Saturday, 23 June 2012

" ('',) "

Assalamualaikum
pe khabar semua?
hehe ceria2kan hari anda yea. harini rasa sedih je. kenapa yea
"selamat tinggal UPM"
tu je yang aku boleh cakap, sebak rasanya.Entah bila lagi aku akan menjejak kaki ke kampus hijau ni. Andai ada rezeki dan kerajinan akan ku sambung MA lagi andai sebaliknya majlis konvo nanti kot aku datang lagi. semoga Allah panjangkan usiaku.

ingat lagi masa mula2 datang sini sedih yang amat kena tinggal kat mak ngan ayah..sampai nangis2, asyik demam je, nasib baik Pusat Kesihatan UPM dekat walaupun agak jauh :-).

harini lak sedih juga sebabnya kena tinggalkan UPM. Sedih dalam gembira. Sayang nak tinggalkan kampus hijau ni.

semalam dah banyak bergambar dengan kawan2 dari putrajaya sampai la ke Bukit Ekspo Upm. Malaslah nak uplod..hehe.

jaga diri semua.

kutinggalkan oreo & chipsmore disini, akan ku bawa kenangannya bersamaku.

***ala taksempat juga cari pakwe kat sini, sibuk benor yea hihi
masa sekolah dulu cikgu cakap tak yah couple lagi, masuk Universiti baru boleh!!!!
Read more »

Friday, 1 June 2012

Pengalamanku with P.I.T.A

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aku bersyukur padaMU  ya Rabbi. Biarpun kesulitan demi kesulitan yang aku tempuhi untuk menghasilkan sebuah projek a.k.a tesis, banyak ilmu baru dan motivasi diri yang aku peroleh.

pada awalnya aku rasa tak akan dapat menyiapkan projek ini apatah lagi untuk dapat yang terbaik. aku berfikir dan berfikir. andai aku tidak dapat menyempurnakannya macam mana aku nak bergraduate, macam mana dengan segala usaha aku belajar tiga tahun tapi tak dapat graduate jika aku tak dapat siapkan projek tu.

aku tak boleh menyerah sebelum cuba dan mencuba. aku renungkan setiap pandangan, nasihat dari orang sekeliling aku terutamanya bonda & ayahanda. aku perlu teruskan. ya aku kena teruskan. Berbekalkan semangat yang ada aku cuba sempurnakan proposal dan hantar. herm mula2 aku dah rasa cuak, banyak yang aku tak faham dan tak tahu langsung, berdasarkan proposal tu memang aku masih tak faham. setelah beberapa kali baiki aku masih lagi tidak berkemampuan. sehingga lah satu hari aku jumpa penyelia aku untuk mohon tukar tajuk tapi hampa, aku kena teruskan juga dengan tajuk aku tu. jadi aku berusaha -usaha hinggalah dapat satu buku setebal 500 muka surat berkaitan dengan tajuk aku, barulah ak rasa dapat mendalami tajuk ak sedikit-demi sedikit sampailah sekarang tapi aku tak mampu pun kuasai sepenuhnya, cukup untuk buat projek je katakan. setelah minggu ke 11 kuliah baru aku dibenarkan membuat analisis kajian, sedangkan kawan2 aku dah mula sebelum tu lagi. dan minggu 13 aku sudah menyiapkan draf pertama aku. terasa gembira, seronok dan macam2 lagi. Aku bernasib baik dapat penyelia yang baik, pembimbing yang baik dan aku suka caranya, namun ada sahabatku yang mempunyai masalah dengan penyelia mereka, kesian kat mereka, semoga sahabat-sahabatku tabah & berjaya menyiapkan projeknya.

Sekarang aku akan cuba sedaya upaya untuk memperkemaskan lagi kerja-kerja aku untuk draf terakhir. Semoga semunya berjalan lancar dan dipermudahkan. Harapanku semuanya akan selesai sebelum peperiksaan akhir @ sebelum pulang bercuti.

***
airmata yang mengalir ibarat semangat yang menyusup masuk ke dalam jiwa,
memberi perangsang, menguatkan minda..........


 jangan menyerah sebelum waktunya, kita mampu melaksanakannya, biarkan terlewat asalkan hasilnya mengembirakan kita.. :-)
Read more »