Monday, 7 November 2011

hampa

rancangan hari ni nak pergi berkelah kat pantai sebelum balik UPM malam ni, tapi macam-macam hal pula diorang ni. aish geram betul aku. penat je sediakan makanan. kalau tahu macam ni baik aku keluar dating dari tadi lagi.

kesian kat anak-anak suadara aku, dari semalam lagi beria nak berkelah.

nasib kamu la budak-budak , aku pun nak merajuk juga lah.
Read more »

ucapkanlah

                    
***  ~SALAM AIDULADHA~***
Read more »

Sunday, 6 November 2011

part 3: malam raya memilukan

                   esok nak raya, hari ni sibuk memanjang la buat persediaan untuk hari raya.

                                                     tetiba nak makan mee kari
abang aku yang baik hati ni kena la cari barang2 untuk membuat makanan yang aku idamkkan tu,  dalam 10 minit dia keluar, telefon ayahandaku berdering #%&^*(!...

abang aku kemalangan!! uh yang ada kat dapur semua terkejut. kak ipar aku tetiba berhenti buat kerja, yela terkejutkan takut jadi apa-apa.

alhamdullilah, semuanya selamat, cuma kereta saja yang rosak.
Read more »

Saturday, 5 November 2011

part 2 : cerita raya haji

hari ni dah berada kat rumah di kampung. sukanya hatiku. padahal baru je balik minggu lepas, macam dekat je  KL ke Jerteh, Jerteh ke KL. sakit pingang weh 8 jam, kalau dapat terbang kan best, cepat je sampai.
penat pun tak apa yang penting mood nak sambut raya haji kat kampung tercapai.

hari ni mesti makcik-makcik,kakak2, nenek2 buat tapei untuk raya haji, kami pun buat juga petang tadi. tapi aku tak suka pun makan benda alah tu, rasa dia ntah pape je.

magrib tadi pula, abang aku dari kuantan selamat sampai, sekarang kat rumah ada 4 beradik, mana lagi 8 orang nih!! bila nak balik yerk?? adik bongsu aku baru bertolak malam ni pukul 10 lebih tadi, harap-harap dia tiba dengan selamat, biarpun lambat asalkan selamat. bus persiaran yang dia naik memang sampai lambat pun dah jadi 10 jam baru sampai..

tak sabar nak tunggu berkumpul ramai-ramai. 12 orang adik beradikan.
Read more »

Wednesday, 2 November 2011

cerita raya haji

                                                         
                                                                ~~~ dah raya haji ke?~~~

belum lagi lah, saja nak ingatkan semua bahawa hari raya aidiladha adalah jatuh pada hari ahad.betul ke?? kalau tak betul pun tetap dapat raya gak kan.semangat tol kan. lagi 5 hari.


tahun lepas aku dah merasai kenikmatan beraya di peratauan nih!! sedih la tak pernah pun tak beraya kat rumah sejak dari baby sampai la aku dah dewasa. tahun ni aku tak nak dah beraya kat kampus.  orang lain dapat tengok  dan merasai daging korban tapi aku tidur saja kat bilik. nak makan pun susah, sebabnya kafe tutup. masa tu tak bawa kenderaan lagi, susah la nak keluar makan. sedih kan. nasib baik juga masa tu ada stok sardin boleh la makan juga.kafe pula satu hal.

tahun ni aku mesti balik, tak ada sebab aku nak beraya kat sini. tahun lepas sebabnya peperiksaan akhir membuatkan aku beraya di kampus. itulah pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai seorang mahasiswa.

malam esok aku akan berangkat pulang. sukanya. walaupun perjalananku jauh, memakan masa lebih kurang 8 jam aku tak kesah asalkan dapat beraya bersama keluarga tercinta. nanti boleh la aku bungkus ketupat sama-sama dengan mak, kesian mak kalau bungkus sorang-sorang. bungkus ketupat ye bukan ketupat mengumpat. tapei pun buat juga tapi aku tak suka makan benda tu, ketupat pun aku makan setakat sebiji saja.


*** sekian dulu, nanti kita sambung di hari raya haji  pula yea
Read more »

KEMUSNAHAN @ kolam kolej serumpun

cmner perasaan empunya kereta yea










nasib baik tak ada orang dalam kereta







***Allah sentiasa menguji hamba-hambanya.
Read more »

Tuesday, 1 November 2011

mimik wajahku




hasil wajah-wajahku



Read more »