Allhamdulillah, syukur kepadaMu ya Rabbi masih memberi nafas untukku menjadi khalifah dibumi ini. Bila hati terasa resah gelisah, perasaan berkecamuk padaMu jua lah tempattku meluahkan segala rasa. Bukan sekadar melalui doa, malahan tulisan juga untukku meluahkan sedikit rasa untuk merasa sedikit tenang. Bukan berniat apa2.
Allah sentiasa menguji hamba-hambanya kerna setiap ujian yang diberikan ada sesuatu yang ingin Dia tunjukkan kepada hambanya. Bukan mudah dan tak senang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. kita selalu inginkan kejayaan, namun sebaliknya macam2 yang lita lalui dan saat menghadapi cabaran itu selalunya diiringi dengan rungutan. kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita luahkan itu satu rungutan sebab kita rase kita hanya meluahkan untuk kelegaan hati saja. (untuk diriku juga).
Setiap hari usia meningkat, begitu juga dengan pemikiran kita, bila dah terasa diri dewasa cara pemikiran juga turut terasa lain dan cuba berfikir menjadi dewasa. berfikir tidak menggunakan nafsu semata-mata. Akal yang dianugerahkan cuba diguna pakai sebaik mungkin.
Kadang-kadang saat kita memerlukan idea dan pemikiran yang bernas susah untuk dijelmakan, kita rasa mahu menangis tambahan pula disaat mahu melakukan tugasan. Tak mudah untuk berfikir memulakan sesuatu tulisan, pembacaan yang banyak dapat membantu menajamkan otak. ada sesetengahnya pula sudah banyak kali membaca masih tidak dapat menulis. mungkin terasa putus asa kan.
Allah, sentiasa disisi kita, sedia membantu kita. kerna Dia tahu tahap kemampuan kita dengan apa yang di uji kan untuk kita. mohonlah padaNya agar membuka pintu hati kita membuat sesuatu pekejaan dengan lancar.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan juga akhirat sana..Amin.
Kosongkan rumah ini and just give away
2 years ago
No comments:
Post a Comment