"indahnya dunia si gadis saat ijab & qabul selesai, debarnya si teruna turut beransur hilang".
Assalamualaikum
kahwin, ya kahwin dan NIKAH tu yang penting. setiap insan punya naluri ke arah itu, begitu juga dengan diriku sebagai insan, makhluk Allah yang punya rasa, perasaan. perkahwinan juga sunah Rasulullah s.a.w.
tak lama lagi status aku akan bertukar. insya Allah 2 bulan 2 hari lagi diriku akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang dah lama ku kenali secara luarannya.
sehingga hari ini aku belum lagi umumkan atau bagitahu secara terbuka kepada sahabat-sahabatku, yang tahu hanyalah yang serapat mungkin denganku. maaf beribu maaf, bukan niatku untuk merahsiakan perkara ini dari sahabat lain tapi aku belum cukup kuat lagi untuk umumkannya biarpun tu berita baik. kalau ada sahabat yang terbaca enteri ni, mungkin ada yang terasa atau tak rasa apa2. ok tak mengapa. nanti bila kad jemputan dah siap akan ku jemput kalian semua ya.insyaAllah.
sebenarnya bukan mudah untuk uruskan hal perkahwinan ni, dari soal penetapan tarikh hinggalah ke perkara lain. dari sekecil2 perkara hingga sebesar-besarnya. pendek kata TENSION yang amat. fikiran celaru. tambah pula dengan status sebagai student dan jarak pasangan yang jauh membuatkan diriku semakin tension. urusan tak boleh dibuat sama-sama. mungkin dia pun punya rasa yang sama sepertiku.
sehingga hari ini aku rasa ntah la tak tahu nak cakap rasa macam mana. persiapan ke arah tu pun aku tak tahu sudah berapa peratus aku uruskan. borang nikah pun masih belum dihantar kerana beberapa masalah. ini la akibatnya bila duduk jauh.
ya Allah
permudahkanlah urusan hambamu (kami)
untuk menuju membina masjid yang abadi
membentuk keluarga sakinah
menjadi isteri solehah
menjadi suami soleh
pemimpin penyayang
menjadikan agamaMu sebagai landasan panduan hidup
berkati dan rahmati kami ke jalanMu
amin.
cinta hati ku
**doakan hubungan kami bahagia sampai hujung nyawa.