"lupa" perkara yang perlu dilupakan. macam mana pula dengan perkara yang tak boleh dilupakan?? Biasa la dalam hidup ni manusia mempunyai banyak kenangan manis dan juga pahit, hal inilah yang menjadi perkara yang tak boleh dilupakan . bagiku setiap yang berlaku akan menjadi kenangan dalam hidup terutamanya dalam menghadapi saat-saat sukar. kat sini aku nak cerita la sikit perkara yang tak dapat dilupakan bagi aku..
peristiwa ni baru saja berlaku, cukup untuk aku menjadi seorang yang berhati-hati dan teliti (jangan jadi pelupa lagi yerk).
aku dan adik keluar pergi perpustakaan desa dekat daerah aku. perpustakaan tu dah lama buka sebenarnya tapi kami baru nak menjadi ahli . dah menjadi ahli aku pinjam la satu dua buku dan pergi fotostat isi kandungan yang diperlukan sebab nak pinjam lama-lama susah nak pulangkan balik.
dalam perjalanan balik ke rumah, ada la satu kereta tu dia bagi isyarat lampu. aku pelik la tiba-tiba bagi isyarat tu, nak kata salah masuk jalan tidak. tiba-tiba aku terfikir haa mesti polis tapi aku tak takut pun sebab dah ada lesen kan, roadtax kereta pun lambat lagi tamat tempoh. aku tak fikir apa-apa la sebab kita tak ada buat salah kan. kononya tak buat salah cik zana!!.
perjalanan diteruskan la sampai la satu tempat . hahahaha memang polis ada kat depan. yang aku pelik jalan kampung pun dia nak buat sekatan juga, macam dah tak ada tempat lain. Apabila sampai depan polis muda yang tak berapa nak handsome tu, perkara utama yang dia minta mesti la kad pengenalan dan lesen, yang pelik nombor telefon pun nak juga. dengan penuh yakin aku bagi la perkara yang diminta kecuali nombor telefon tu hahaha. bila dah dapat mereka pun beredar buat seketika, dalam hati ni apa la mamat ni nak lagi.
"dik, lesen lain ada tak?"
hah? minta lesen lain pelik kan
"lesen ni dah tamat tempoh, adik tak bayar ke?"
apa yang perlu ku ucapkan saat ini???
terkejut?panik?gelabah?mahu menangis?
oh tidak, aku dah bayar, aku mana berani bawa kenderaan tanpa lesen,
"kalau adik tak bagi yang terbaru, kami nak saman"
aku tak tahu nak cakap apa, habis beg duit aku selongkar tapi tak ada. lama aku termenung, debaran ni memang tak tahu nak cakap dah, tak mungkin aku akan disaman.
tiba-tiba baru aku teringat kawan aku ,herm dia fotostat lesen aku tempoh hari, lupa nak minta balik, dia pun lupa nak bagi balik (macam buli balik plak). aku pun cerita la kat abang-abang polis tu hal sebenar, mereka macam tak percaya. penat aku bercerita, mereka panggil keluar dari kereta suruh tandatangan surat saman. ingat aku nak tandatangan ke??
oh tidak!! rm300 tu. kemaafan kupinta dari sarjan mereka dan aku kena ceritakan balik kenapa lesen tu boleh berada dengan kawan aku. untuk mensahihkan perkara tu, dia nak bercakap sendiri dengan kawan aku, tapi malangnya telefon kawan aku tutup. aku tak tahu nak buat apa dah, masa tu aku tengok ada la dua orang abang polis pergi dekat kereta semula sembang-sembang dengan adik aku. akhirnya sarjan tu cakap apa kat aku??
"betul ke adik dah bayar ni?"
"betul, saya dah bayar, kalau tak percaya nanti bila dah dapat lesen tu, saya datang tunjuk dekat balai"
(berani ke aku nak pergi tunjuk semula, padahal aku sendiri tak pasti lesen tu ada dengan siapa.)
"ok, nanti pegang sendiri lesen tu, jangan bagi orang lain jaga.bahaya." kata sarjan tu
aku melepaskan nafas lega, dah selamat, tak perlu habiskan duit untuk itu. dengan perasaan aman aku masuk ke perut kereta untuk pulang ke rumah. adik aku pula duk senyum-senyum, sakit hati aku. katanya abang polis tadi pergi dekat dia dan bagitahu yang sebenarnya, mereka dah "lepaskan" aku tapi saja nak kenakan aku kononya lah. nak marah pun tak guna juga, sebab memang salah aku pun,selalu cuai. nasib baik mereka baik la juga sebabnya tak saman aku. (",)
* kalau ayah tahu mesti berbakul kena marah
No comments:
Post a Comment