"janji" perkataan yang mudah diucapkan. biasanya dalam perbualan antara pasangan kekasih, anak dan ibu atau bapa, rakan kepada rakan dan sama waktu dengannya.
ringkas dan mudah kan " janji " , ya mudah diungkapkan tapi adakah semudah itu untuk mengotakan atau melaksanakan apa yang dijanjikan.
pada pandangan aku, bila kita berjanji dengan seseorang itu, mestilah pihak yang satu lagi akan mengharapkan janji itu dibuat, dilaksanakan. jadi orang yang berjanji tu pandai-pandailah yerk tepati janji.
perbuatan yang tak menepati janji ni dah menjadi kebiasaan rasanya kepada segelintir masyarakat. bagi aku untuk mengelakkan diri kita dari di "murkai" oleh orang lain. baik berjanji pada diri dahulu sama ada boleh buat atau tidak!!. kalau barjanji dengan orang lain tapi tak mampu nak lakukan apa akan terjadi selanjutnya??
moralnya kena faham dulu yerk "janji" itu apa.
kat bawah ni maksudnya aku ambil dalam kamus dewan edisi keempat.
pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; menepati ~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~ membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, memungkiri janji; sampai ~ dapat menepati (menunaikan) janji; 2. syarat, ketentuan, tuntutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati;
~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg hanya bertujuan utk memperdayakan, mengelirukan atau menipu orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb;
~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan);
berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya;
menjanjikan 1. berjanji utk memberi (membuat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm peperiksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jambatan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani;
memperjanjikan ark menjanjikan;
perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ perdagangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab
No comments:
Post a Comment