minggu ni aku rasa sangat celaru, perasaan pun ntah ke mana-mana je. rentetan itu aku menjadi seorang yang lalai dan pelupa. sungguh tidak ku pinta untuk dijadikan begitu. semua ni mungkin ada hikmahnya. kenapa lalai dan pelupa yang aku katakan tadi??
macam ni ceritanya, patang semalam lepas habis kelas aku dan kawan-kawan rancang nak pergi makan sama-sama tapi dah lewat kan jadi kami singgah la solat magrib kat masjid dulu. (makan-makan juga yang wajib tetap didahulukan). selesai solat bersiap-siap la kan untuk berangkat ke destinasi yang dirancangkan.
tiba-tiba saja aku jadi panik dan terkejut cari kunci motor tak ada dalam beg.sah!! memang dah sah aku teringgal kunci dekat suis motor tu juga. debaran memang tak boleh nak cakap la kan, dalam kepala ni macam-macam dah terbayang.ia la walaupun kunci tu kecil saja tapi harganya tak sekecil tuan dia.
sampai je dekat dapan tu alhamdulillah. icon kesayangku masih gah disitu. rezeki masih milik aku. debaran tu masih ada sebab kunci tak ada dekat tempat suis . cari punya cari ada la kat tempat rahsia dan agak terlindung dari mata kasar orang lain. Alhamdulillah semuanya selamat.
aku sangat berterima kasih kepada orang yang tolong sorokkan kunci tu, kalau terus tergantung kat tempat suis, memang aku tak tau nasib iconku macam mana.sebenarnya bukan setakat kunci tu saja yang tertinggal, telefon pun tertinggal kat motor juga.
terima kasih dan syukur alhamdulillah ya Allah kerana telah menyelamatkan harta bendaku itu. amin.
Kosongkan rumah ini and just give away
2 years ago
No comments:
Post a Comment