~~~ dah raya haji ke?~~~
belum lagi lah, saja nak ingatkan semua bahawa hari raya aidiladha adalah jatuh pada hari ahad.betul ke?? kalau tak betul pun tetap dapat raya gak kan.semangat tol kan. lagi 5 hari.
tahun lepas aku dah merasai kenikmatan beraya di peratauan nih!! sedih la tak pernah pun tak beraya kat rumah sejak dari baby sampai la aku dah dewasa. tahun ni aku tak nak dah beraya kat kampus. orang lain dapat tengok dan merasai daging korban tapi aku tidur saja kat bilik. nak makan pun susah, sebabnya kafe tutup. masa tu tak bawa kenderaan lagi, susah la nak keluar makan. sedih kan. nasib baik juga masa tu ada stok sardin boleh la makan juga.kafe pula satu hal.
tahun ni aku mesti balik, tak ada sebab aku nak beraya kat sini. tahun lepas sebabnya peperiksaan akhir membuatkan aku beraya di kampus. itulah pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai seorang mahasiswa.
malam esok aku akan berangkat pulang. sukanya. walaupun perjalananku jauh, memakan masa lebih kurang 8 jam aku tak kesah asalkan dapat beraya bersama keluarga tercinta. nanti boleh la aku bungkus ketupat sama-sama dengan mak, kesian mak kalau bungkus sorang-sorang.
*** sekian dulu, nanti kita sambung di hari raya haji pula yea
No comments:
Post a Comment