Saturday, 19 November 2011

GANGGUAN

minggu ni dah dua malam aku digaggu oleh makhluk yang tidak baik itu. seingat aku sebelum ni hanya sekali kot itupun beberapa semester yang lepas la. kali ni kenapa kerap dia menganggu aku. herm  malam rabu lepas dia  dah wujud dalam saat tidurku baru sahaja mata dilelapkan, setengah jam selepas itu aku terjaga ( baru dapat bangun sebab dia tindih aku). aku jadi agak takut la juga untuk meneruskan tidur padahal waktu itu jam menunjukkan 10.30 malam, dengan keadaan diri aku agak pelik itu. aku terpaksa mengetuk pinta bilik kawan aku, mohon untuk tidur dibiliknya.

malam tadi dia muncul lagi. pada masa itu, aku baru juga terlelap. bukan sekali tapi dua kali. yang kedua tu agak menakutkan juga sebab rasa angin dan macam-macam. aku gagahkan diri aku yang tak sebesar malik noor tu untuk melawan dia hinggalah hampir sejam baru aku terjaga balik. masa tu dah dekat pukul 2 pagi, aku terpaksa la kejutkan kawan aku sekali lagi, mohon tumpang tidur. kesian kat kawan aku, dia pula kene kacau kat aku. maafkan diriku yea sahabatku. selepas tu aku sukar untuk melelapkan mata, akhirnya aku dapat juga tidur dengan nyenyak walaupun beralaskan selimut atas simen itu.sebabnya malas angkat tilam

aku harap lepas ni dia tak akan ganggu aku lag!!

No comments:

Post a Comment