mahu rosak.

mula-mula  charger laptop aku rosak. dah masuk kali kedua" dia" buat onar. dulu melayang la dekat dengan seratus juga untuk beli charger ni. alhamdulillah, kali ni rezeki aku la kot dapat percuma je charge tu (ada orang tolong belanjakan). Terima Kasih. dapat la aku sambung buat tugasanku yang tertangguh tu.


apa lagi yang rosak tu?
 emm hari ni barang mahal dari charge lagi yang rosak. kalau nak baiki kosnya memang mahal, baik beli yang baru . cakap senang la sikit-sikit nak beli baru, mana nak cari duit banyak-banyak beli benda alah tu.

kamera oh kamera

kenapa la saat-saat gentir macam ni juga nak buat hal. keranamu tugasanku kembali tergendala. Macam mana aku nak ambil gambar untuk tugasan kesusasteraan dalam multimedia dan bahasa dalam multimedia. kesiankan. (tolong kesiankan diri sendiri je la). Nak harapkan telefon comel tu untuk ambil gambar, alamaknya tak siap la kerja aku.

nak beli kamera lain??
boleh tapi kena tunggu ayah jual kambing dulu.
alahai kasian kamu yerk noor zanariah, nasib baik ada kambing. Esok tak boleh beli lagi, kata ayah hari jumaat baru dapat.sempat ke? malam dah nak naik bas. (nasib badan)

sabar je lah.

fikirkan kamera apa yang mahu dibeli, jangan berangan mahukan kamera DCL sudah, nantikan habis satu kandang kambing ayah kena jual gara-gara kamera..hahahaha

No comments:

Post a Comment